Nuffnang

Friday 31 October 2014

Trip Smart Reader Kids 2014

Cerita arini, Ilman & Aiman join trip SRK ke pusat ternakan Kupang di Sg. Melayu. (kalau tak silap). Bukan main excited diorang semua nak pergi. Aiman last minute baru decided nak pergi. Ok dia memang nak sangat!

Hantar diorang di center SRK seperti biasa. Aku percaya semua guru2 akan utamakan keselamatan pelajar2 semua so aku mmg tak risau langsung. Aku harap diorang enjoy je.

Selepas trip semua gambar share di group WhatsApp. Aku plak yang excited tgk. Eh aku mmg semuanya excited...kahkahkah.. Sejuk tengok semua anak2 gembira dengan pengalaman baru yang diorang dapat. Mungkin tak sepenuhnya tahu sekurang2nya dapat beri diorang pengalaman yang berbeza. (ibu pn tak pernah tengok orang ternak kupang tau! ntah2 kalau aku ikut aku plak yg lelebih jakunnya..ofkosla!!)

Aku tak tau sangat nak cerita jadi kita lay an gambar je la..:)
















Banyak lagi gambar sebenarnya tapi tak larat nak masukkan semua.

Bila nak tau je aku tanya la Ilman dah cukup, dia akan explain dah A to Z siap dengan lakonan skali. Aku seperti di tempat kejadian..hahahaha. Aiman??sepatah aku tanya sepatah dia jawab..beza betul ek?? hehehe.. Ilman tu cam aku lettew.. peramah (tangan di bahu mata ke atas)

Semoga SRK akan sentiasa menganjurkan aktiviti2 seperti ini di masa2 akan datang..Kami  sebagai ibubapa sentiasa menyokong demi kebaikan anak2. 

*tahun depan nak masukkan Aqil. Insyaallah semoga ada rezeki untuknya. Amin. 

Love Susie

Thursday 30 October 2014

Resipi Pancake Simple

Resipi yang aku buat semuanya yang senang2 je..Gugel tgk resipi asalkan ada bahan ok sett jom kita masak. 

Bila gugel resipi bahannya macam pelik2 je memang la aku tak buat. Ko jangan tanya bahan2 western2 punya masak..kompom fail!!

Pancake ni pada aku sangat senang..aku blender je semua bahan..hahahaha cepat!

Bahan-bahan:

Tepung gandum
Susu cair fullcream (aku pakai Dutch Lady)
1 biji telur
1 sudu baking powder
margerin (agak2 je banyaknya)
secubit garam

Cara-cara:

*Blender semua bahan di atas sehingga sebati. Tahap kecairan tu macam kita buat lempeng.
Goreng di atas kuali 'non-stick'. Aku pakai kuali ajaib aku yang boleh dikira bape kali je aku pakai...hahahaha..


Kalau pakai kuali 'non-stick' ni letak sikit margerin atas tu biar kuali agak basah sikit. Masukkan sesenduk adunan tadi. Sokati korangla nak besar mana. Nak besar kuali pun boleh..:)


Pastu dia akan berbuih2 camtu. Tunggu sampai hilang buih pastu terbalikkan dia.


Warna dia akan keperangan camtu..Api kecik je tau..kang hangus kang..


Banyak jugak dapat aritu. Budak2 sukala sebab lembut dan gebu. Memang sedap!


Biasa orang makan dengan madu. Aku tak ada madu masa ni jadi makan dengan susu je la.
Nyummyy!!!

Love Susie





Hari Raya Aidiladha 2014

Baru nak buat entry..ermmm sampai dah lupa nak cerita apa..hahahaha.. letak gambar je la ek..tak ada cerita apa sangat biasala gambar je yang berlambak..

Tahun ni raya kat Umah Lokheng. En Faizal keje masa tu so dia tak beraya aku je ngan anak2 yang beraya..tak pergi mana pun duduk je memerap kat Umah Mak...kahkahkah

Tahun ni raya haji aku buat Aqiqah untuk Arissa dan Qurban di Kemboja. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cerita pasal Aqiqah ni dah buat entry dah aritu.. ;)

Menu Mak yang wajib bila raya cam biasala sambal goreng jawa, lodeh, ayam masak kicap, ketupat & lepat. Tak de gambar lupa nak amik.


