Nuffnang

Monday 22 April 2013

Hari Keluarga Taska Al Ummah 7 2013

Salam,

Semalam 21hb April 2013 Taska Alummah 7 taska Aqil & Aiman ada buat Hari Keluarga. Aqil kene masuk Pertandingan Pakaian Beragam & Aiman kene masuk pertandingan mewarna.

Aku memang tak buat apa2 persediaan sebab tak cukup masa nak kluar beli baju. Aku dah mati akal nak pakaikan kenit tu baju apa. Ada yang suggestkan pakai baju bola sambil pegang bola la apa la. Jersey plak dia tak ada. Bola ada. Aduhh!! kusut.

En Faizal bila aku tanya dia buat tak tau je. Dia lagi la tak masuk akal bab2 camni. Aku je la yang diharap. T___T. Tibala hari semalam. Aku masih tak decide nak pakaikan kenit apa. adoiiilla. LAst selak almari baju dia ada kemeje & tshirt. Masa dah suntuk aku sarungkan dia dengan skinny jeans, kemeja & topi ala2 Maher Zain tu. Sebenarnya tu topi masa dia baby dulu. Ala belasah je la Aqil.

So tema adalah "SMART CASUAL"

Belasah saje. Ibu punya kepala.

Aiman tak dapat join sebab dia ada kelas mengaji. Mengaji lagi penting kot. So Aqil je join. Bagi can kat adik ni. Aku biasala lambat selalu. Aku sampai orang dah penuh kat dewan. Pengetua tengah beri ucapan. Ok masih tak lambat sangat. hehehehhe

Sampai2 je Aqil buat hal mengaruk..selalu tak macam tu. Mungkin cuaca panas dengan kameja segala dah lencun2 baju. Redha. En Faizal bawak dia pusing2 aku pergi daftar dulu. ok nampak dah ok sikit bila dapat lepas hambekk satu dewan dia tawaf. En faizal la kejar aku mmg tak kose dengan skirt bagai terkejar2 hilang cun aku..miahahahha.

Ok upah susu sebotol mood dia ok. Fuh lega!

Ok pendekkan cerita bila nama dia panggil aku pun naik pentas pimpin tangan dia..wah kemain ko ek lambai2 segala bak retis lambai kat peminat. Memang tak takut langsung. Siap lari2 atas stage macam dia yang jadik pengacara majlis gamaknya. Aku biar je la kan. Siap dia tegur kawan girl dia "Anie!!".ewahhhhhh anak bujang aku...kejap2 kang dia clap2 sebab nampak kawan dia naik pentas jugak. Ada tu yang langsung tak nak berjalan takut. Aqil plak langsung tak nak di pegang...ayoyoyoyo.

 
Ok keputusannya AQIL TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM.

 
wahhh bangga mak pak ko!!! last2 minit pun berhasil. Aku rasa yang menguatkan Aqil menang sebab keletah dia yang mesra rakyat dan peramah. extra point di situ. (^-^)

Hadiah hamper dengan piala. samapi ke rumah tak bagi aku pegang piala dia...ermmm bangga lettewww...

Muahhhh untuk anak Ibu Muhammad Aqil Mukhreez.

Good boy.

 


Tuesday 16 April 2013

dahulu vs sekarang...

Salam

Skang ni tempat aku tengah hujan lebat. Petang je mesti hujan. Alhamdulillah hujan rahmat. Hujan2 ni perut asik lapar je kan??

Minggu ni Aiman periksa sekolah agama. Aku tau pun semalam kawan aku bgtau. hahahahah. Dia kata ada dapat jadual peksa tu tapi aku carik tak ada. Aiman ni aku tak pelik semua hilang semua cicir. haishhhh

Minggu peksa tapi malam je tgk tv. Bila suh buat homework dan2 mengantuk. Bila aku tanya camner peksa tadi dia kata ntah tak tau nak buat sebab dia tak paham langsung tulisan jawi tu. Aku tak tau nak kata apa la.

