Salam,
Status Fb aku : Menjadi diri sendiri adalah kepuasan yang tidak terhingga. Biar dikata sombong tapi hati sendiri perlu diutamakan.
Dilema aku rasa semua orang ada dilema kan?? Aku tak tau nak cakap macam mana perasaan aku ni. Perasaan ni memang tak boleh ditipu. Andai aku kata aku suka hakikatnya perasaan aku sakit ianya memang tak adil buat aku. Betul?
Hakikat aku nak semua orang suka dengan aku tapi aku tak boleh sebabnya tak semua orang suka atau faham aku. Aku memang cuba untuk paham orang tapi tak semestinya orang akan faham dan jaga perasaan aku. Mengikut sahaja rentak dan gelagat orang serta menjaga hati yang tak semestinya mereka boleh jaga hati kita. So nampak tak adil kan?
Menjadi diri sendiri adalah kepuasan yang tidak terhingga adalah sangat-sangat praktikal buat aku sekarang ni. Aku hanya akan fikir perasaan aku dulu baru aku akan cuba faham orang lain sebab tak semua orang boleh faham aku walaupun sudah kenal bertahun-tahun.
Bertahun-tahun adalah satu jangka masa yang lama tapi itu bukan janji seorang itu boleh kenal kita 100%. Syak wasangka & curiga mencurigai masih bermaharajalela. -_-
Mungkin aku akan dianggap sombong tapi hanya Allah tahu akan perasaan aku. Tak nak menimbulkan curiga aku membawa haluan aku sendiri. Bukan tidak mahu bergaul tapi lebih berhati-hati. Semua orang akan senang dan aku tidak memendam perasaan yang akhirnya akan membunuh aku.
Mungkin aku bukan jenis mudah percaya dengan orang tapi aku jenis mudah kasihan pada orang dan mungkin mereka boleh berbuat apa sahaja dengan kelemahan aku itu. >_<
Kecewa dan sedih adalah luka yang sangat sakit ok. Lebih pedih bila dari orang yang dulunya rapat dengan kita atau orang yang kita dah kenal lama atau orang kesayangan kita. Rasa terpinggir atau aku je yang rasa begitu.
Berbuat baik kepada semua orang Insyaallah orang akan beri lebih lagi buat kita.
Berbuat baik semoga orang akan bersangka baik dengan kita selalu.
Musuh tiada istilah itu dalam hidup aku.
Tergerak nak buat entry ni bila dengar lagu “ Sudah Cukup Sudah” dari Nirwana Band.
Syahdu sangat.
Piece~(^_^)v
P/s: Rasa lega bila dapat luahkan. Susie adalah Susie yang orang kenal luaran tapi bukan hati dan perasaannya.
nevermind.. just be yourself :)
ReplyDelete