Nuffnang

Saturday 31 March 2012

bosan arr jom teman aku borak...

malam ni barula aku dapat nak On9 sekejap...anak3 ayah diorang tolong tengok-tengokkan jap...aku macam letih dan stress. Biasala rutin hidup memang tak boleh nak elak cuma cara macamana nak tangani je. 

Ok anak-anak dah nak tido, Aqil dah tidur dulu. Lega. En Faizal ko tidurkan dia. Dia memang terer bab tidurkan anak..heheheh aku pun kalah...dia lagi terer...ok tabikk spring sekarang...

Petang tadi aku pergi umah member satu opis yang buat birthday party anak sulong dia. So bangun je pagi aku lelaju settlekan keje umah bagi clear semua. Leganya pale otak aku bila dah siap lipat kain benda yang paling aku malas nak buat. uwaaaaaaaa. Sok ada lagi nak kene lipat. Esok lain cerita. ngeeee..

Lepas pergi majlis tu aku pergi la uruskan hal-hal sikit orter baju, beli sluar slack tu pun kaki aku macam nak tercabut. oh citer pasal kaki baru teringat malam tadi masa aku tengah tengah tidur kaki aku kene "simpul biawak". tau x?? ala aku rasa semua orang pernah kenakan? yang tetiba urat betis ko kejung pastu ibu jari ko macam terbengkok tu. perghh sakit giler.. tetiba tengah tidur aku tegak terus duduk pastu mulut bising-bising kejut En Faizal ko suh tegakkan ibu jari aku. Aku ingat masa ngandung je kene tak ngandung pun kene jugak.hishhh. dah pepagi aku jalan dengkut-dengkut. >_<

Sok pagi nak buat bekpes apa ek? buat jemput-jemput sedap tak ek? esok plan nak pergi Mydin nak beli barang dapur sikit..kene catu-catu sikit sebab bulan ni macam dah terover budget pulak, adoiiii...rileks jangan panik...fuhh fuhh tarik napas.ok lupakan. ^_^

Minggu ni nak balik umah mak tapi banyak benda pulak nak kene settle. Rindu kat mak. ermmm. minggu depan pun maybe tak dapat balik jugak sebab cousin En Faizal ko kawen. Minggu depannya cousin aku lak kawen. padat okeh. memang musim orang kawen ek? Skang ni memang tak payah tunggu cuti sekolah ada je orang kawen. Dulu masa aku mesti nak carik time cuti sekolah biar semua sedara mara datang. Masa aku satu tempat sekali 6 pasangan kawen. fuhhh...membebel orang nak kasik duit salam keruk....hahahahaha...sekarang dah tak kisah dahh kot ek...asal selamat semuanya sudah orang nak datang ke tak nak datang tu belakang cerita. Zaman dah banyak berubah. ermmm

Perut aku macam lapar la pulak malam-malam. hishh mengada-ngada. Ok la nak buat susu dulu la..mata aku pun dah ngantuk ni..see ya.

Piece ~(^_^)v





P/s : Semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Insyaallah.


Tuesday 27 March 2012

Today is My Birthday....

Salam, I'm back setelah berapa lama tak jenguk blog. Nak bagitau arini ialah birthday aku yang ke 13 thn..eh tak 30 thn...hehehehe...tua tu hanya pada angka je tau tapi tetap maintain ayu...mukakakkaka...geli tengkorak aku tulis....

Macam tak percaya dah cecah angka 3 kat depan umur aku tu...kenyataannya ialah manusia semakin tua bukan semakin muda so sedar diri itu adalah penting. Perangai tu mestila setaraf dengan angka 3 kat depan tu...walla..

Hadiah En Faizal tak kasik lagi...lambat pun tak pe pasti aku tuntut.....hahahha.... maybe weekend ni baru nak raikan birthday org tua ni eh tak orang matured ni...ekekekeke...ala biasanya beli kek makan anak beranak je tu dah cukup memadai buat aku sambut dengan orang-orang yang aku sayangi.

Sebenarnya kepala aku tengah bengal sebab selsema dari semalam tak baik-baik...hingus ni laju macam air terjun tak sabar-sabar nak terjun. Ok la nanti sambung lagi.

Piece ~(^_^)v

Tuesday 13 March 2012

berehat seminggu...

