Nuffnang

Wednesday 29 February 2012

Touching

Semalam balik keje nak masak ayam so beli ayam separuh kat kedai. Masa kat kedai tu nampak sorang budak balik sekolah dengan pakai baju sekolah agama bawak beg berat dengan badan lebih kurang Aiman. 

Masa nak bayar tu tempat cashier memang ramai orang dan agak berebut-rebut jugak la nak bayar aku diam kat tepi tu sebab nak tengok gelagat budak tu. Aku beralih ke tepi sikit. ^_^

Budak tu beli roti Gardenia yang tujuhplohsen tu yang feberet anak3 aku jugak. Dia beli sebungkus pastu terjengket-jengket nak bayar so aku bagi dia potong Q. Kesian dia dengan bawak beg berat macam nak terbongkang ke belakang. Dia kuarkan duit syiling lima plohsen baru ngan dua plohsen sekeping. Comel tangan dia hulur duit dia sambil tunjuk roti tu. :)

 Aku masuk kereta :

Aku : Yang kesian budak tu beli roti tujuh plohsen balik sekolah tu..mesti dia lapar ek??
En Faizal : Bagusla....bawak duit beli roti bukan beli jajan. Kesian kenapa??
Aku : Ye la lapar gaknya nak kat sekolah tadi tu yang beli roti...
En Faizal : Ye la tu agaknya..
Aku : Ayang terbayangkan Abang yang beli roti tadi. sedih.
En Faizal : Kenapa sedih???
Aku : Ntah.

Ko tau kenapa aku cerita pasal budak tu??? Aku kan memang jiwa tisu. Mana boleh nampak budak-budak ke orang tua ke yang penat balik sekolah ke balik keje ke beli makanan yang cukup-cukup untuk dia makan je maknanya nak alas perut sementara nak sampai rumah.  Bergenang airmata macam tengok cerekarama. >_<

Mesti orang ingat apsal aku ni pasal ni pun nak sensitip bagai. Ntah. Aku pun tak tau nak jawab yang aku pikir masa budak tu bayar roti tu aku terbayangkan Aiman dengan beg berat  muka comot balik sekolah kuarkan duit syiling kat kocek beli roti sebungkus sebab lapar. sob..sob...sob...-__-'

Balik umah pandang muka Aiman & Ilman terus pelok. Sayangnya anak3 ibu ni.


Piece ~(^__^)v








P/s : Sensitip sangat sebab mungkin nak datang bulan. Ye la kot. (^^,) 


 

Rabu tanpa kata : wiwit..wiwitt


Gambar ni diambil pada tahun 2009 semasa kursus di Tg Kapal Beach Resort, Kota Tinggi.


Piece ~(^__^)v






P/s : Mood nak bercuti lepak-lepak kat umah sambil tengok movie, fuhhh sorgaaaa..

Tuesday 28 February 2012

mandi kolam

Gambar ni gambar lama godeh-godeh tadi terjumpa plak gambar anak3 tengah mandi-manda di halaman rumah.Anak3 aku kalau jumpa air je menggelitik nak berendam. Aku takut air tau plis..pliss aku tak reti berenang. Macam nak mati je rasa kalau kepala aku termasuk dalam air. -__-

Jom layan gambar je.







Masa ni Aqil baru 4 bulan tak silap aku. terjerit-jerit aku bila En Faizal ko nak campak dia dalam kolam tu. Bila aku leka je aku tengok tiga3 anak aku dah kembang dalam kolam tu berendam. Oh aku pasrah. Amik jugak gambar even marah-marah pun, sandiwara kan aku ni.hehehe ('',)

Kolam ni aku rasa dah bocor kot ntah apsal sebab aku rasa baru je pakai berapa kali je ke anak3 aku ni jenis ganas. pasrah.

Bila En Faizal ko keje ke apa ke aku memang tak kose nak layan diorang ni mandi dalam kolam ni sebab aku malas nak kawal diorang tu, banyak lagi keje lain aku boleh buat. kejam. Kang aku terpekik-pekik kat luar rumah ni auwwwww tak jelita langsung. muahahahha. \(^__^)/

Aku ni jenis semuanya tak boleh tapi kalau En Faizal ko larung je belasah je apa anak3 nak buat biar tahan lasak katanya. ok kalau demam aku jugak yang tak tido malam. Grgrrrrrrrr.

