Nuffnang

Thursday, 19 April 2012

Lawa kan bunga??

 Cantik kan bunga ros atas ni, gambar ni aku amik masa cousin aku kat Segamat tu kawen. Sirih junjung sekarang bukan main vogue kan. Daun sirih ntah bape helai je bunga ros yang gojes-gojes tu yang dah gila kuasa. Dah moden semua orang nak yang ringkas tapi menawan kan?? ^_^

Zaman aku dulu kus semangat dia punya sirih junjung bersusun dari bawah ke atas cam menara sebab nak nampak dia tu sebenarnya sirih junjung punya pasal.bhahahahaha. Bunga dia sikit je buat syarat tapi sekarang!!!! bunga merimbun ko. Untungla tak payah sibuk-sibuk nak carik daun sireh sebakul. Dulu masa aku aku perintah adik aku je suruh petik daun sireh umah jiran satu-satu. Aku??? aku kan perantin mana boleh petik-petik ni...muhahahaha keji..

Korang kan tau kan aku ni jiwa sentimentel, hati tisu, suka yang bunga kat umah pun ada pokok bunga muhahahah, suka yang cantik-cantik la senang cakap so aku dah bermimpi nak letak bunga hidup sebagai hiasan di rumah. Nampak sweet je rumah romantik je dengan En Faizal ko candle light dinner pun menawan (erk cam tercekik tulang ikan pulak)

 Aku : Yang nak letak bunga hidup buat hiasan kat meja makan lawa kan?
En Faizal : Boleh jugak. lawa-lawa
Aku : Ayang kene carik pasu kaca pastu barula pilih bunga, nak letak atas meja makan, tepi tv atas meja telepon
En Faizal : Ermmm kalau berderai ke bunga tinggal tangkai je jangan nak mengamuk-ngamuk pastu ek..
Aku : (semangat tu dari 10 turun ke  0) nyampah tau....uwaaaaaaa betul jugak


Maybe bila anak-anak dah besar sikit boleh la aku nak melaram rumah cantik-cantik sikit. Masa tu suka hati anak tekak aku la nak buat apa pun. Sape usik memang aku karate je. ^_^

Wei aku pernah buat la letak pasu kat atas meja tu dengan letak bunga hidup Aiman & Ilman tak usik ko..diorang tak berminat gaknya bunga-bunga ni. Tapi sekarang ada Aqil budak kecik tu pulak dah tak reti diam. uwaaaaaa terbantut lagi la nampaknya.

Kang dah beli pasu memahal tup-tup sompek jatuh mau murung aku seminggu tak bercakap. kahkahkahkahkah..T_____T

Piece~(^_^)v









P/s : Alhamdulillah harini dah masuk hari ke 4 berpuasa. Esok cuti la sebab ada orang nak banje makan bekpes. lalalalla.

1 comment:

  1. bunga memang lawa.. lagi2 bunga ros wah sukanye :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...