Selamat petang, aku kat umah ni aku amik 1/2 day petang konon-kononnya nak kemas baju nak pegi kursus esok...hampeh dah nak dekat kul 5pm aku masih tercegat kat depan lappy. ('',)

Aku sebenarnya ngeri memikirkan apa yang berlaku sepanjang seminggu aku kursus nanti. Mesti balik nanti aku jadik tough kan??? lengan ketul-ketul muka macam orang afrika badan kurus. Oh perut aku dah seram-seram sejuk ni. =_=

Macam-macam dah aku dengar pasal kursus ni yang mana dah pegi tu. aku telan liur je dengar.

Aku harap semuanya berjalan dengan lancar, anak3 aku ok-ok je.

Ok nak umumkan SUSIE PUNYA CITER akan berehat selama seminggu sempena tuan punya tanah ni nak berjuang. adooiiyai
Harap reader blog aku ni terus membaca & menyokong blog aku ni. Insyaallah sekembalinya aku dari berkursus aku akan berblog seperti biasa. 

Aku sangat-sangat hargai sokongan dari korang semua. Peluk ketat sayang uollsss.

Monday 12 March 2012

Kursus..

Hai..aku tengah rushing siapkan segala kerja-kerja opis sebelum aku pergi kursus pada 14/3/12 hingga 20/3/12. Seminggu ko...adoiiyaiii mesti aku homesick nanti...uwaaaa...manyak lindu sama itu budak-budak tiga olang itu. Sob..sob...

Bila terkenang nak tinggalkan diorang tu berdebar jantung aku. Sebelum ni aku memang tak pernah berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang lama sebab tu aku agak tak keruan sikit ni. =_='

Barang-barang pun aku tak kemas satu apa lagi nampak sangat tak excited nak pergi kan???

Aku harap semuanya berjalan dengan lancar. dah plan nak hantar anak3 kat umah mak tapi tak tau bila nak hantar sebab En Faizal tak kasik hantar awal-awal sebab kesian mak aku nanti dia tak terkawal jaga budak3 tu. Aku tak berapa risau sebab adik aku leh tolong jaga jugak. -_-'

Aqil tu dah la manja dengan aku asik nak duduk bawah ketiak. Aku tak dapat bayangkan la aku tinggal dia seminggu ni. Hopefully dia tak apa-apa sebab ayah dia ada. Ntah-ntah aku yang tergolek demam rindukan dia. ('',)

Aiman & Ilman aku tak risau sangat sebab diorang dah besar paling-paling pun diorang akan tanya aku pergi mana. uwaaaaa..


Ibu mesti rindukan 3 stooges ni. uwaaaaaaaa.











P/s : Tak ada mood. :(

Friday 9 March 2012

popia goreng

Hari Sabtu lepas aku terajin nak buat popia goreng sebab aku ada beli kulit popia tu dah sebulan lepas tanpa tujuan pastu ada pulak daging ayam cincang. Godek-godek tenet cari resipi. Senang je rupanya. hehehehe.

En Faizal pelik sebab aku rajin lain macam. Eleh aku kan memang rajin malas je nak tunjuk. ^_^

Ni dia punya inti. Berkhasiat sebab banyak sayur. Inti banyak ni aku dapat 16 gulung. Aiman & Ilman makan kulit je. =_=

Aku buat Jumaat malam tu so pagi Sabtu tu buat breakfast. Senyap je kat dapur. Nasib Aqil En Faizal ko jaga kalau tak dia pun tolong gulung sekali. :) Besar-besar ok aku buat popia ni stok makan segulung kenyang sampai petang. hahahahaha

Taraaaa....rupanya memang agak tidak jelita tapi sedap tau, cicah dengan sos thai tu sedar-sedar aku makan 3 gulung. burlppp tengahari tak payah makan. En Faizal ko kata sedap. Ok nak sedapkan hati aku je tu. Aku tau taste dia bukan popia-popia ni.tapi kuih yang manis-manis cth bingka ke, kuih lapis ke, aku manis-manis ni kureng sebab tu aku tak nak belajar buat, tapi aku tengok dia makan banyak jugak betul sedap kot.ngeeee tak baik aku prasangka buruk tau. -_-

Kebetulan malam sabtu tu adik aku datang tidur umah, aku bekalkan dia 4 ketul bawak pegi keje. Dia kata sedap. Kembang tongkeng aku dengar. \(^_^)/


Piece ~(^_^)v






P/s: Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Segala yang berlaku aalah dugaan dari Allah. Aku bersyukur sangat-sangat kepada Yang Maha Kuasa.

