Nuffnang

Monday 30 July 2012

Besday En Faizal

Salam,

Happy monday blues yang keje arini...hahahah aku tak keje arini sebab nak cat rumah. Yela tu..aku tolong..tolong tengok je. Hahaha..tolong komen aku expert.

Aku nak bagitau harini birthday En Faizal yang ke 33 tahun. Malam tadi aku tertidur awal sebab pening kepala. Pagi tadi baru wish.

Ingatkan anak-anak dan suruh diorang wish sebelum pergi sekolah. Hug n kisses. ^_^

Untuk En Faizal :

Selamat ulangtahun yang ke 33 tahun. Ayang & anak-anak doakan semoga pada usia baru ni lebih banyak kemajuan dan dikurniakan rezeki yang berlipat kali ganda. Ayang dan anak-anak selalu menyokong dari belakang.

We love u very much- hug & kisses.

Okla En Faizal dah angkat tangga ni nak start cat rumah. Kita tengok apa jadi.

Piece ^_^v

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday 26 July 2012

My Lovely Kids





Salam,

Picture 1 : Muhammad Aiman Fikry
Sekarang 6 tahun. Dah ada 2 orang adik yang lasak.My assistant selalu tolong jaga adik. Kalau dia geram dia baling je adik atas sofa. Bhahahha.

Picture 2 : Muhammad Ilman Irsyad
Bulan 8 nanti genap 4 tahun. Bila suruh jaga adik buat tak tau je. Geram aku. Bulu mata lentik sebab gembeng.hehhehe

Picture 3 : Muhammad Aqil Mukhreez
Sekarang ni setahun setengah. Sangat lasak okehh. Tak daya nak kawal dia. Kalau mengamuk masyaallah teruk betul kalau apa yang dia nak tak dapat. Kalau dah tak boleh pujuk sangat aku biar je. Hahahah. Manja sangat bujang sorang ni caner nak ada adik ni.eerkkkkl..adik??

Muka diorang ni masa kecik samakan??lagi-lagi Aiman & Aqil. Maybe lebih ke aku kot sebab tu pangai pun sama. Kuat mengaruk.hahahah

Piece ^_^v
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday 25 July 2012

aqil injection

Salam,

Selamat pagi. Sekejap je dah 5 hari kita berpuasa ek. Alhamdulillah. Pasni tup-tup sok raya memang masa berlalu dengan pantas aku pulak banyak lagi perkara nak settle. Harap- harap semuanya berjalan dengan lancar. Amin

Arini aqil cucuk setahun setengah. Patutnya minggu lepas tapi sebab dia demam postpone arini.

Pagi tadi En Faizal balik keje awal so aku suruh dia je hantar aqil cucuk. Plan nak hantar aqil pergi taska dulu nnt pukul 10am ke baru amik dia pergi klinik.

Bila dia dah tau apak dia kat umah siap main basikal lambai-lambai aku budget dia nak duduk umah dengan ayah.hahaha. Sekali aku masukkan dalam kereta dia pusing badan dia 360° siap melentik-lentik lagi mengamuk tak nak ikut aku.

En Faizal ko la mengada offer nak duduk umah dengan ayah tak??.hah amik ko ko ingat dia tak paham apa kita cakap. Dia lagi cekap ko tau..bukan salah aku hahhhh jagala dia kompom En Faizal ko tak boleh tido sebab dia keje malam. Ngeeee..

Aku naik kereta lambai-lambai dia selamba je muka dia. Ok bye. Senang mak ko.

P/s : Updet blog pakai phone ni kalau masukkan gambar memang gambar tu kat atas je ek??taj boleh adjust ke ek?? Tak paham tul aku la. Ala tak kisahla asalkan aku leh updet blog selalu dah syukur dah.

Piece ^_^v

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday 24 July 2012

Testing



love

posted from Bloggeroid

sembang-sembang

Salam, 

Selamat pagi. Pagi ni aku macam lemau je sebabnya nak bangun pagi sahur tadi tetiba leher aku tak boleh toleh.adoiii...sakitnya sampai pening kepala. Salah bantal agaknya. Sekarang ni kat opis pun mata aku ni bukak tak bukak je. Mujur aku cuti puasa terus aku telan panadol pagi tadi lega sikit pening kepala cuma leher ni je masih sakit. Ermmm. 

Alhamdulillah Aiman masih berpuasa. Semalam tengok dia ok je. Langsung tak melepek pun. Lega aku. 

