Nuffnang

Tuesday, 3 April 2012

mana tumpahnya kuah...


Mana tumpahnya kuah kalau tak ke pinggan ye tak??? Heheheheh Aku memang kalau letak henpon cabuk aku tu merata-rata. Dah lali kalau kene banting pun kan untung riwayat henpon tu panjang. Aku cek la henpon amboi-amboi Aiman Fikry dah pandai posing amik gambar sendiri..mukakakaka..ikut sape la agak-agaknya ek. No..no jangan tunjuk aku…lariksss…hehehhe


Macam mana kita elak pun mesti salah sorang anak-anak kita akan ikut pangai atau tabiat kita ek. Aiman aku dah dapat kesan memang banyak ikut pangai aku…hahahaha…..suka amik gambar ofkos la macam aku mencintai kamera.. kalau aku pegang kamera tak payah susah-susah suh dia posing dia dah tau keje dia…hahahha…jangan suh Ilman ko terpekik-pekik terkeluar anak tekak ko suh dia tengok kamera pun dia buat tak tau je..hangin aku. Hah tu ikut apak dia…ngeee.. ^_^

Masa kecik aku pun macam tak dapat tangkap apa persamaan diorang dengan aku ngan En Faizal tapi bila dah semakin membesar sikit-sikit tu aku dah nampak la..Masing-masing dengan pangai tersendiri bila berjumpa aku jadik hysteria. Keluar tanduk segala mata merah berapi banyak-banyak istifar jela…>_<

Semalam tiga beradik tu bergurau. Aqil pun tak padan kecik nak join jugak aku tengah sibuk kat dapur suh En Faizal ko tengok-tengokkan. Tetiba En Faizal ko panggil aku suh lap darah kuar dari hidung Aqil. Aku apalagi terpekik terlompat-lompat aku tengok darah tu kuar kat hidung budak kecik tu. Aku Tanya kenapa??? Aiman langgar Aqil kene kat muka dia tadi. Rilek je En Faizal ko jawab. Grrrr

Aku pandang Aiman dah macam nak telan geram gilerr. Aku suluh hidung Aqil nasib baik darah dah tak kuar dah. Aku kan panic, Aqil rilek je tak nangis pun, handal juga ek ko. Huh.
Tapi bila aku perasan salah sorang anak3 aku senyap je aku akan jadik sangat risau sebab diorang tu dah semulajadi aktif. Kalau senyap tu mesti something wrong somewhere la. Aku lebih rela diorang tu terlenting-lenting walaupun pastu mulut aku berbuih membebel. Hhahahahahha…

Anak3 adalah nyawa aku.

Piece ~(^_^)v




P/s : Tengahari ni makan nasi ambang beli pagi tadi…hahahaha.

2 comments:

  1. Hero kn....gurau ganaszzz.huhuhu.alhmdlh, tkde aper.anak mmg nyawa kita.

    ReplyDelete
  2. ye la YM...anak3 pengubat lara...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...