My Vivet pakai kasut baru

Heeee...omel je sebut Vivet (Viva Elite) tu..kesayangan aku tu sangat berjasa pada aku bawak aku pergi keje hari-hari, pergi jalan-jalan. Umur dia dah 3 tahun dah. cepat je tua. (^_^)

Sebulan lepas En Faizal ko buat kejutan kat aku. Auwwww. nak tampar je rasa sebab terharu sangat-sangat. ('',)

Bulan lepas servis vivet ni buat major servis so aku tak bawak kete pergi keje. Balik tu En Faizal jemput macam biasa aku ni kan gelabah jalan laju-laju masuk kete tak perasan apa-apa. =_=

Singgah Mydin nak beli barang dapur parking sebelah Viva jugak tapi Viva tu dah tukar sportrim. 

En Faizal : LAwa tak Sportrim kete viva sebelah ni???
Aku : Cantik, lawa kan??bila la ayang nak dapat macam ni...
En Faizal : Ye ke cantik?? Yang ni lagi cantik kot....(sambil tunjuk kat tayar kete aku tu)
Aku : Waaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh......lawanya Yang....ayang beli ke??? terima kasih...(aku nak peluk ketat-ketat comolot tapi malu sebab kat depan Mydin kang tak pasal-pasal masuk Metro)...ngeeeeeeeee..
En Faizal : Ye la, tak kan amik orang punya pulak..muka sengih-sengih cam kerang dah expired.
Aku : Ayang suka sangat!!!!!!!!!.....

Aku sangat terharu dia buat kejutan camtu sebab dia bukan jenis manusia yang romantik so aku terkejut beruk juga la. Sweeeeet jugak laki aku ni. Patut aku sayang sangat dengan dia. muhaaaaaaaaa..\(^_^)/

Muka aku berseri-seri sepanjang malam sebab kejutan tu. kalau tak balik keje muka aku macam sadin cap ayam tu  tak bersemangat langsung sebab penat. T_____T

Lepas basuh. En Faizal yang selalu basuh. Aku??? tak pernah...ngeeee nanti kalau tangan aku meletup-meletup kene sabun caner??..caner???...Aku memang tak pernah basuh kete sendiri. Itu adalah kenyataan. -_-



Memang selama ni mulut aku selalu asik cakap nak tukar sportrim baru. Sekarang dah termakbul. yeeeeeeeehaaa. TQ Darling. I love u sooo much!!!...muahhh.muahhh..

Piece ~(^_^)v








P/s : Aku berdebar tunggu panggilan dari En Faizal ni pasal sesuatu. Harap-harapnya segalanya di permudahkan oleh Allah. Amin.

Thursday 8 March 2012

Bunga aku ada penyakit...

Aku kan  ada bunga kesayangan. weeeeee. Semakin gemuk dan subur. Ini membuatkan mak aku sangat jeles tahap nak culik pokok-pokok bunga aku ni. Kenotttttt. \(^_^)/

Pokok bunga ni macam terapi buat aku tau. Bila stress je balik keje terus aku siram pokok bunga & belai-belai kejap so release sikit stress ko tu sebab tu pokok bunga aku tu gemuk sebab cukup kasih- sayang. ^_^




Tapiiii!!!!!!!!

Pokok bunga aku yang sebelah sliding door tu telah dijangkiti dengan kulat @ binatang putih-putih tu. Jap aku tunjuk gambar. Aku tak tau apa nama binatang tu. =_=


 Ko nampak tak tu?????? geram giler aku tengok binatang putih-putih tu.. Rasa macam nak pijak lumat-lumat je. -_-

Dua minggu lepas pergi nursery tanya la ubat yang boleh bunuh binatang putih tu dia kasik satu penyembur organik. Budak indon tu kata kalau organik tak bahaya kalau sembur pastu terkena kulit ke apa. Ok aku kan lurus terus  beli. RM 20.

Syarat nak sembur mesti haritu tak hujan & mesti cuaca panas sebab cepat berkesan. 

