Nuffnang

Saturday 30 March 2013

playing time!!

Salam

Cuti sekolah ni aku tak jenjalan pun sebab En Faizal keje. Aku cuti Isnin Selasa aritu pun pergi umah adik aku kat Kluang pastu balik rumah mak. Cuti terasa sekejap je pejam celik dah nak naik sekolah. Mula balikla ke'busy'an aku nanti...

Aritu balik rumah mak jenjanlan kat Kota Tinggi. Saje je nak pusing2 sebab dah lama sangat tak pergi Kota Tinggi tu. Kedai jual kain memang buat aku geram tapi aku skang ni berminat dengan dress atau jubah je. Senang pakai sarung je. Survey2 gak dengan mak aritu tapi yelakan mahal dia sama je dengan kat bandar ni. Nyampah. tawar2 pun tak dapat. :(

Masa aku pergi jalan2 dengan mak tu En Faizal tolong jagakan budak3 tu main kat playgound. Patutla aku tengok seluar nganbaju diorang kemain kotor lagi...balik baru tunjuk amik gambar budak2 ni main.

kemain suka lagi kenit ni. maklumla jarang main kat playgound.

Muka gembira tahap bigmac..:)

Amboi kemain laju lagi Aiman tolak adik dia..kalau aku ada tu memang aku dah terjerit2 dah..

Ilman :)

Aiman :)

Seluar dah berkeladak masa ni..

Ko tengok Aqil sampai nak terbongkang di buai Aiman...Kepala terus takde..kus semangat!!

Buat apa la tu..

Ilman yang tak ada perasaan..tak tau samada dia takut ke berani..konfius..

Rambut sampai terselak2 nampak dahi jendul...macam aku!!kah

Tu je nak lapor...tata

Wednesday 27 March 2013

HAPPY BIRTHDAY TO ME... :)

Salam

Aku ni dah puas cuti 2 hari pastu naik keje dah lemau. Hamboii hover ko ek...ermmm.. Arini 27 Mac 2013 adalah hari lahir aku yang ke 31 thn. Rasa macam tak ada rasa apa2...hahahah...nombor je kot yang meningkat aku tetap gitu jugak tak tinggi2 pun...hihihi..ok tak lawak.. -_- 

Penangan nak sambut birthday skang pada aku dah tak macam dulu kene beli kek nak hadiah ke nak makan2 besar bagai tapi skang ni rasa macam biasa2 je. Biasa En Faizal la yang beli kek..ehh tak kan aku kot yang kene beli sendiri!!..mihmihmih...

Rakan2 FB dan Instag yang wish birthday aku tu aku ucapkan ribuan terima kasih atas ucapan dan doa kalian2 semua. Semoga kita semua dirahmati oleh Allah. Ucapan2 tu buat aku rasa amat2 dihargai dan diingati serta disayangi...ecewahhh.. Seronok ramai kawan kat alam maya ni kan?? 

arini saya genap 31 thn..happy birthday to me... sgt bahagia meniti usia dikelilingi org2 tersayang..anak3 yg semakin membesar dan berharap kehidupan yg lebih baik dimasa akan datang dan semoga tidak mudah lupa siapa aku 31 thn yg dulu...amin... ♥♡♥♡

Petang ni En Faizal kata nak belikan kek. Yela ikut jela..skang ni aku rasa nak makan nasik je sebab lapo..wakakakak..okla umur 31 ni aku rasa biasa2 je tak banyak beza dengan umur2 sebelum ni sebab busy membesarkan anak dan bekerja membuatkan masa berlalu begitu pantas..rasa baru je sambut birthday yang ke 30 thn aritu..kehkehkeh.. 

Apa2 pun dengan meningkatnya umur ni aku harapkan kehidupan yang lebih baik dan semoga aku menjadi seorang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang aku kecapi dan perolehi. Anak3 yang membesar depan mata sudah cukup buat aku bahagia.

"Happy Birthday to me, Susie"

(^_^)v piece

Monday 25 March 2013

Rencam..

