Nuffnang

Tuesday 31 January 2012

Muka aku bila bosan + lapar...


Ni muka aku bila nak buat dwg tapi blur-blur pastu perut menjerit-jerit tak sabar mintak diisi..Grrrr. 

So caranya tepikan dwg jap dan mari kita edit-edit gambo....yiiieeehuuuuu..


Sweet je frame ni ek ade bunga-bunga pastu letak plak beberapa ekor rerama...oohhhhh comellll je...terus muka aku jadik jelita (pangggggg doploh kali)

Tengah leka edit-edit gambar boss tanya Susie dwg dah siap...ok...ok...coming....ishhhh kacau daun tul...ok babai...





P/s : Aku baru tau Isnin & Selasa ni cuti umum....yieeehaaaaaaaaaa.....kebabommmmmmm....(joget zapin)

Monday 30 January 2012

Rojak buah..

Lunch tadi konon tak nak makan heavy-heavy macam dah kenyang je so ajak kawan aku pegi makan rojak buah. Memang sedap rojak buah kat CS tu. Skang pukul 4.50pm perut aku dah menari-nari dangdut mintak diisi dengan makanan. Heyyy baru tuan awak ni nak kurus. cisss..

* Pic from Google*

Lupa nak amik gambar tadi sedar-sedar dah licin pinggan. ekekekekeke..



P/s : Nak ajak En Faizal makan Char Kuew Tiaw Kerang Special dekat Gelang Patah. Mabeles. Meleleh air liur aku dengan derasnya...syrupppp...


Mari kenal aku..

Oh tajuk bajet retiss. muhaaaaaaa. Untuk korang yang nak tau aku sape dan untuk simpanan aku bila dah tua nanti kalau-kalau dah tak ingat perangai sendiri...ngaaaaaaaaa.

Blog ni kan dah ibarat macam diari aku so suka hati aku la nak tulis apa tul tak???

 Ni Aku dengan Aiman. Bila ko baca tengok muka aku betul ke aku cam tu....hahahahahah...

1) AKU ni seorang yang bermuka agak menakutkan bila orang tak kenal aku mesti orang tu cakap " sombong la dia ni" padahal aku ni penyegan (muhaaaaa) dengan orang yang aku tak biasa atau tak kenal memang mampos aku tak tegur. Kalau dah kenal mati la ko nak layan mulut kepoh aku ni. Luaran tak menggambarkan dalaman ngertii???

2) AKU ni pembersih (sila jangan muntah). Aku sangat hangin bila tengok benda-benda yang bersepah-sepah, kotor, orang pengotor memang aku benci. Jangan salahkan aku sebab aku memang dilahirkan untuk benci orang yang pengotor. Rumah aku kalau bersepah ke makan terabur ke memang aku naik hantu. siap!!!! So didik anak-anak dari kecik jangan jadik pengotor. Aku pelik tengok orang yang rumah macam tongkang pecah tapi masih boleh tido dengan nyenyaknya. derm.

3) AKU paling tak suka menunggu ok. Aku memang kalau boleh menepati masa. Aku kalau tunggu orang lebih soploh minit je muka aku cam singa setahun tak makan. Pastu siap ko!!

4) AKU suka shopping. Window shopping pun tak pe tapi menggelegak la hati aku tak dapat beli.muhahahah. Suka beli baju budak-budak. Pantang nampak yang lawa je rembat. Baju anak-anak aku kalau bukak kedai bundle dah boleh dah. Nasib baik semua lelaki leh turun temurun. Tapi anak baru baju pun mesti mau baru maa. hehehehe.

5) AKU ade sebijik je rumah tak mampu lagi nak beli berbijik-bijik. :) Aku beli masa aku pregnant anak no 2 sebulan. Alhamdulillah lengkap dah hidup aku yang serba sederhana ni ade rumah sendiri untuk berteduh. Kereta pulak ade dua bijik sebab keje lain-lain tempat.