Ok balik tengok cuaca elok suruh En Faizal sembur. Aku suruh dia sembur seluruh pokok. Dia akur. Tup-tup petang tu hujan. Oh tidakkkkkkkkkk aku dah rugi 3/4 botol. :(

Selang dua hari En Faizal sembur lagi, hujan jugak. uwaaaaaaaaaaa....dah rugi setengah botol dan binatang putih-putih tu merebak ke tempat lain dan semua daun hijau dah ada binatang putih. Aku meroyan pandang  je pokok tu rasa nak melalak. sob..sob..

Mungkin ubat organik tu tak berapa berkesan En Faizal kata cuba yang kimia pulak. Jangan binatang putih tu tak mati tapi pokok bunga aku yang mati sudah memang aku berguling atas lantai nanti. T_____T


 Piece ~(^_^)v






P/s : Nak tambah koleksi pokok bunga kat rumah tapi tak berkesempatan lagi nak pergi nursery.

Wednesday 7 March 2012

Rabu tanpa kata : Anak bapak

Manja betul Aqil ni tau..kalau kat umah asik nak berdukung je. Nasib ayah rajin layan kalau ibu malassss letak je kat bawah ok. Ibu banyak keje nak buat. ^_^



 Piece ~(^_^)v


Tuesday 6 March 2012

My sweet birthday -Part 1

Tak agak-agak nak part 1 part tu bagai. Sebenarnya bulan ni ialah birthday aku dan opis aku setiap bulan memang ada buat bacaan yasin & Tahlil dan tahun ni staf-staf yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan tersebut akan diraikan. Kiranya tahun ni aku potong kek 2 kali la ye. ^_^v

Ok nak cepat-cepat updet entry ni sebab berokban aku ni kejap mati kejap hidup. Tensii aku. =.=

Muka aku yang sebenarnya malu-malu kucing nak potong kek depan reramai orang. Selalu ngan anak3 ngan En Faizal je. ('',) I kan pemalussss....

  Piece, besday Girl ngeeeeeee....Sila sedar diri sekarang yang awak tu tetap comeiii...muahahahhaha...*fitammmm*



Nasib baik ade member nak potong kek sekali. :) Bos tak nak potong sebab dia kata dulukan wanita yang lemah. tenkiu bos. ^_^v


Bergambar sebelum potong kek gojes yang sedap tu. Nyummmyyyy. Nanti besday sebenar nak beli kek yang sama macam tu jugakkkk. 

 Kek coklat indulgence dari Secret Recipe.



Piece ~(^_^)v




P/s : Kompom kene pergi Kursus seminggu minggu depan kat Port Dickson. Tak jumpa my baby doll aku  yang 3 orang tu. uwaaaaaaaaaaa.demam.



Friday 2 March 2012

hakikat

Planning minggu ni memang nak balik umah mak sebab dah lama tak balik. Minggu ni memang nak mohon cuti tapi aku rasa berat hati tak tau sebab apa. Ok plan baik punya Jumaat malam balik Lok Heng. ('',)

Malam tadi tengah kemas-kemas baju sekolah taska budak3.

En Faizal : Yang, minggu ni tak boleh balik la.....
Aku : Nape lak?????
En Faizal : Abang ada sekolah ganti esok la..
Aku : Ye ke????????????????? mana ayang tau????????
En Faizal : Ni ha surat, ayang pun baru ingat tadi...(sambil ketawa kesukaan nak sakitkan hati aku)
Aku : Baru nak balik umah mak...tak jadik la macamni...tensionnnn la...abang ponteng jela..
En Faizal : Suka hati ayang je...xblehhhhh
Aku : sob..sob..

Nasib baik En Faizal ingatkan kalau tak selamat Aiman tak sekolah esok..muhahahahha...kalau ikutkan aku nak je buat-buat lupa " Eh ye ke ada sekolah ganti, alamak lupa la".. tapi disebabkan aku ni ibu yang bertanggungjawab (pang doploh das) harusla memendam perasaan nak balik umah mak tu & dahulukan sekolah anak.('',)

Esok patutnya Ilman sekolah jugak tapi macam malas nak hantar sebab taska umur 4 tahun je pun sekolah pun aku rasa terlenting-lenting pastu balik kotorkan baju. Ok sok Ilman tak payah sekolah. (^__^)

Aku harus terima hakikat bahawa anak-anak aku dah bersekolah dan aku tak boleh bercuti sesuka hati aku tak macam 2 @ 3 tahun lepas rasa aku nak cuti aku cuti hangkut je anak-anak tak pikir anak nak sekolah ke hape. T_________T






P/s: Balik ni nak masak apa ek???

