Nuffnang

Wednesday, 16 July 2014

Updet Cik Arissa

 Salam Ramadhan 18.

Cik Arissa 19/07/2014 dah 7 bulan. Banyak ragam dah dia. Manja betul tau! Gigi tak tumbuh lagi hahaha lambatnya sebab dulu abg3 dah tumbuh dah masa 5 bulan.

Belum merangkak baru pusing2 je..golek2..tergolek nangis ok biarkan je hahaha.. Ilman rajin melayan dia kekek2 ketawa..good Ilman senang ibu nak buat keje nanti..


Alhamdulillah berat dia dah 6kg minggu lepas timbang..Arissa dah semakin ok dah tak muntah bila minum susu dan makin kuat susu dan makan bubur.

Bubur Arissa aku buat stok seminggu sebab senang nak bawak pergi taska. Okla sikit2 nak ajar dia makan dan nak serasikan perut dia. So far ok dan yak2 dia pun ok. :)

Sekarang ni aku akan bergaduh dengan dia bila nak pakaikan pampers..homaigadd....terpusing2 360ยบ ok..pakai sebelah kang sebelah terbukak..tsskk...last2 aku jerit Arissaa!!!!!..dia pandang ok cecepat pakaikan pampers...hahaha



maklumla anak pompuan sorang jadik model tudung aku je la jawabnya...hahaha.

Raya ni adalah raya 1st bagi Arissa.. aku sangat teruja ok! Tpppppp En Faizal tak cuti pulak..uwaaa..akula pandai2 nak bergerak sendiri nanti..haha...ntah2 last2 duduk rumah je T____T

Arggghhh rindu plak kat dak cik ni!!


Orang cakap Arissa ni potostat aku..hahaha ye kot.Anak aku mestila muka aku kot takkan muka orang lain plak...kahkahkah...

P/s : Petang ni nak buka apa la ..hari2 camni nak buka apa..nak buka apa..last2 bungkus kedai je..smpat pulak aku nak masak kan??? k baii

Ketam Masak Telur Masin


Ahad lepas ntah kenapa En Faizal nak sangat masak ketam. Aku ni bukannya pandai masak ketam..yela...yela gugel la resipi...rupanya senang giler ko..hahaha sedap plak tu..hamboii puji diri sendiri...haha
Oleh kerana aku ni tak pandai sangat makan ketam so seketul amik masa sejam nak settlekan dia..huh!
En Faizal berselera betul makan..masak plak kat rumah mertua suka sangat tgk diorang makan..licin!!!

Meh tepek resipi kat sini.
Bahan-bahan:
  • Ketam (dlm 15 ketul yg dah dipotong 2)
  • Tepung jagung (tp aku pki tepung gandum sebab tepung jagung xde)
  • Telur masin (aku pakai 6 biji)
  • Bawang putih 5 ulas dicincang
  • Cili api hiris kasar (sokati nak pedas ke tak)
  • Daun kari
  • Susu cair agak2 buat kuah dia (aku pakai 1/3 tin)
  • Gula
  • Aji
Cara-cara:
  1. Goreng ketam yang digaul dengan tepung jagung dan sedikit garam. Toskan!
  2. Rebus telur masin pastu amik kuning sahaja dan putih sebiji pastu lecek!
  3. Panaskan butter pastu tumis bawang putih , cili padi dan daun kari sampai naik bau.
  4. Masukkan telur masin gaul2. Masukkan susu cair agak2 berkuah camtu. Masukkan gula dan aji secukup rasa!
  5. Masukkan ketam dan gaul hingga agak kering. 

Done! Sedia untuk dihidang.
P/s : boleh juga diganti dengan udang atau sotong
Selamat mencuba!

With ♥ Susie.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...