Status Fb aku pg tadi:

ibu: abg td peksa boleh buat x?
aiman : ntahla abg xtau..abg xpaham la.
ibu : la abistu caner tu??
aiman : ntah la..
ok aku redha je sebab dulu dgn skang xsama. skang drjh 1 dah sek agama dulu ibu ko ni drjh 3 baru drjh 1 sek agama tu pun baca jawi pn bebal lg..so xleh la harap aiman yg drjh 1 leh paham tulisan jawi lg2 nak pahamkan subjek..follow by the flow je..ibu paham abg!! skang je la paham klu dah drjh 3 pn ko merangkak lg baca jawi mmg ibu ko plakla jd ustazah!!

Sape yang hidup pada zaman aku dan seangkatannya mesti tau (org johor je) dulu kita darjah 3 baru nak sekolah darjah 1 kan? Masa tu aku tulisan jawi pun aku tak kenal lagi apatah lagi mak membaca jawi. hancuss.. tapi masa tu cikgu2 ajar fardhu ain dan ajar menulis jawi. Ada gak la subjek Ibadat Tauhid Adab dan lain2 tapi lebih tumpu suh ko pandai baca dan tulis jawi dulu.
Aiman sekarang ni aku tengok lebih nak lulus subjek padahal tulisan jawi pun tak kenal lagi. Macam rushing pulak aku tgk zaman sekarang ni ek yang jadik mangsanya anak murid la. Skang ni semua belajar struggle nak cepat pandai kan.. zaman aku dulu rasa semua takde paksaan macam sekarang..
Entry ni adalah entry yang aku dah buat draft berminggu lamanya sampaila semalam Aiman dapat result exam sekolah agama dia. Alhamdulillah semua separuh daripada 50 markah. Aku tak ingat la apa subjek dia tapi dia ada dapat 38,27,36 satu lagi aku dah tak ingat bape. Kang balik ni nak belek2 lagi.
 
 p/s : abg tp ibu dulu cemerlang tau sek agama bangga nenek ngan atuk!!!
(mihmihmihmih)

Friday 12 April 2013

MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA

 
Salam
SHARING IS CARING...YOOO!!
Panduan Untuk aku jugak di masa akan datang...mihmihmih..
 
ok lets go!!

 
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
 
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan. 



 Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang. 
 
 Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim. 
 
 Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1. 
 
 BILAKAH WAKTU SUBUR?
 
 


 
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
 
 
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.


info from : Drazwan

Monday 1 April 2013

Sakit Gusi :(

Hai..

Hari Isnin ke??? OMG rasa baru je Jumaat.. Jap je masa berlalu kan?? ermmm
Arini nak cerita pasal sakit gusi. Korang pernah kene tak? Aku skang ni tengah menanggungnya.. :( Sakitnya sampai migrain aku di buatnya.


pic from goole

Aku sakit gusi ni dah nak dekat sebulan lebih masih tak baik2 lagi. Bulan lepas jumpa dentist Dr kata gigi tak berlubang. Aku ingat tu puncanya aku sakit gigi rupanya gusi aku yang bengkak dan skang ni dia bernanah.

Sejak sakit gusi ni aku dah takut nak makan. Makan bila perlu je nak elak lapar kalau tak memang aku tak sentuh makanan langsung sebab takut sakit. Sakit dia datang2 bila aku terminum sejuk atau manis memang cam nak tercabut kepala aku sakit dia. -_-

Aku rasa badan aku dah menyusut disebabkan ini juga. Bukan tak nak makan tapi tak tertahan bila sakit tu datang. Masa jumpa Dr tu pun dia kata kena cuci je pastu dia kasik ubat bengkak, kumur & tahan sakit. Kalau makan ubat sakit tu hilang la jap pastu silap sikit je dia sakit balik. Kawan aku kata nak baik cabut je gigi yang berdekatan tu. Cabut??? aku is penakut ok..cuci gigi je aritu dah ternaik2 bontot aku tahan ngeri..

Skang ni bila aku picit gusi tu dia ada kuar nanah sikit pastu sakit. Caber ni?? aku dah seram. Semalam aku kumur pakai air garam dengan ubat yang Dr bagi tu. Nampak kurang sikit tapi pagi ni dia sakit balik.

Aku tak pernah kena sakit gigi tapi bila dah kena rasa serik terus. Malam kalau sakit dia datang memang tak leh nak tido. Pastu sik nak meradang je sebab kepala berdenyut2.Kesian anak3 la yang jadik mangsa...uwaaaaaa

Ok bye!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...