Ibu: Abang bagitau teacher pra sayang tak abang puasa arini? 
Aiman: bagitau. Abang bagitau abang puasa arini tak boleh makan siang malam je boleh makan. 
Ibu: ye ke? Bistu teacher cakap apa? 
Aiman: teacher cakap "oooooo". Teacher kasik koko crunch suruh makan malam

Balik sekolah semalam Aiman pegang koko crunch tu langsung tak beri adik-adik dia usik langsung peluk je. Ala kesiannya aku tengok. Pagi tadi tanya dia nak buka apa arini dia request nak makan nasik lemak ngan ayam goreng. Aduhh mana aku nak carik ni.kang beli kat bazar takut tak sedap pulak.ermm. Nak tunggu aku masak nasik lemak sendiri jawabnya sahur la baru makan.bahahahh. 

Semalam pun aku pergi bazar beli lauk nasik masak kat umah masyaallah ikan 2 ketul rm6. Mahal okehh!!. Lepas tu konon nak buat sahur la lauk tu tengok- tengok dah berbuih. Benci!!! malas dah aku nak pergi bazar lagi. Kalau pergi pun belikan bubur aqil je. Memang aku kena masakla baru puas hati tak kisahla lauk campak- campak je janji sedap. 

 En Faizal dengar aku nak masak je senyum lebar jimat kata dia. Ermm ye la.. Aku ni kalau nak masak semangat tu kena seru dulu baru datang!! Kalau 'M' aku tu kebal makanya aku tapau je " bang sup daging 2 orang makan!!". -_- 

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday 23 July 2012

Selamat Berpuasa..


Salam

Salam ramadhan 1433 hijrah tak lambat lagi kot nak wish sebab aku tak sempat nak updet blog. Memang busy sejak 2 3 hari ni.

Sebenarnya baru jumpa application nak updet blog for android. Seronoknya aku boleh updet pakai henpon je. Tak payah susah-susah nak bentang lappy pastu kene terkam dengan aqil.hishh tension. Tu la salah satu sebab aku jarang updet blog. Ok pasni kalau application ni ok Insyaallah kerapla aku updet blog tanpa gambar.bhahaha.

Ada tak application yang boleh masuk gambar sekali?? Kalau ada kongsi-kongsi dengan aku ye.
Alhamdulillah harini hari ketiga Aiman Fikry berpuasa. Masa umur dia 5 tahun dia buang puasa 5 hari je. Tahun ni harap- harap dia dapat berpuasa penuh.Dia baru berumur 6 tahun so aku bukan nak paksa sangat just for train saja. 

Sahur aku akan pastikan aiman makan secukupnya ofcos aku suap dia sampai dia geleng tak nak. Pastu sebotol susu. Minum air masak banyak-banyak. Insyaallah ok.

Petang ni dah pening pikir nak buka puasa apa. Aku tak fikir aku nak makan apa tapi aku fikir aiman nak makan apa.hurmmm

Ok la bazar jumpa aku petang ni..dada

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday 16 July 2012

kemaruk oven...

salam
hahahaha tajuk tak hengat ober...hehehhe..weekend aritu balik umah MIL...lama dah tak balik sebab kesibukan memanjang. hahaha alasan nak kene pelempang macam la PM busy sangat kan...

Balik aritu SIL ajak aku keluar beli barang rupanya nak cari oven ngan mixer baru untuk MIL. Aku kan memang suka menyibuk-nyibuk  ni. Bab masak-masak memang aku gemar. 

Kami yang pompuan-pompuan keluar dan yang lelaki-lelaki kat rumah jaga anak. bhahahahaha. bukan selalu kan. dada..

Setelah berpenat lelah membeli-belah maka kami dengan ghairahnya membeli bahan-bahan untuk membuat kek dan biskut sebab nak meraikan oven baru. 

Memula tu buat kek coklat ok dah rasa semua tapi tak berapa nak masak sebab salah setting suhu. dammm.

Esok paginya MIL ajar buat bahulu. Ko tau bahulu ni bukan bahulu yang kecik-kecik tu yang ada ikan la..buah la..ni yang besar tu..





taraaaaaaaaaaa.........




kaler bahulu ini aku sangat jatuh cinta. ngeeeeeeeee..rupanya senang sahaja nak buatnya...pastu aku jerit kat telinga En Faizal " Yang!!!!! belikan ayang oven ngan mixer pasni bleh?????"....mesti aku akan jadik super chef lepas ni...bhahahahaha.. tak sangka cubaan pertama menjadi....^_^

MIL dah offer kalau nak buat kuih boleh pakai oven dia...yahoooooo.....tq mak...

Macam nak ugut  je En Faizal suruh belikan oven sekarang jugak....ngaaaaaaaaaa....keji..

ok entry berhenti setakat ini.. kalau aku berjaya buat kek lagi pasni aku akan canangkan di blog ye...sabo ye.