Sebelum ikut atuk solat raya ambik gambar dulu. Pagi2 dah kejutkan diorang mandi dan sarapan. Excited kemain ingat nak pergi beraya kutip duit raya. hahahaha. Bagitau solat pastu balik umah trus jangan beraya!! naya je kang aku kalau diorang masuk rumah org nak beraya..kahkahkah...


sepupu : Aiman, Ilman, Aqil & Adam

Memasing excited nak solat hari raya ikut atuk..aku risau kang duduk sebelah imam je kang!



Adalah satu cabaran bila suruh bergambar beramai - ramai camni. Ribut aku rasa..macam2 karenah..bila sorang ok yang lain melompat la, buat muka la, cocok mata la..hishhh..






Sempat gak beli kan Arissa baju raya. Cupcakes lagi..suwet betul corak dia kan??..kalau ada untuk orang dewasa aku pakai..hahahaha rasanya mmg ada tp tak jumpa je.. Tak pe Arissa raya tahun depan ek..hehehe

Arissa ni kalau bergambar suka mulut terlopong pastu buat muka macam terperanjat..hahahaha.. mata tu bulat betul!! grrgrr





Tengokla gambar semuanya kelam-kabut..adoii..betul2 menduga tau..lagi2 la Aqil :p


Tau tak kenapa semua tengok atas tu fokus je??
hahahaha kelakar teringat gambar ni..susah sangat semua nak tgk kamera..terjerit2 aku nak ambik gambar..last2 abah kata dia ada idea..abah nyalakan lighter betul2 atas kepala aku..dah semua automatik tgk atas tu tak berkelip mata...
sudahnya kang rambut aku yang terbako kang!!


Gambar ni masa nak balik Gelang Patah. Tak puas cuti dah nak kena balik. uwaaaa..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
2014

Love Susie


Resipi Sup Tulang Yang Simple & Sedap

Hari raya haji aritu banyak gak dapat daging dan sedikit tulang lembu. Beri jiran sebelah umah sikit dan bakinya masak. En Faizal request nak makan sup tulang. Alamak!! tak pernah masak sup tulang..sup biasa ayam ke tu pernah la..

Ok tak pe kita cuba la..tak cuba tak tau kan??? dalam hati adehh..seram gak nak buat..gugel resipi cara rebus tu semua. Ok jom kita buat. Daging lembu tu dapat masa aku buat Aqiqah Arissa Aritu..



 
  

Bahan-bahan: 
  • Tulang lembu (xtau bape kg agak2 je)
  • campur daging sikit potong kecil
  • bawang putih *
  • bawang merah (aku guna bawang besar holland tu sebiji)*
  • halia*
  • Sup Bunjut untuk buat sup tulang (sepeket)
  • Serbuk sup Adabi (3 sudu)
  • Kiub ayam (2 ketul)
  • Kentang
  • Lobak
  • Daun sup

Cara-cara:
  1. Rebus tulang dan daging sampai empuk (aku letak sudu besi) agar cepat empuk.
  2. Blender bahan bertanda *.
  3. Daging dah empuk masukkan bahan blender dalam periuk daging tadi.
  4. Masukkan sup bunjut tulang, serbuk sup dan kiub ayam tadi.
  5. Perisakan dengan garam dan ajinomoto.
  6. Masukkan juga kentang dan lobak. Rebus lagi hingga kentang empuk.
  7. Masukkan daun sup.

Siap!! sedia untuk dihidang




Hasilnya memang meletops...hahahahaha..terer gak aku masak ek??? En Faizal kata pun sedap...memang licin anak beranak makan sup je aritu...makan dengan nasi panas dan goreng telur dadar memang mabeles.

Cubala memang senang je masak sup tulang ni je sebenarnya cuma nak tunggu daging tu empuk berjanggut sikit la...hahahah...tapi bila dah siap masak memang berbaloi tunggu.

