Nuffnang

Friday 29 August 2014

Sakit Mata

2 minggu lepas kami anak - beranak kena sakit mata. Puncanya Aqil la xtau dia sakit mata aku ingatkan panas dalam sebab mata merah dan bertaik je.. biasa kalau nak demam memang camtu. 
Kasik ubat demam pn masih lagi dedo badan dia.  Mak cakap mcm sakit mata je rupanya betul.  Mata Aqil makin bengkak dan merah.  adehhh.. jgn menjangkit sudah.. ermmm

Aku bkn apa nnt anak2 dah kena sape plak nak jaga sebab bukan boleh pegi taska kalau sakit mata.  Tup2 aku pn kena gak.. alahaii..  masa tu yg dah berjangkit aku, Arissa dan Ilman. 

Marilah ke klinik secara berjemaah.. hahaha rupanya kemain ramai yv sakit mata rupanya.. aku je 4 beranak lom orang lain lagi.. hihihi.. sampaikan ubat titis mata tu 'out of stock'. diorang suruh share plak ubat tu.. ermmm

Aku dapat mc 3 hari so bolehla jaga anak2 skali sebab kena serentak.  Nasib baik la kan kalau tak camnerla..

En Faizal kata janganla dia kena gak.. hambekk ko skali kena dia paling teruk sampai xleh bukak mata bengkak sangat.. hihi kesian.. Aiman paling last kena.. ok cukup semua 6 beranak kena sakit mata. 

Alhamdulillah dah ok dah semua.  Skang memang musimla.. so jgnla terkejut kikikiki.. kat opis je skang dah 3@4 orang yang dah berjangkit.

"Sesungguhnya sakit itu menghapuskan dosa-dosa kecil"

Wednesday 27 August 2014

Birthday Ilman 6 tahun

Ahad lepas 24/08/2014 Birthday Ilman yang ke 6 tahun. Kemain excited dia nak suh beli kek nak sambut dengan kawan-kawan Smart Reader Kids. Ok Ahad tu aku ngan En Faizal keje so tak sempat nak beli kek bagai pospone hari Isnin. 

Ilman dari pagi dah merengek2 suruh beli kek. Aku kata subuh2 ni kedai kek tak bukak lagi. Meleleh air mata tak paham jugak. Ok fine suruh En Faizal tunggu depan kedai kek aritu.hahaha. Diorang rehat pukul 10 pagi so kena sampai sebelum tu la tapi biasala lambat jugak..kikiki

Ok sebab persediaan tak buat so kita beli kek dengan air kotak jela. Tahun lepas buat goodies la jugak tahun ni tak sempat ntah apa yang sibuk sangat aku pun tak tau...ermmm

Yela hati Ibu mana yang tak gembira bila tengok anak gembira walaupun hanya tiup kek dengan kawan-kawan nikmatnya sangat bernilai. 










muka Ilman yg over excited..hahaha



Gambar ni semua teacher Ilman yang wasap. Zaman canggih semua hujung jari je..ekekekeke Tengok betapa seronoknya diorang kan?? Wajah-wajah gembira Ilman dan kawan-kawan yang sangat berharga.



MUHAMMAD ILMAN IRSYAD

" Ibu, Ayah, Abang Aiman, Aqil & Arissa ucapkan selamat ulangtahun yang ke 6 tahun semoga Ilman menjadi anak, abang dan adik yang bertanggungjawab pada keluarga. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya hidup dunia dan akhirat. Sayangnya ibu pada Ilman Allah saja yang tau."



Tuesday 12 August 2014

Raya 2014 Part 1

Raya tahun ni aku tak beraya sangat sebenarnya sebab En Faizal keje so beraya dengan anak2 sahaja. Balik kampung pada hari raya ke dua raya pertama di rumah mertua.

Antara gambar-gambar raya yang sempat diambil hehehe.



 Hari raya pertama di rumah En Faizal. Sebenarnya kami tak ada tema tapi last2 eh yang lelaki pakai kelabu yg pompuan pakai pink...hahaha so jadikla tema pink kelabu..kikiki
 

 Kemain susah suruh bergambo...aku kat depan macam singa dah suruh duduk diam..hahaha tgkla muka abang2 Arissa muka kena paksa..hahaha Arissa memang tak paham apa2 lagi kemain seronok....kekekeke


My doter Nur Arissa Afrina 1st time sambut raya. Ibu soo excited tahu!!.:)



Masa ni nak carik kedai makan kemain susah sebab raya2 ni banyak kedai makan tak bukak..hahaha..

Banyak lagi gambar tapi lom save kat pendrive. Phone aku ni skang macam dah majuk2 gitu...cissss....

Ok gambar lain part 2 plak k. muahhh

Monday 4 August 2014

Selamat Hari Raya 2014

Dah raya yang ke 8 baru nak ucap selamat hari raya. Better late than never hahahah..hamboiii..

Okla dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat kawan2 blogger, kawan2 alam maya dan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri aku. Maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Raya tahun ni aku beraya anak beranak je. En Faizal keje. Sob..sob.. oleh itu aku perlulah berdikari drive kete sendiri balik kampung..wah..wah..wah...hahaha kalau tak terperap la aku kat umah tak beraya..oh tidak!!!

Baca doa banyak2 tekan minyak..Alhamdulillah perjalanan balik kampung lancar..syukur..anak4 pn tak banyak ragam. Arissa paling good girl sebab tak meragam langsung. Duduk kat car seat dia bantai tdo sampailah ke destinasi.. hoooyeayyy!!!

Penat memangla penat sebab uruskan anak4 sorang2 kan tp sebab raya penat tolak tepi dulu bukan selalu setahun sekali kot..hambekk ko pas balik rumah sendiri barulah sakit2 semua keluar..sakit kakila..sakit tgnla..kepalala..eh semuala sakit..sob..sob..

Alhamdulillah raya tahun ni ada Arissa. Seronok 1st time bawak jumpa sedara mara. Kalau tak ntah bila masa nak balik kampung kan??gunakanlah peluang sebaik2nya..

Semalam dah start sekolah..arini aku dah start keje..biasanya memang tak beraya la..tggu hujung minggu tu pun kalau En Faizal tak keje. Aku ni bukan jenis yang suka beraya nau..lagi2 la beraya malam..hamponnn la..nak siapkan bdk4 je dah pukul 9pm..memang takla kan..bukan tak sudi beraya tapi kesuntukan masa anak2 nak sekolah lagi..rasanya bukan aku sorang kot pikir camni...huhuhu

Gambar2 raya adalah sikit..nanti aku masukkan sikit2 ye..part by part..hahaha..updet pakai phone ni leh masukkan satu gambo je..nyampah..

Ok gambar2 menyusul kemudian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...