Thursday 1 March 2012

Kejam

Semalam aku tengok kat FB pasal bayi yang kene dera kat taska tu. Aku tengok je terus dada aku berdebar-debar. Syaitan punya orang sape la yang tergamak buat macam tu??? Malam tadi masuk tv pagi tadi baca paper rupanya kat Kota Masai JB lagi la aku menggigil terus teringat anak kat taska. =.=

Sekarang manusia dah macam hilang pedoman aku tengok. Marahkan orang lain bayi yang mengeletik-letik tak tau apa-apa tu yang ko kerjakan nak tunjuk protes. Bangang. Baca paper tadi alasan pendera tu nak disiplankan baby tu yang suka buat bising. Bodo.

Kalau tau perangai ko macam tu kecik-kecik merah lagi tu suruh mak ko buat ko macam tu bungkus ko ketat-ketat sampai terjelir lidah ko tu pastu salotape kan mulut ko sama macam ko buat kat baby tu tak pun buat kat anak ko apa perasaan ko agaknya ek??? Dah dewasa dikurniakan akal buatla benda yang siuman sikit jangan ikutkan nafsu amarah yang mana syaitan lagi tepuk tangan kesukaan tengok dia dah berjaya sesatkan salah seorang manusia. >_<

Alasan protes ialah diberhentikan kerja sebab masalah disiplin. Memang patut pun diberhentikan sebab perangai macam tu memang tak sesuai jadik babysitter tak pasal-pasal baby-baby tu tempat diorang lepas geram & jadik punching beg je. Kejam. 

Peliknya macamana majikan dia ni leh amik diorang ni memula dulu ek? Tak selidik dulu ke latar belakang, pengalaman jaga bayi atau pernah ambil kursus pasal bayi-bayi ni ke??? Kot ye la nak untung, pilih orang yang betul berpengalaman amat-amatla penting sebab melibatkan nyawa kanak-kanak kecik yang tak berdosa. Tak pasal-pasal kene dera. Aku tak sanggup. (-__-)

Bayangkan la ibu bayi yang kene dera tu ek??? Kalau aku la memang aku saman taska tu pastu orang yang buat tu aku bungkus kepala dia pastu aku langgar pakai tayar kereta aku. (nada emosi). Masyaallah dijauhkan la anak3 aku dari segala keburukan dan lindungi la mereka Ya Allah. 

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana segelintir taska yang teruk macam tu semua ibubapa dah macam seriau nak hantar anak  mereka kat taska. Sebut je taska terus je pikir yang buruk-buruk. Bertepatan la kerajaan sekarang suruh daftar kalau nak bukak taska nak elakbenda-benda yang tak diingini. Aku sokong.


Ok la aku tak nak cakap banyak aku tengah emosi sebab dah teringat balik kes bayi kene dera tu sebab tadi dah lupa kejap.hahaha.


 





 P/s: Nak pergi pasar malam.


BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012


Susie join segmen [BEN ASHAARI] lagi. 

Korang mesti terjah blog susie ni sebab boleh dengar celoteh susie membebel kat blog ni. Blog sempoi tapi menghiburkan. (^^,)v

-HAPPY BLOGGING-

nyottt..nyot...nyott..




Cuba teka ni sape???hehhheheh..maklumla anak ramai so main teka-teka la.....Ni Ilman Irsyad anak bujang aku no 2. Suka sangat tengok gambar ni sebab comel sangat. Iras dengan Aqil kan? Yela dah satu kantung memang la sama cuma kaler je lain sikit. ^_^

Masa ni umur dia lebih kurang 5 bulan. Peel dia memang kalau tidur suka nyonyot ibu jari tangan dia.suwettt

Sekarang Ilman dah 4 tahun dah. Sekejap je rasa. Baru je rasa gomol-gomol dia dah besar dah sekolah. =.=


Piece ~(^__^)v








P/s: Tadi opis buat bacaan yasin & tahlil makan nasik beriani ade lauk kambing skang kepala aku dan punyeng. tau tak leh makan nak makan jugak. tanggung sendiri. T____T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...