Nuffnang

Tuesday 19 June 2012

Aqil mukhreez

Salam,

bersawang dah blog ni kan...sambil-sambil tulis sambil tu tiup habuk kat blog..ekekeke kata bersawang....tak lawak ok...

busy sikit la sejak-sejak ni..memang tak sempat nak tulis blog tapi rindu tau aku nak membebel kat blog ni..apakan daya..

Semalam bawak budak kecik Aqil pergi klinik sebab kene timbang padahal kene pergi 16/06/2012 tapi aku pergi semalam sebab aku berkursus selama 2 hari. Nak suh En Faizal kesian pulak dia kene amik cuti...so aku mengalah amik halfday uruskan semua..

Pagi-pagi keluar uruskan budak-budak sekolah dulu. Carik bekfes tuk Aqil sebab kang tetiba dia cakap " Nak!!!!!" ko nak kata apa??..Aku belikan kuih je untuk dia..budak kecik ni tidur je tak makan selebihnya masa dia makan..makan...makan....hurmm.alhamdulillah la selera aku tengok dia makan..

Hantar Aqil pergi klinik kul 9.00am habis sampai umah semua kul 10am. cepat kan?? Alhamdulillah berat Aqil naik sekilo lebih..dah 10kg. Kalau tak sebelum ni susah beno nak naik berat badan dia...agaknya makin besar ni dah pandai lapar kot..hahahha











gambar aqil terbaru.....budak busyukkkk....

Makin lasak lebih lasak dari abang-abang dia....tak terkejar la aku..agak-agak aku dah penat aku jerit je "Aiman!!!! tgk adik tu" hahahahaha...nasib baik Aiman leh harap....fuhhh


Monday 4 June 2012

Happy Anniversary untuk kami..

Salam,

weeeewitttt arini 4/6/2012 ialah Anniversary aku dan En Faizal yang ke 7 tahun. Pejam celik pejam celik dah 7 tahun kami hidup bersama berkongsi segala-galanya. Tiada rahsia antara kami. Aku sangat bahagia dikurniakan seorang suami yang sangat melengkapi hidup aku. 

En Faizal ialah kawan semasa suka & duka, dia pendengar setia aku bila aku tak reti nak berhenti cakap dan dia jugalah kawan bergaduh aku.^_^

Perkahwinan kami juga lebih sempurna dengan kehadiran 3 orang hero yang akan menemani En Faizal memancing bila dah besar nanti. Teman aku shopping lom ada lagi. Insyaallah kalau ada rezeki Allah.

Hidup kami saling melengkapi antara satu sama lain. Insyaallah semoga perkahwinan ini akan kekal selama-lamanya. Doakan kebahagian kami. Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...