6) AKU ni Ibu kepada 3 orang anak lelaki (tengok kat sidebar aku) dan isteri kepada Mohammad Faizal B. Abdul Ghani. Kami dah berkahwin selama 7 tahun. Diijabkabulkan pada 4 Jun 2005. Rasanya nak tambah anak lagi pasni ehheheheh.

7) AKU ni jenis tak boleh duduk rumah mesti kene keje. Sejak habis belajar sampai sekarang aku bekerja. Aku kalau duduk rumah lemas kalau cuti berpantang je aku asik mengadap kalendar lamanya nak naik keje. Kalau dah naik keje mengeluh pulak bila nak cuti (tampar nak)

8) AKU ni jenis panas baran tak tau ikut sape (dan-dan terus nak ikut sape). Ko jangan silap sikit memang aku smash cecukup. Garang. ye itu memang aku dan aku akui. Garang tak bererti tak penyayang dan baik hati.

9) AKU sangat sukakan budak-budak especially baby yang kiut-kiut tu. Walla. Hari-hari aku mengadap pun tak pe. Sangat suka ok dengan baby sebab tu aku memang tak ada masalah nak mengandung lagi (jangan pitam dengan statement aku). Aku rasa anak ialah satu keajaiban membesar dalam perut sembilan bulan tetiba keluar baby yang comel gitu. Masyaallah.

10) AKU ialah sangat suka dengan pokok bunga dah banyak jugak la kat umah tu. Tapi aku suka pokok-pokok yang berdaun hijau (perhiasan) pokok yang bunga-bunga yang kene sapu hari-hari bila dia gugur tu aku tak kose ok.

11) AKU suka memasak tapi simple-simple je la. Aku tak reti la western bagai ni sebab tekak aku tekak kampung. Bila tengok channel masakan aku sangat teruja mulala pasang niat nak masak tu la nak masak ni la cam kat tv tapi ntah tahun bila. wakakakakaka.

12) AKU ni sensitip. Nampak je garang cam singa betina lapar tapi bila tengok cerekarama ke Bersamamu ke terus banjir besar. Hati tisu. Satu lagi aku tak boleh bila orang cakap kasar dengan aku aku cepat SENTAP.

13) AKU anak sulung dari lima orang adik badik sebab tu aku garang kot. ye la kot agaknya. (~___*)

14) Aku benci orang tipu aku. Benda lain aku leh jugak terima tapi bab-bab tipu ni aku memang tak boleh terima. Tau la nasib ko kalau ko tipu aku. (serius beb)

15) AKU jenis yang beriya oke. Maksudnya aku akan buat sesuatu keje tu sampai siap tak suka tangguh-tangguh sampai aku puas hati. Lagi satu aku hangin kalau plan lain buat lain memang spoil mood aku. Aku akan buat yang di plan to A to Z. Bila ko buat gitu ko akan rasa diri ko tu ade disiplin.

16) AKU ni jenis kalau pakai barang tak suka tukar-tukar. Contohnya : Jam aku akan pakai jam aku yang sekarang ni sampaila jahanam nak tukar-tukar setiap hari tu tak ade la barang-barang lain pun sama. Bukan kedekut tapi memang aku jenis manusia macam tu. Sebab tu aku Alah Membeli Menang Memakai tak kisah mahal sebab aku nak pakai bertahun.

17) AKU ni pantang orang usik barang-barang aku. Ko nak tengok orang mengamuk macam 'HULK' buat la. Aku tau bila orang usik barang-barang aku atau tak sebab semua barang-barang aku tau susunannya. giler ye aku giler. muhahahahah.

18) AKU giler kamera. Pantang nampak kamera terus hidup aku bahagia. (^_^)



Aku dah buat banyak dah tadi tetiba komputer aku hang terus hilang pastu aku lupa aku nak tulis apa tadi. DERM!!! kalau aku ingat aku buat part 2 ek. huh. spoil je.