Bila masak menjadi lebih semangat nak masak lain kali....hewhewhew 

LOVE SUSIE




Tuesday 14 October 2014

Aqiqah & Qurban untuk Arissa 2014

Rasanya dah 2 minggu Raya Haji kan? tak silap aku 5hb Okt. aritu. Alhamdulillah tahun ni aku dapat buatkan Arissa Aqiqah & Qurban 4 hari selepas dia kluar hospital. (yang ni nnt aku cerita entry lain)

Aqiqah buat pada 6hb Okt. seperti biasa di Masjid  Taman Bukit Mutiara. Qurban Arissa aku buat di Kemboja. Qurban sebab aku berniat masa pregnant kan Arissa kalau dapat baby girl aku nak Qurban sabtu bahagian lembu. Alhamdulillah dah tertunai. Syukur Ya Allah.

Pagi tu aku macam tak berapa sihat tapi En Faizal suruh gak tgk majlis Aqiqah Arissa tu. Aku pn rasa perlu kot aku pergi. Ok lepas hantar Aiman sekolah berhangkut la aku 4 beranak ke masjid. Kelam kabut jugak sebab Arissa dapat lembu pertama.

Sampai dalam pukul 8am camtu..fuhh nasib sempat sampai dan lembu lom sembelih lg...dalam 5min camtu nama Arissa di panggil dapatla aku mengadap org sembelih tu.



 Lembu Arissa. Aku punya 1 bahagian je share dengan org lain. Masa darah merah mengalir aku sempat selawat dan berniat untuk Arissa supaya menjadi anak yang solehah Dan diberikan kesihatan yang baik. Amin





Bawak pulak Ilman ngan Aqil dah cantik la tu memang tak duduk diam ok!!dah la En Faizal tak ikut sebab kena keje..huh. terjerit2 aku...normal la tu kahkahkah. Diorang ni 1st time tengok lembu kena sembelih sebab tu jakun lain macam sikit..hihihi




Ingat senang nak suruh diorang duduk diam camni? kalau tak aku jegilkan biji mata..tu pn tak berapa nak jalan..cis..muka Ilman je dah tau dah muka kena marah.. hahahaha

Alhamdulillah dah lepas satu tanggungjawab untuk anak perempuan aku. Syukur

'Semoga Nur Arissa Afrina Binti Mohammad Faizal menjadi anak yang solehah, bijak, terang hati dan diberikan kesihatan yang baik. Amin'


Lasagna Bread

Sejak minggu lepas teringin nak makan lasagna. Gugel resipi jumpalah yang paling senang. Aku nak yang senang je sebab bahan pelik2 ni aku xtau sgt...hahahaha

Semalam blk hantar Arissa buat followup ajak En Faizal singgah Mydin jap. Bahan lain dah ada tggl nak carik cheese je

1st time buat ni xtau jd ke tak..bedal jela tak Cuba tak tau kan...(nak sedapkan hati)

ok jom tgk bahan dia. (aku xsukat pakai agak je anggaran untuk 4@5 orang makan)

Bahan-bahan:

kenyang 2biji
daging kisar segenggam camtu
bawang Holland sebiji
bawang putih 5 ulas
serbuk Kari
roti (aku pakai gardenia)
susu fresh cream (aku guns dutch lady)
sebiji telur
cheese (aku pakai mozzarella)

Cara-cara:
  • Tumis bawang yang dipotong dadu sampai naik bau kemudian masukkan serbuk kari satu sudu
  • Selepas tu masakkan daging kisar dan kentang, perasakan dengan garam dan aji. (aku kasik gula sikit)  masak sampai kentang empuk. ketepikan.
  • Campurkan susu fresh cream, telur dan secubit garam gaul sebati kemudian masakkan roti yang dikoyakkan ke dalam susu td. Aku guna dalam 10 keping camtu.
  • Lengserkan loyang dengan marjerin supaya tak melekat. Kemudian susun secara berlapis.Bawah skali roti selang dengan inti daging.ulang langkah sampai siap. Pastikan lapisan atas tu roti ye. Taburkan dengan cheese  sebanyak mana korang nak. Lagi banyak cheese lg sedap.
  • Bakar dengan api atas bawah suhu 170° selama 30@40 minit. Cucuk dengan garfu kalau tak melekat maksudnya dah masakla tu.


lepas susun jadi camni

bakar dalam 40min dengan suhu 170°




Nyummyy..makan panas2 memang mabeles

Selamat mencuba





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...