Lepas mandi kolam esoknya Aqil demam selsema untuk pertama kalinya. Ok mak ko jadik panda tak tidur malam jaga anak demam apak ko berdengkur senangkan nak kasik orang keje. :(


Piece ~(^__^)v









P/s : Petang ni ingat nak masak spaghetti. muahhahah kita tengok apa yang jadik spaghetti ke maggie...('',)

Monday 27 February 2012

back to taska


Harini start hantar Aqil ke taska seperti  biasa. Selepas seminggu bersenang lenang duduk dengan En Faizal kat rumah sepah-sepahkan menan pening kepala ibu balik keje. ('',)

Cuti seminggu sebab apa klik [sini]

Pagi ni hantar memula tu dia tak nak rupa-rupanya sandiwara semata-mata terus senyum bye bye ibu cessss main-main ek??? peluk ketat-ketat comolot terus ibu tinggal doll ni kat pengasuh. ^_^

Harap lepas ni dah tak ada apa-apa lagi la pasal Aqil ni tapi aku tetap reda dan pasrah sebab duduk taska mana ko leh tau apa nak jadik kan??? Berdoa banyak-banyak supaya Aqil dilindungi-Nya. 

Tengok gambar ni rasa nak balik sekarang juga nak gomol-gomol budak gigi kapak besar ni dan mangsa gigitan berbisa dia ialah AKU. Sayang Aqil Mucuk. :)


 Piece ~(^_^)v








P/s:  Monday Blues menyerang aku.Tolongggggggggggg!!!!!

Friday 24 February 2012

Jom Borak...

Salam, alahai pagi Jumaat yang berkat ni aku nak ajak borak-borak la sambil minum air masak. ok tak lawak. :)

KURSUS

Esok aku ada Kursus "Land surveying" kat KOMTAR je pun tapi sari la dari pukul 8.00am sampai 5.00pm. Mak aii dah macam bekerja pulak. Kursus tu pompuan cuma empat ketul je mesti bosan. =_=

Biasanya hari Sabtu adalah hari aku melipat kain mengemas rumah dan segala-galanya la. Aku kene skip keje tu semua buat pada hari Ahad. Matiklaaa. En Faizal jaga anak3 esok sensorang. Bila balik rumah je petang esok ko kene istifar mengucap banyak-banyak terus masuk bilik tenang-tenangkan kepala hotak baru ko lihat sekeliling. Aku harap rumah tidak seperti yang aku gambarkan. *_*

Tapi semalam aku balik rumah berseri-seri dah mop dan vakum wangi je so jernih je mata aku pandang sekeliling sinki clear. Oh i lep u darling. ^_^

SARAP

Sejak-sejak ni aku suka makan lempeng pisang & kelapa mungkin sebab asik sarap kat BOMBA je so tekak aku nak telan benda tu je. Walaupun besar lempeng tu besar muka kuali tapi aku boleh habiskan ok!!. Aku tak suka membazir amalan syaiton. muhahahahha

En Faizal tak de lain tekak dia cuma nak makan Kacang Pool. Aku boleh la makan tapi tak berapa suka sangat sebab dia ada telur yang separuh masak tu kuning goyang-goyang erkkkk....tekak aku tak boleh menerima telur itu. muntah seminggu. Aiman & apak dia faberet telur separuh masak tu ok tekak mak ko kembang. =_=

PASAR TANI

Semalam balik keje terus je pergi Pasar Tani sebab nak carik makanan. Aku macam biasa dah terliur-liur laksa makcik pasar tani tu memang sedap, dia ade jual laksa, laksam, laksa johor mee-mee lain pun ada dengan jual kuih telinga keling tu @ deram feberet En Faizal. 

Tabah berjalan dengan hujan-hujan bawak payung pakai baju kurung hijau terang nak carik laksa. Aku dah target tempat makcik tu eh mana ni?? tak kan tak de lagi???alaaaaaaaaaa....(dalam hati). Aku kecewa buat minggu keduanya. uwaaaaaaaa. Makcik laksa tak jual lagi hari ni. Ok positif ntah-ntah dia sakit kot, demam ke sesema ke sakit kaki ke minggu depan ada kot.

Dengan kecewa beli laksa dengan pakcik laksa pulak. -_- Nasib sedap. Beli dua balik je aku bedal satu aku punya konon baik tuangkan En Faizal punya sekali aku sebat sikit dia punya. Muhahahhaha. Ala tak cukup ayang ada belikan ayam goreng tu. ngeeeeeee


Ok la ada keje nak buat. Kang sambung lagi borak. ('',)v


Piece ~(^_^)v












P/s: Mood nak beli baju raya dah, ganti pose lom abis lagi.*pelempangdoplohkali*

Thursday 23 February 2012

Anak sakit & sedekah

Biasanya anak sakit , sebagai ibu bapa kita akan mula risau. Orang yang menjadi rujukan utama kita ialah tuan doktor. Jika nasib yang baik, doktor tersebut akan nasihatkan perkara yang baik supaya si ibu mahupun si bapa akan tenang semula. Jika nasib kurang baik, ada doktor yang akan menyarankan perkara yang kadang-kadang diluar jangkaan kita dan bila perkara demikian berlaku semestinya kita perlu dapatkan nasihat doktor yang kedua 
[ 2nd opinion].