(~_~)







P/s : SESUNGGUHNYA AKU ADALAH AKU


Friday 27 January 2012

Mutiara Kata Indah-Sucikan Jiwa

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan 


Hiduplah Sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya 


Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang
Nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah.


Bemuafakatlah dengan diri anda sendiri 
sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan


Kecantikan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, 
 bukan pada wajah dan pakaiannya.


 Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan 

Credit from : Google

 Suka baca mutiara kata sebab ianya boleh buat aku muhasabah diri 

(^____^)

Salam Jumaat










Wednesday 25 January 2012

Coklat hilangkan bosan aku...nyummmyy

Tadi balik dari lunch masuk Kapitan (kedai runcit kat mall mahal ok) nak beli roti tuk Aqil tetiba ternampak Coklat CRISPY padahal baru lepas makan nampak je tu terus cam lapar balik. Mengadosss..Capai lelaju.
 
Pastu nampak pulak CHOKI-CHOKI faberet Aiman & Ilman. Ohh teringat terus kat diorang tu..rindunya...sob..sob..sob..terus amik sepeket bayar. Sebab rindu ibu belikan ek tapi ibu yang makan sebab tak boleh simpan lama-lama nanti basi (tahyul padahal tekak aku yang nak melantak).


 Tadi call mak tanya Aiman & Ilman, mak kata semuanya ok. LEGA




P/s :  Jap lagi En Faizal datang jemput siap pesan mandikan Aqil siap-siap.

T______T

Rindunya :(

Salam, arini naik keje selepas puas bercuti selama empat hari bukan aku sorang tapi semua orang dan ade paling best lagi sambung cuti sampai hujung minggu. mabeles.

Aku malas nak sambung cuti sebab tak de nak ke mana-mana sebab En Faizal ko keje :( Untung dia off day hari Isnin & Selasa aritu dapatla jugak aku balik rumah mak. Sebelum balik tu aku kemas-kemas rumah dulu bagi clear supaya aku tak meroyan balik cuti nanti tengok rumah bersepah. Gegar Aiman suruh buat homework siap-siap walaupun cuti seminggu sebabnya bila dah balik umah nenek dia ko ingat dia ingat kat buku ke??? Tak Ingat dia ingat nak lari-lari keliling rumah nenek yang panjang tu. Ok bye.

Sakit jiwa jugak la aku nak suruh dia siapkan homework tu suara aku je yang terjerit-jerit kat taman umah aku tu macam aku sorang ade anak. Tensiii. Turun naik darah aku naseb tak fengsannn. Itu belum bab dia menyakat adik dia lagi, gurau senda lagi, mata jeling-jeling tv, bila suruh buat homework kang kejap nak kencing , kang kejap nak berak, haus pulak banyak alasan. Nah sebotol air aku sediakan ko jangan banyak alasan nak bangun-bangun dari kusi tu. Paham!!

Tapi arini aku rasa rindu pulak dengan Aiman & Ilman sebab aku tinggalkan dekat umah mak. Cuti sekolah panjang ni aku malas nak hantar taska sebab sebelum ni cuti sekolah aku hantar kat taska asik main je dari pagi sampai petang sebab jumpa geng ganas. Dapat upah benjol dahi sebesor-besor tidak. Seriau aku tengok.

Seriusly aku memang tak pernah berpisah dengan anak-anak sebelum ini melainkan aku beranak ke aritu Aqil masuk hospital ke semua kes-kes terpaksa. Kalau rela camni tak pernah lagi. So berat jugak la aku nak tingglkan diorang walaupun dengan mak bapak aku. Siap pesan berbakul-bakul. Balik semalam sayu je hati aku cium-cium bagai Ilman memula meleleh gak airmata peluk kaki aku tapi aku buat-buat kental. Pas en Faizal janji nak belikan mainan dia ok.