Salam

Minggu cuti sekolah dah start...yiehaaa....kurang sikit kelam kabut aku sebab tak payah iron baju jadual buku bagai. Esok Isnin & Selasa aku cuti sebab nak balik umah mak. Macam jauh sangat padahal kat Kota Tinggi je pun. Sabtu Ahad aku memang susah nak balik sebab Aiman dah start tuisyen & Ahad pulak dia mengaji. Waktu weekend je la boleh tuisyen dan mengaji. Kalau hari2 biasa sekolah dah penat balik sekolah agama dah petang macam kesian pulak Aiman kelam-kabut. Kadang aku balik ambik dia pun dia dah membuta kat belakang..caner?? Nak suruh buat homework maunya sampai rumah terus remind dia siap2 lambat sikit je dah terkulai je dia. Takpela aku berkorban sikit untuk anak2. 

Esok sebelum balik nak settlekan hantar borang pendaftaran darjah 1 Ilman dulu sebab tarikh tutup dia 31 Mac 2013 ni. Pastu bayar duit taska dan lain2. Aku sebenarnya tak sabar nak balik rumah mak sebab aku ada order Pemanggang Ajaib dengan kawan mak tapi bukan la jenama yang glamour skang ni tapi fungsi dia sama je. Mudah-mudahan aku akan rajin memasak lepas ni...hahaha tup2 kang bersawang je pemanggang ajaib aku kat dalam kotak. T____T

Dah nak masuk bulan April kan??? Aku baju raya satu apa pun belum prepare lagi. Aku punya tak kisah budak3 punya ngan bapak budak ni. Budak3 niaku rasa nak belikan siap je ala warna akan2 sama ok la kan. Sebelum2 ni aku tempah tapi tahun ni cam nak beli je jimat masa. Insyaallah bulan ni nak beli dah sikit2.

Rabu depan besday aku..wooohooo..sekejap je dah matang (xnak tulis tua). Aku biasa beli kek je pastu makan2 dengan suami dan anak3. Tahun ni tak tak tau la camner. Semenjak umur dah banyak ni nak sambut besday pun dah malas. -_-

Okla dah ngantuk. sambung nanti ek.....

Saturday 23 March 2013

LEGOLAND MALAYSIA - PART 2

 Salam,

Sambungan cerita pergi Legoland aritu. Gambar ni kitorang ambik masa nak tgk wayang 4D tu. Aku ingatkan freeeeiee rupanya kene bayo..hampeh cara suruh ambik gambo tu siap tarik2 aku beriya2 suruh bergambo gayanya macam freee je. Rupanya kalau nak kene collect masa dekat pintu masuk nnt ada satu kedai tu memang produce gambo je. 

Aku ambik pakej paling murah ok. sekeping RM35. gila mahal!!. aku tgk banyak gambo kami yang lawa tak akan aku nak amik sekeping je. Adoiiila..saje je nak kopakkan aku hujung2 bulan ni tau. Budak cashier tu cakap kalau ambik 3 keping dapat murah RM70. 

Malas aku nak pening2 kepala kang balik umah menyesal tak sudah makanya aku ambik 3 keping terus. *Nangessss*

Jadikla nak buat kenangan kami anak beranak. Bukan boleh pergi selalu pun. Tiket kalau soploh hengget aku singgah hari2. Ni skang nak buat annual pas pun sorang dewasa RM350 kanak2 RM250+. Ko kira je la sendiri. *Lapairmata*

Pastu gambo ni ko boleh download kat laman web dia. Berbaloi la mahal kan..pasni nak hantar buat frame pulak tapi ntah bila aku pn tak tau... -_-


Masa ni comel je Ilman buat 'L' mean Legoland. Aiman & Aqil xdak prasaan...huh

say cheese..eh aku je senyum kemain lebar..ermmm..

Ni aku comel....kahkah....muntah hijo...
Ok ada lagi gambar2 replika logo yang buat bangunan2 tu banyak giler nnt aku masukkan ek. Aku nak tido mata aku dah bersengkang ni dah pukul 1.45am. Record ok aku tido lambat gini biasa pukul 9.00pm dah belayar.

bersambung.....