Namun ingin saya kongsikan satu perkara yang bagus untuk diamalkan....saya masih ingat lagi saya mendapat ilmu ini dari ceramah pagi di radio [ maaf saya terlupa ustaz mana yang kongsikan petua ini] ...Apa kata ustaz tersebut?

Bila anak sakit, mak bapak akan terus cari doktor....ianya merupakan satu kesilapan. Hakikatnya penyakit itu datang dari ALLAH. Maka kepada ALLAH kita utamakan. Alangkah bagus jika dijadikan amalan, apabila anak sakit, hantarkan sedekah. Sedekah pada tabung masjid atau anak-anak yatim atau golongan asnaf. Kenapa kita digalakkan sedekah?

Hakikatnya anak sakit adalah teguran dari ALLAH. Adakala kerana kita terlalu alpa atas urusan dunia, maka kita diuji dengan anak yang sakit. Anak ini memerlukan lebih perhatian sebenarnya.

Sumber : member

Piece ~(^_^)v


P/s: Insyaallah mana yang baik kita amalkan semoga kita sentiasa dilindungi olehNya.
Amin.

Wednesday 22 February 2012

Pesta Layang-layang Sedunia

Hari Ahad lepas aku bawak anak3 pergi Pesta Layang-layang Sedunia. Pesta tu diadakan selama empat hari tapi aku datang hari yang last dan dah petang so kejap je la kami kat sana. Orang sangat ramai ok!!

 Aiman dah boleh harap snap gambar..heheheh..En Faizal macam bodyguard je aku tgk...hahahhahha

En Faizal snap tapi dia malu-malu nak snap tu yang jadik gitu.nyampah.

 Orang ramai sangat-sangat ok. Aku memula macam tak nak singgah sebab tak ada paking kene paking jauh. Aku kan malas tapi En Faizal ko kata dah alanng-alang sampai ni singgah je la. Aiman & Ilman masa ni tidur dalam kete aku gegar " Nak tengok layang-layang tak!!!!!!". beriya aku jerit padahal aku yang tak nak singgah tadi. Aku kan poyo. ('',)

 Orang berhimpit-himpit dengan lecaknya sebab baru lepas hujan. huh aku rimas ok. Aku cakap dengan En Faizal kejap je tau pergi. hehhehehe T___T
 Belon ni memang bawak penyakit. Aiman & Ilman nampak je belon ni dah menggelitik nak. Ok bab beli-beli ni serah kat apak ko. Ibu nak amik gambar. hahahah En Faizal kopak RM10. ^_^

  Aku kan gila kamera so harus la aku amik gambar banyak-banyak sampai lebam.:) Orang sebelah aku ni dah tak kose nak layan.heheheheh.
Aqil muka excited.


Bila dapat belon tu hayat dia aku memang dah agak dah tak lama. Masuk je kereta Aiman punya dah bocor dikerjakan Ilman. Stress aku. *_* Ilman punya lama sikit jangka hayat dia satu hari setengah, sekian.

Aku & Aqil again. (^_^)

Muka puas hati dapat belon masuk kereta bocor. Senang je nak buang duit kan??

Masa ni layang-layang dah tak banyak sebab dah nak habis. Jadik la dapat tengok sikit je lepaskan kempunan Si Aiman ni. :)

 Gambar ni aku lagi tensen suh En Faizal ko tangkap jadik gini malu gaknya. Fedulik la orang nak tengok bukan kamera curik pun. huh. 

Sebenarnya pesta ni dibuat setiap tahun tapi baru tahun ni aku dapat pergi. hheheheh maklumla bos besar sibuk keje je memanjang. Disebabkan Aiman excited nak tengok dan kebetulan En Faizal ko tak keje aku bagila peluang pergi sebab aku sebenarnya memang tak suka tempat yang bersesak-sesak macam ni. Aku lemas. Dapat pergi sekali pun jadik la tak la jakun bila orang cakap pasal pesta ni kat aku nanti..muhaahahaha.