Dialog pagi tadi :
Aku : Yang camner la budak-budak tu ek??
En Faizal : alahhhhhhhhhhhh tak de apa-apa la..
Aku : ok (senyap)

* Perasaan ibu tak sama dengan ayah*

Nasib baik ade anak lagi satu leh bawak balik kalau tak meraung la aku. uwaaaaaaaaaaa. Arini taska still cuti lagi so En Faizal kene jaga Aqil arini. Kejap-kejap aku call takut Aqil yang dodoikan apak dia. hishhhh. risau aku. :(

Anak kalau depan mata asik la nak bergaduh tapi bila berjauhan Ya Allah rindunya tercarik-carik. Pada aku tak pe la gaduh selalu asal ade depan mata. Aku redha dengan kehidupan serba sibuk sebab pada aku walaupun penat tapi aku puas. 

Kepuasan Aku Adalah Bersama-sama Yang Tersayang. Pengorbanan Aku Adalah Untuk Yang Tersayang.


Rindunya Ibu kat Abang & Ilman. Sob..sob...Sabtu ni ibu amik kita gaduh-gaduh lagi ek...
T_____T











P/s : Teringat pengat ubi yang mak bawakkan semalam. yummy. harap-harap ada lagi la sebab paberet En Faizal ko.

Thursday 19 January 2012

CNY makanya surga limau...:)

Aku rasa hari-hari opis aku ni dapat limau dari client so yang paling beruntung ialah staf cam aku ni ha. Sekali dapat sampai soploh bijik banyaknya cam ko beli kat KipMart tu. Tu beli yang ni FREE je. :)

Memang tiap tahun bila time nak CNY year aku akan menjadi kurus dari sediakala (ok ini tahyul) sebabnya aku akan melantak limau selagi ada walaupun perut aku meronta-ronta mintak stop makan. NAFSU memang tak dapat menghalang niat okehh. Kang kejap-kejap pegi toilet. Kang soploh minit pegi lagi tapi tetap tak serik-serik. Usus makin menipis mintak nyawa supaya puasa makan limau. Takmoooo..


*Ambik dari Google*

Dah la kat opis terpening-pening makan limau banyak sangat ni baru jap tadi dapat lagi. Kecik besar tengok limau yang comel tu. rezeki jangan ditolak. Ok. Laci aku penuh limau leh jual seposen satu kat kedai. :)
Aku tak nak bawak balik bukan apa sebabnya sekarang Ilman tengah demam dan batuk so aku tak nak dia nampak dan makan limau ni. Kembung aku balon sorang.

Semalam balik je aku bukak pintu tetiba ade orang jerit "akakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk" oh terkezut aku oh rupanya jiran aku (dia chinese) yang sebelah ni panggil " Lama nak jumpa akak nah ni limau" OMG hambikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sekotak terus dia kasik aku. Niat nak sembunyikan dari Ilman terus musnah. :( "ok,ok, thanks ye"

Cecepat aku psiko Ilman "Ilman tak boleh makan limau ni tau nanti Ilman batuk pastu muntah, nak ke????? nanti tak boleh tido malam nak ke?????" Ilman "tak nak la". ok bagus.aku berjaya cecepat angkat bawak masuk bilik terus tutup. Phewwww selamat.

Cuti ni balik umah mak leh bawak limau sekotak tu. Aku dah muak. 







P/s : Tak sabar nak balik cuti lepak-lepaking kat umah mak.:) Aku rasa banyak-banyak tempat umah mak paling best (dah sah-sah ko beso kat umah tu) selain umah sendiri. T___________T






Wednesday 18 January 2012

kesian Mak Mah :(








P/s : Kesian sangat-sangat dengan MAK MAH. :( 
Zaman sekarang tak ada yang mustahil. 
Harap-harap tak terjadi pada aku.