Tuesday 19 March 2013

LEGOLAND MALAYSIA


Salam

Hari Ahad lepas aritu 17/03/2013 En Faizal ajak kami pergi Legoland. Sepatutnya dia kerja Ahad tu tp dia tukar dengan kawan dia yang nak on call. Walaupun Legoland tu dekat dengan rumah kami lebih kurang setengah jam perjalanan tapi kami belum pernah pergi lagi. Maka pada hari tersebut adalah pertama kali...hahahaha...jakun!!!

Kitorang gerak agak lambat jugak singgah breakfast dulu sampai lebih kurang pukul 11.00 am. Okla masa tu cuaca memang agak panas berdenting. Orang tak ramai sangat lagi. Aku agak akan bertambah sebab weekend.

sebelum gerak aku kasik dulu Aqil makan biskut sebab nanti kang dia kelaparan dah aku yang tak tenang. BAgi makan puas2 isi tank dulu barula ok.

Budak2 ni kemain suka lagi bila kata nak pergi Legoland laju je mandi dan bersiap...hahahaha (sebenonya aku excited gak)

pintu masuk Legoland.

pintu masuk Legoland.

pintu masuk Legoland

Masa sampai ni aku ingat tak ramai lagi yang sampai rupanya dah lautan manusia kat dalam tu. Kemain ramai lagi orang kebanyakan dari Singapore. Sebelum masuk bergambar dulu kat pintu masuk legoland. Seperti biasa yang tukang ambik gambar mesti takde. -_-


Masa ni dah masuk dalam Legoland. Duduk dulu kat sini ambik napas sebelum berpencak kat dalam nanti.

sokati dia je nak masuk pijak rumput kat situ. Kang tak pepasal kene bayo kang apak ko...:P

Budak yang kejakunan dapat lepas dan main kat playground besar. hahahah

Budak kecik ni under control ko tau. Sekejapan aku lepas dah lintang pukang dia lari. Adoi semput aku. Bergilir2 aku dengan En Faizal jaga dia. Tulang belakang aku macam nak patah dukung dia sebab dia meronta2 nak lepas. Aku nak bawak stroller En Faizal kata tak payah. Hambik ko hazab nak kejo sikenit ni. T____T


turn ayah plak dukung. Ibu nak amik gambo ni.

Memang banyak replika kat dalam ni semuanya diperbuat dari lego. Kagum aku camner leg buat bangunan ngan animal semua tu dengan pakai lego je. Memang kreatip la. Replika semua macam real ok. Kagum lagi!! Try bagi kat aku memang jadik kotak je la lego tu..hahahahah..sangat kreatip....kah!!

Aiman yang excaited masuk Legoland...

castle

tunggu turn nak naik horse...

muka boring sebab dia belum cukup umur nak main...kehkehkeh




Ilman ni aku ingat dia penakut rupanya dia berani jugak nak main permainan kat sini. Muka macam tak ada perasaan serius je memanjang bila suruh senyum amik gambar langsung tak nak tup2 dia lari je. geram betul aku. Peel sebijik ayah ko..Aqil plak tak payah ko suruh dah ready je sentiasa...hahahaha



Aku naik gak bendaalah ni. Bila aku naik terus tak keruan aku. Aku peluk Aiman tp dia kata tak payah la ibu Abang tak takut. Ala tak pela bukan abang tapi ibu yang takut...wakakakak dasar kg betul!! Aku gayat okeh secara semulajadinya memang begitu. Gayat tahap kritikal punya. T____T

Budak kecik ni kehausan. Pastu dia mengamuk sebab tak pandai sedut air ribena dalam bekas tu..last2 kasik minum pakai straw. sekali napas je ok!!tgk perut la...kihkih

Ni tgk 4D movie. Ilman terjerit2 sebab teruja sangat.
 Masa kitorang tengok 4D movie tu memang ramai la penuh sesak cinema. Ilman paling teruja sebab dia tak pernah tgk 4D movie. Kejap2 dia menjerit sebab binatang tu nak makan muka dia katanya...hahahaha kesiannya anak aku jakun...tapi memag nampak dia sangat teruja. Good Boy.