Piece ~(^_^)v
 





P/s : Malam ni menu nasik goreng campak dan siap. Ok bye

Tuesday 21 February 2012

Sakit kaki tangan & mulut

Salam, hari ni mendung sikit la..cuaca mendung aku pun mendung jugak. >_<

Aku nak bagitau semalam aku MC sebab sakit kepala sangat-sangat terasa nak pecah berdenyut-denyut kat kening rasa mual-mual nak muntah memandang makanan rasa benci. :(

Aku pun terkena tempiasnya bila Aqil tak sihat. Hari Sabtu lepas balik Lok Heng sebab aku nak berurut. Balik pun dah petang. Janji malam nak beurut tapi mak cik urut tu ada hal so tunda pagi. Pagi tu tengok Aqil dah meleleh air liur sama deras dengan Air Terjun Kota Tinggi. ^_^

Aku sangka sebab dia nak tumbuh gigi sebab dia start tak nak menyusu mungkin disebabkan gusi dia bengkak dan sakit. Air liur mengalir dengan derasnya sampai asik bertukar baju sebab lencun dan tak lama badan dia mula panas. Nasib baik aku memang standby ubat kemana-mana. T__T

Pagi tu lepas aku berurut aku suruh makcik tu urut Aqil sikit sebab mungkin demam nak tumbuh gigi atau salah urat sebab lasak sangat. >_<

Petang tu gerak balik aku pelik sebab air liur Aqil banyak keluar macam menahan sakit dalam mulut. Aku belek-belek ok aku nampak ulser dekat hujung lidah dia no wonder air liur dia deras. Patutla dia tak nak menyusu sebab lidah dia sakit. Kesian.  Aku juga perasaan lutut dia banyak ruam bintik-bintik merah ok aku ingat ruam biasa. 

Malam Ahad Aqil tak boleh tidur dia mengamuk tak tau kenapa aku pikir sebab lidah dia sakit dan dia mungkin lapar sebab dari pagi tak nak menyusu cuma minum air masak saje. Makan pun tak mau. :(

Sepanjang malam dia tak boleh tidur nyenyak aku ni senang kata tak tidur juga la. Aqil meragam sepanjang malam. Aku risau. OMG aku kan panik.

Pagi tu masa siap-siap nak pergi kerja aku dah rasa lain macam je mata dah berpinar kepala dah berdenyut-denyut. >_< tapi tabahkan juga nak pergi keje. En Faizal hantar pergi keje masa breakfast sama-sama aku dah rasa macam nak pitam so aku cakap dengan En Faizal aku tak nak pergi keje aku nak MC.

Sementara tunggu nak pergi klinik aku tidur dapat sms dari pengasuh Aqil kata Aqil keluar ruam-ruam kat kaki suruh aku bawak pergi klinik.

Sampai klinik DR sahkan Aqil kompom sakit kaki tangan dan mulut. Rupanya kat taska dah ada beberapa baby yang kena sakit tu patutla jangkit kat Aqil. Pasrah je la.  Aku dapat MC dan aku kene migrain. :(

Harini aku tak hantar Aqil pergi taska En Faizal jaga. Malam tadi dia mengaruk lagi nak tidur tapi mengaruk lain macam sikit sampai menggigil aku dibuatnya. Semua surah dah baca tapi tak jalan juga. Last-last aku bogelkan dia basuhkan muka dia pakaikan pampers je baru ok dia boleh tidur tu pun sedar-sedar. 

Aku panik sampai call mak kat Lok Heng. MasyaAllah macam-macam hal la Aqil ni.

Pagi tadi aku buatkan susu dia nak pulak mungkin dah kurang sikit sakit mulut dia sebab dah makan ubat. Harap dia cepat-cepat sembuh DR kata maybe seminggu baru baik dan ianya berjangkit so seminggu dah tak boleh hantar taska. Aku pening lagi. 

Bila hantar anak kat taska inilah risikonya yang aku perlu tanggung anak selalu sakit dan aku tak ada pilihan lain melainkan pasrah dan bersedia. uwaaaaaa


Piece ~(^_^)v



P/s: Kepala aku macam nak sakit balik. Mata berpinar-pinar. Ok bye

Friday 17 February 2012

Kelahiran

 
10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
===========================

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
 
Sumber : FB

Terasa macam nak mengandung lagi la...('',)
 best wooo beranak T______T










Piece ~(^_^)v






P/s : Weekend ni nak bawak anak3 pergi tengok pesta layang-layang Antarabangsa dekat Pasir Gudang.

Thursday 16 February 2012

Senangnya orang perempuan nak dapat pahala..

Untuk isteri tersayang ............