Tuesday 17 January 2012

Birthday Aqil setahun

Hari Sabtu 14/01/2012 adalah hari jadi Aqil yang pertama. Aku cam tak percaya je dia dah setahun rasa baru je aku teran-teran jerit-jerit nak kuar kan dia. Mencabar ok. Macam nak mati. Berbaloi sebab sekali kuar comel cam aku. muahahahahha. *lempang sekali*

Aku seperti biasa la tak ade la nak sambut meriah-meriah bagai memadai potong kek makan satu family dah cukup menggembirakan kami semua. Aku bersederhana. Tapi kami sangat menghargai setiap tarikh penting dalam kehidupan kami. Syukur. Walaupun sederhana tapi amat bermakna.

Pada usia setahun ni Aqil memang tak tau apa tu birthday, kek, sambut-sambut bagai tiup-tiup lilin tapi yang sangat teruja ialah Aiman & Ilman. 

Dialog Aiman dengan Ayah :

Aiman : Ayah Aqil kan kecik lagi kan dia tak boleh tiup lilin kan?
Ayah : Ye la.
Aiman : Takpe tak pe abang boleh tiupkan kan ayah??
Ayah : ishhkkk mana boleh.. Aqil punya la.
Aiman : Boleh la Aqil kecik lagi.


Birthday boy yang comot. Badan Aqil agak kurus lepas dia kuar hospital aritu nak tau kenapa klik [SINI].

Muka dia comot tu aku tak cerita lagi ek sebab apa. Ok nanti aku cerita. Macam-macam cerita kan??

 Aku komfius birthday sape ni...heheheh Aiman sambut birthday 5 kali setahun sebabnya semua kek org punya dia nak tiup. Ok dia dah tempah kek birthday dia nanti nak kek Angry Bird. Demand ok. Ok tu lambat lagi bulan Mei nanti. Ikut turn ye bang sebelum tu ibu dulu...hahahahaha

 Abang-abang yang teruja nampak kek. Kek Aqil kecik je sebab orangnya kecik. ekekekee. 

  Balik hantar mak singgah Sds beli kek. Yang tinggal kek ni je. belasah la. Ade rezeki beli lain pulak.

 Ok ayah wakil untuk Aqil tiupkan lilin tu. Belum sempat tiup dah mati sebab sebelah tu ade 2 mulut lagi yang tolong tiupkan...wakakakakaka

 My kecintaan hati. Sayang Dunia Akhirat. Dah besar-besar rupanya anak3 aku ni.

 Gambar ni menunjukkan Aiman yang gila kuasa. hehehehehhe. Ok la bagi can tiup lilin tu.

 Kesayangan hamba.

 Aqil dengan nenek.

Aiman, Ilman dengan Ucu (adik aku yang bongsu)

P/s : Tadi Aqil cucuk setahun En Faizal ko hantar. Eh dah lama rasanya tak hantar anak pegi klinik sebab dah bagi tugas tu kat En Faizal.

Hikmah Janggut Di Sebalik Sunnah Rasulullah

Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.



Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron

Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic

Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Hukum Memelihara Janggut

Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Di anggap keji kerana meremehkan hukum-hakam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.
Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini. Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka.
Artikel ini aku amik dari kawan aku sent email tadi kat aku. Semoga dapat berkongsi manfaat bersama.
P/s :  En Faizal tak ada janggut.
T_________T

Monday 16 January 2012

Memancing lagi...

Arini En Faizal pegi mancing udang lagi. Malas dah nak bebel-bebel layankan je la. Asik la pegi kedai pancing beli itu la ini la. Excited dia lain macam je.

Harap-harap dia bawak udang sebakul untung aku tak payah beli lauk lagi. Seminggu anak beranak mentekedarah udang je. Pastu kolesterol ko naik ngadu sakit-sakit tengkuk la pening kepala la. Berangan dulu tak salah kalau dia tak bawak pun tak ralat sangat. :)

Dialog mak semalam " Ala kalau bawak balik udang tu goreng je sedap". Untungnya ko dapat mak mertua memahami bapak mertua lagi memahami sebab sama-sama kaki pancing. 