Tuesday 3 July 2012

Hari Minggu Yang Indah

Salam,

SABTU

Weekend aritu agak busy jugak la sebab hari Sabtu tu pergi wedding officemate kat Batu Pahat. Kami pergi konvoi beberapa buah kereta. Sangat adventure sebabnya walaupun dekat tapi kami tetap sesat. hurmmm.

Kami sampai ngam-ngam perut bergelodak lapar. Apalagi membaham makanan bagai tiada hari esok. hehehehe...


Senyap bila sorang satu dapat main game..lega mak ko..Aqil duduk depan dengan En Faizal asik tidur je bosan kot...ekekekke..


Gambar pengantin tak amik sebab kamera tertinggal dalam kereta..sob..sobb.. ni pun tumpang kasih kamera kawan. Muka Aqil yang kebingungan sebab ramai sangat orang. Suka sangat dengan kuih makmur kat tgn dia tu sampai nak abis sebalang dikerjakan..hahahaha...balik tapau lagi....

Inilah tujuan duduk belakang sebab senang nak bergambar sampai lebam...bhahahahah...selepas pergi kenduri kawen menziarah kawan yang sakit kat hospital pastu memansing bawak haluan sendiri.

Bagitau En Faizal nak singgah pekan Ayer Hitam nak tengok pasu bunga. Sekali sampai sana lain pulak mata aku ni nampak...wahhhh lawanya karpet dia!!!!!! terbayang-bayang cantiknya karpet dia tu sampai la ni...hahahah....mendayu-dayu sore aku bisik kat telinga En Faizal." Yang lawanya karpet tu beli nak tuk raya" En Faizal " Ermmmm tengokla nanti" meleleh hingus aku dengar. -_-

Balik dah petang kami anak beranak kepenatan yang amat sangat mengalahkan orang pusing satu Malaysia. Malam tu tidur memasing macam kene bom.

AHAD

Esoknya, Ahad aku ajak En Faizal bawak anak-anak amik angin pergi Kota Iskandar dekat Nusajaya tu. Saje ajak anak-anak pusing pepetang padahal En Faizal baru je balik keje. Ala jap je padahal aku yang lebih.ngeeee..

  ilman ni kalau suruh amik gambar suka buat muka tau..

 Aiman bertelinga capang..ngeeee

Aqil ni tak pernah bebas kat luar sekali dapat keluar dari grill rumah dia punya jakun...tak terlarat kejar last-last dukung je senang.  Muka yang excaited nak berlari ^_^

 Good boy Ilman...Aqil berlari-lari itik nak ikut abang dia memanjat....gasak..


Aqil ni kalau nampak semut ke kumbang ke dia memang geli. hehhehehe aku leh jadikkan modal nak takutkan dia kat umah kalau dia noti sangat. Aku amik kumbang letak kat kaki dia tak bergerak ok...bhahahahaha...carik pasal lagi. Masa ni dia nampak semut hitam bukan main mengelak lagi dia...cute!!


* MY SOUL, MY LIFE,MY HEART, MY INSPIRATION*
LOVE THEM VERYYYY MUCH!!!!


Sekian saja cerita untuk hari ini. (Punyala lembab brukban aku ni upload gambar tensiii aku) -_-




Piece ~(^_^)v

Monday 2 July 2012

Result Exam Aiman

salam,

Mari kita updet blog sepantas kilat...hahahahah...minggu lepas aku hari sabtu amik report card Aiman untuk peperiksaan setengah tahun. Alhamdulillah keputusan dia memberangsangkan. ^_^

 *muka ghairah nak amik result*

Cikgu Aiman cakap Aiman kadang tak fokus kat dalam kelas tapi dia boleh catch up. So far dia boleh buat la. Ok. aku boleh terima sebab kalau aku yang ajar dia kat rumah memang suara aku jadik suara harimau mengaummmm soploh kilometer leh dengar. Aku memang tak sabar kalau ajar Aiman. Jap-jap nanti dia nak minum, kang jeling tv, jap lagi nak kencing. Hadoiiiii hangin aku. Last-last aku hantar dia ke kelas tusyen kat Smart Reader. Cikgu tusyen cakap Aiman ok bagus nampak la perkembangan dia pastu cikgu Aiman kata tulisan dia sangat cantik. Kembang hidung mak ko patploh sentimeter. (^_^)

 *Result exam Aiman pertengahan tahun*

Alhamdulillah aku kene kerja keras lagi untuk dia terus cemerlang dan tak ketinggalan. banyakkan doa dan usaha Insyaallah. 

Sekarang ni setiap pagi on the way nak pergi school aku akan suruh dia congak matematik. Aku soal dia jawab seberapa pantas selagi tak sampai school selagi tu aku soal dia menggigil-gigil dia jawab.bhahahaha.

Semoga anak Ibu berjaya hidup di dunia dan Akhirat. Aminnn 


Piece ~(^_^)v






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...