Observation tower

Memula aku tak nak naik tower ni sebab dia tinggi giler leh view keluruhan legoland. En Faizal kata aku merepek datang tapi tak nak main apa2. Ok la takut dan gayat tapi naik jugak. Hazab jugakla aku nak tunggu dia turun balik lama giler dia pusing. Aku dah cam nak terkencing atas tu. Bising2 mulut aku tak kasik Ilman berdiri padahalllll aku yang nak pitam kat atas tu.





Game ni aku tak tau apa nama dia. Eh cam la aku tau nama2 game kat sini. muakakaka. Masa main ni hujan abis basah kuyup Aiman & En Faizal. Nasib tak demam Aiman.


Playground ni beso giler. Terpusing2 kepala aku carik budak3 ni main kat mana. Kejap2 kang hilang. huh

Dalam playground ada train.

Aqil masa ni dah belengas so kene tukar pampers dan baju. Yela dia kan paling busy..busy lari kesana kemari. :P
En Faizal kalau suh amik gambo mesti jadik gini. Sebabnya dia malu orang lain tengok dia pakai snap je apa yang ada. Kepala burung tu takde terus dibuatnya. Ni la satu kelemahan suami iolss pemalusss tak bertempat.





Masa ni kitorang ni nak tengok silap mata. Aiman & Ilman teruja sebab tak pernah tengok silap mata. Aku pakai baju hujan ok sebab masa ni hujan lebat malas nak bukak sebab pasni nak keluar pegi tempat lain plak. Lantakla..Popcorn sebungkus RM10...ok sekali je beli!!

Masa main ni kelakar tengok Aiman sebab dia tak reti control stereng so dia kat bawah je la sampai sudah...hahahaha


masa ni dalam train ohhh lega sebab kaki aku cam nak tercabut rasanya terkeluar urat2 hijau..

Masa ni aku pujuk Aqil sebab dia melalak nak ikut Aiman.

Aiman & Ilman masa ni masuk driving school. Ilman 3-5y Aiman 6-9y. Masa ni aku tgk Aiman En Faizal tgk Ilman. Aiman sekejap je Aiman nya part siap ada briefing lagi. Aku dengan En Faizal memula cuak sebab ingat Aiman hilang. Rupanya dia masuk bilik sebab ada briefing drive. Fuhhh cam nak pecah jantung aku panik. T____T

Driving school

Masa aku naik ni aku dah pening kepala. Aiman kesukaan sebab aku ketakutan.

Lek je En Faizal letak Aqil kat atas ni sebab dia nak snap gambar aku. Alahai kesiannya.

Roller Coaster

Roller Coaster

Masa ni En Faizal ajak aku naik roller coaster. Ko gila ke??? mati hidup semula pun aku tak akan naik ok. Maunya aku kejung terus tak bergerak kat atas tu kang. Aku tengok En Faizal  & Aiman naik je aku dah nak tercabut pundi kencing. Aku memang salute Aiman sebab dia memang berani siap kata best lagi. Memang ikut peel apak ko berani. Ilman ikut aku penakut...hahahah..adil la kan!!




muka terkejut..pehal????

exhausted

Kitorang masuk pukul 11am dan balik pukul 8pm..ko sanggup!!...masa ni tuhan je tau kaki aku punya sakit sampai nak tertanggal. Ilman jalan dah menyeret ke tanah. Ilman siap cakap" Ibu ilman penatla tak boleh jalan ni Ilman pinjam kaki ibu boleh" sambil lap air mata....kalau ko nak ketawa ke nak apa????hahahah...Clever boy...

Sebenarnya kami masuk ni pakai tiket free yang PTP beri kat En Faizal masa Family day aritu. Baru ni berkesempatan nak pakai. So lepas ni kami dah tak terliur la bila orang cerita pasal Legoland sebab kitorang dah menjelajah seluruh Legoland..*tangan di bahu mata keatas* Kami juga dapat voucher makan RM200. Yieehaaa..makan dan minumla sampai kembung. Makanan kat sana memang mahal ok.

Balik je semuanya membuta sebab kepenatan. Kaki aku berdenyut2 tahap maksima tahap terjojol urat hijau...:(

Insyaallah ada rezeki nak buat pas tahunan untuk kami sekeluarga. Maunya 1k la..huhuhu...lain tahun kita pikir ek...

ok tu je nak cerita. Adios
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...