Semalam mak bawakkan sambal tumis lada cili. OMG perut aku dah berkeroncong mintak diisi. Tadi lunch makan mee sup je. Makan dengan nasik panas mabeles tiga pinggan nasik tambah. (macam bela hantu raya)

P/s : Banyak cerita nak gebang kat blog tapi tak sempat lagi. :(  Akan aku usahakan. don't worry k. (Budget retis pulak ko) muheeeeeee...








Friday 13 January 2012

Macam tak caya je kan???

Hai uollsss...cam tak caya kan aku On9 dan updet blog lagi.....wahhhhhh...ni entry jakun namanya sebab baru arini dapat tenet memalam buta ni. Lappy aku kan dah lama "PADAM". Aku pinjam lappy adik aku sebab dia datang umah aku ptg tadi.

Bila mak datang ni rasa bahagia je sebab ramai yang leh tolong aku ehehehhehe....especelly jaga budak-budak la. Ni Aiman tengah tgk citer " Night At The Museum" rasanya dah banyak kali dia tengok citer tu suka sangat sebab ade binatang hidup tengah malam tu. Ilman dah belayar Aqil pun sama dah sampai negeri China.muhahahahha.

Tadi mak bawak sambal tumis lada cili (feberet aku).Kalau aku yang buat aku tak makan sebab macam tak sedap. Dasar pemalas. Pastu aku goreng ikan makan dengan nasik panas. Wallawei. Sorgaaaa. Mak ni kalau masak campak lempar je mesti lazat menjilat jari cuba kalau aku ok reject tapi setakat En Faizal ko kenyang tu ok la. :)

Aku tengah borak-borak dengan mak ngan adik aku. Macam-macam topik biasala kami semua cerita akan keluar pastu ketawa kekek-kekek. Ok sekarang tengah topik bilik air. wakakakakka.

Esok pagi dah plan dengan mak nak tanam bunga. wahhh seronoknya. lama betul pokok-pokok bunga aku tu tak dibelai dianaktirikan kesian. Sok aku nak cantas daun-daun kering bagi jelita balik pokok-pokok bunga kesayangan hamba.

En Faizal ko sampai hati kan biarkan pokok bunga aku kehausan nak mintak air. Balik keje tadi aku tengok pokok bunga aku dah layu mintak nyawa. Cecepat aku siram bagi harapan dia hidup. Ada ubi ada batas.

Okla nak sambung borak dengan mak. Mak baca paper yang dah lama-lama tu semua dia kata kesian. Baca tu kesian baca ni kesian jap lagi terkejut pulak. Ok paham mak memang sepesen aku. :)

P/s : Esok nak buat sarapan apa ek????

Dah lawa tapi...........

Tengok memang lawak kan katun ni TAPI....

Aku memang selalu nampak pempuan tu lawa cun giler nampak sopan santun tapi bahasa kasar cam bahasa katun kat atas ni. Lelaki pun ade jugak golongan yang spesies camni.

Kenapa ek diorang ni senang-senang je lancar je lidah nak cakap bahasa kasar dan tak sopan cam tu???

Kalau aku la tak terkeluar nak cakap dengan bahasa camtu. Bukan nak kata aku ni baik sangat tapi aku memang terdidik dari kecik mak abah aku tak ajar cakap benda-benda camtu. Berani ko cakap gitu depan diorang memang berdarah la mulut ko pastu kene penampo. Sekarang aku amat-amat bersyukur.

Pada aku bahasa melambangkan keperibadiaan seseorang. Molek bahasa ko cantik la peribadi diri. Pada pandangan aku tak payah ko nak cakap-cakap kesat-kesat pun orang boleh paham apa yang ko nak cakap.

Kalau kene yang boleh terima selamat la ko kalau tak buat dosa je ko dengan orang tu sebab sentap dengan bahasa yang ko pakai.

Aku memang sentap kalau ada orang cakap kasar dengan aku. Aku ni jiwa feminin sikit. Aku akan terasa sampai ke tangkai jantung aku. Memang akan ingat sampai bila-bila.

Pasa yang sudah ade anak tu takkan ko cakap dengan bahasa kasar dengan anak-anak ko. Ishhhh didikla anak dengan pekerti yang baik dan sebolehnya sehabis baik mendidik anak supaya kita tak dipijaknya nanti. Aku pesan kat diri aku jugak.

Aku memang jaga kalau nak cakap dengan anak-anak. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Aku kalau dengar anak-anak aku cakap lain macam sikit je (mungkin dari taska) memang aku suruh ulang sekali lagi dan kalau masih ulang lagi perkataan tu aku akan tampar mulut dia. Biar nangis sekarang jangan ko yang menangis kemudian hari.

Banyak benda kalau nak cerita pasal bahasa ni. Pada aku orang yang dah sebati dengan cakap-cakap kesat ni memang susahla nak kikis dah cam habit pulak. Masyaallah.

P/s : Aku paling benci orang cakap "Ada Aku Kisah". Bayangkan anak ko cakap "Ada Aku kisah" bila ko cakap sesuatu ngan diorang. SENTAP SAMPAI PITAM.

Renung-renungkan la.

P/s : Mak ngan abah nak datang umah petang ni...hoooreyyyy

Jom pegi sekolah...(^__^)

Pepagi tadi aku dah paksa bebudak ni amik gambar pakai baju sekolah. Arini 1st day Aiman pakai uniform dia sebab baru dapat kemarin. Tabah okehhh aku jahit name tag dia tu walaupun aku cuma tau jahit jelujur ngan sembat je...wakakakakka...belasah...Mak ko kan multi skill....muhahahahha


Aku siapkan diorang awal pastu baru aku bersiap. Saje pakaikan bedak capuk-capuk bila nak masuk kete je dah hilang dah semua bedak tu. ermmmm. memang tak reti duduk diam bergumpal je kejenya mana bedak tu nak melekat lama. 

 Biasanya diorang akan tengok tv katun la apa lagi. Lantak la asal senyap.

Ilman ni tak tahan sejuk sikit. Malas aku nak jerang-jerang air ni biar dia sejuk. Belajar jangan nak manja sangat nak mandi air panas bagai. Tak kose ibu ko nak layan. 

Bila suruh mandi dialog dia " Abang dulu la ibu Ilman ngantuk lagi ni, sejukkkk" ehheheh padahal aku dah bogelkan dia siap-siap. " Abang dah mandi la Ilman pulak la" terus muka dia tercemik-cemik tapi ikut gak aku ke bilik air. Protes secara lembut.

Stokin dia pun aku tulis nama "ILMAN" bebesor biar tak tertukar. Hari 1st sekolah aritu stokin baru dia tak bawak balik mengamuk aku rupanya tertinggal kat sekolah 2 hari selepas itu baru tau. Aku kan singa betina anak 3. Harap maklum. Jangan salahkan aku sebab aku dah pesan seribu kali. :)

Aku cam kuku besi ek. Nak latih biar dari kecik kang dah jadik buluh terkial ko nak lentur.




Aiman ni pulak dah biasa sejuk. Memang tak ada masalah la dengan dia. Dia dah sekolah dari umur 4 tahun lagi so dia alah bisa tegal biasa. Baju dia ni semua aku letak nama kalau boleh spender pun aku nak letak (tapi melampau pulak). Risau kalau tertinggal ke tertukar dengan kawan so dapat trace Aiman punya. Tempah nametag kain tu dengan kawan aku.

Stokin pun aku tulis nama "AIMAN" sama cam aku buat kat Ilman.

Oh rupanya anak-anak aku dah semakin membesar semuanya dan maknanya aku semakin tua (itu auta). So memang busy la rutin aku tapi aku seronok dan puas.







Thursday 12 January 2012

Lipas..eeeuwwwwww...

Semalam tengah aku sibuk-sibuk nak solat maghrib pastu nak kemas-kemas barang taska aku mintak tolong Aiman jagakan Aqil tu. Aiman tension . Sabo je aku. Sebelum tu aku dah siap-siap suapkan Aqil makan nestum sebab kalau dah kenyang kan dia kurang sikit nak melalak nak ikut aku. 

Ok aku lepas je Aqil ngan abang-abang dia tengok tv aku buat keje rumah. En Faizal keje malam so pastinya aku buat keje dari A to Z.

Pas solat maghrib aku gosok baju tetiba dengar cam Aqil nak termuntah. Pastu senyap. ok aku teruskan keje aku.

Dah siap gosok baju aku keluar tetiba Aqil kejar nak ikut aku. Tetiba............ bluuuuwekkkkkkk. ok Aqil termuntah keluar ngan nestum-nestum dia sekali.Eh aku cam pelik dengan muntah dia tu aku tengok

LIPASSSS!!!!!

Heiiiiiiiii mana ko makan lipas ni Aqil!!!!! aku dah terkejung-kejung geli pastu panik tengok anak makan lipas ntah dari mana dia dapat lipas tu aku tak tau sebab rumah aku memang jarang-jarang sangat ada lipas.

Aku memang lemah perangai Aqil ni sekarang memang suka mengutip barang pastu makan.

Cecepat aku call En Faizal :

Aku : Yang (ngan sore panik) Aqil makan lipas!!!!
En Faizal : Heiiii mana dia dapat lipas tu????? letak dia dekat mana?????
Aku : Ayang sembahyang tadi suruh Abg jaga kejap kat depan pastu dia muntah kuar lipas ngan kaki dia....
En Faizal : Mana pulak datang lipas ni tadi ayang tengok tak ada pulak lipas!!!! (sore nak marah aku eh salah aku ke??)
Aku : Yang camner ni kot-kot kalau ade telur lipas tu ke masuk kat dalam perut dia...takut la...tadi dah muntah tapi dia tak muntah lagi pastu. ( aku kan suka imagine benda-benda yang luar jangkaan)
En Faizal : Ahh tak ada apa-apa la dia dah muntah tu ok la. tengok kan je dia camner.

Pas dari malam tadi aku cam tak tenang je memikirkan Aqil makan lipas. Seram pulak aku bila ingat balik pening mana dia dapat lipas tu. Nampak je mata ko ek Qil.

Mulai malam ni memang aku campak je Aqil dalam katil dia lantak la ko nak melalak ke apa ke asal ko tak mengutip benda-benda yang bukan-bukan senang hati mak ko ni.

Sampai masuk meeting tadi pun aku asik pikir pasal hal ni. Malu nak cerita dengan kawan-kawan takut diorang pikir aku ni tak reti jaga anak. dermmm...tapi aku nak tanya pendapat diorang bahaya tak ek???

Aku ngadu kat blog je la ek. Lega sikit aku. Kadang-kadang aku pikir aku ni dah jaga anak3 aku sebaik mungkin tapi kalau benda yang nak berlaku tu ko halang macam mana pun akan berlaku jugak.

Pasni kalau aku nampak lipas kat rumah tu memang aku cincang lumat-lumat kang Aqil makan lagi sebab dia ingat jajan!!! uwekkkkk.

Agak-agak bahaya tak ek aku masih cuak ni woiiiii. Bagitau aku ek.

P/s : En Faizal kata bateri remote tv hilang satu dah carik tak jumpa. AQil!!!!!!!!!!!!!!!!! mana ko letak nak ke ko dah telan!!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...