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
 
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
 
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
 
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
 
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
 
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
 
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
 
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...
 
 
Sumber : FB 
 
 
 
 
P/s : Pahala memang terbentang di depan mata tinggal kita je yang hendak ke tak nak. Syukur dah bergelar isteri.
 
Piece ~(^_^)v

Botol susu

Wah tajuk ntah apa-apa kan. Macam dah tak ada idea lak aku nak cakap pasal botol susu ni. Eh aku sekadar nak berkongsi info yang mana ada anak kecik ramai macam aku ni. ^_^

Terus terang aku cakap aku memang suka sangat-sangat beli botol susu yang cantik dan simple. Harga belakang cerita sebab aku minat. Nasib la anak ramai leh beli banyak-banyak botol susu tu pastu tak pakai susun kat kabinet buat perhiasan. :)

En Faizal ko kadang berbunyi gak sebab aku asik nak beli botol susu anak je kalau murah tak apa ni harga leh dapat baju aku selai. muahahahha. Aku seperti biasala masuk telinga kanan keluar ikut telinga kiri. Tau-tau je ada je botol baru aku bawak balik.

Tapi tak ada la terlalu kerap nak beli botol susu tengok juga la keadaan botol anak aku tu dah time tukar aku belila baru. Ntah la ek pada aku satu kepuasan pulak bila tengok anak minum pakai botol susu yang cantik. ('',)

Kalau kat taska aku belikan botol susu yang PP tu je sebab ko gila nak bawakkan botol susu mahal-mahal jap lagi balik calar balar berkeladak. calar hati mak nak. En Faizal ko siap pesan awal-awal ye la tau laaaaaaaaaa aku..........*_*

Kadang-kadang aku pelik bila tengok orang yang tak hiraukan pasal botol susu anak ni maksud aku bila dah berkeladak tu ko tukarla ek, ko tak mampu nak beli mahal kat pasaraya tu melambak jual botol susu yang murah. Kesian anak kan muka mak lawa tapi botol susu anak berkeladak. erkkk.Yang lain-lain tu aku tak payah cerita la kalau orang jenis macam ni. ('',)

Jenis botol susu yang bagus ialah jenis PES yang dan semestinya dia BPA FREE tu yang paling penting. Dari segi kaler dia pun ada beza kalau PES ni kaler dia light brown jernih sikit. Kalau nak murah sikit pakai PP (Polypropylene) dan ia juga BPA FREE dan kaler dia warna putih kabur-kabur gitu

Nak tau lanjut baca [SINI].

Ni aku rasa kebanyakkan ibu-ibu pakai ni. Aku baru tukar botol Ilman dari BUMBLE BEE ke AVENT. Avent yang 330ml ni sangat susah nak cari kat pasaraya last-last aku beli online dapat murah. Aku suka sebab dia nampak simple senang nak cuci dan senang nak tukar puting. Pakai puting jenis biasa pun leh fix kat botol Avent ni. Harga RM62 kalau kat luar lebih lagi. BPA FREE PES BOTTLE

Sebelum bertukar ke Avent aku pakaikan Ilman botol BUMBLE BEE ni. Murah sikit. Aku beli 2 botol secara online jugak tapi kat kedai-kedai barangan bayi pun dah ada yang jual botol jenis ni. RM70
BPA FREE PES BOTTLE



 Botol Brand CHICCO ni aku pakaikan untuk Aqil. Aku sangat suka sebab dia nampak comelkan dengan ikan-ikan warna warni. First time nampak aku dah menggigil nak beli sebab cantik.muahahhaha. macam aku nak hisap botol. Geli perangai. Botol ni jenis PP sebab tu kaler dia macam putih sikit. RM44.90 
BPA FREE PP BOTTLE

CHICCO yang ni jenis PES bottle dan dia jenis plain nampak elegent je kan? Yang ni aku belikan untuk Aqil sebenarnya tapi disebabkan botol susu Aiman dah time nak kene lempar aku bagi je la Aiman pakai. Aqil kang ibu beli lain ek sebab Aqil dah ada botol lain. RM 43.90 BPA FREE PES BOTTLE


Botol susu atas ni jenis SAFETY PLUS. Aku ingat nak beli botol susu ni untuk Aqil. Tapi tak survey lagi harga dia. Aku suka sebab simple dan elegant. Senang cakap mata aku tengok berkenan la. Aku kalau dah berkenan buruk perangai malam tak boleh tido. muhahahahah 
BPA FREE PES BOTTLE.

Aku buat entry ni bukan nak bangga ke apa tapi sekadar untuk simpanan aku dan info tentang botol susu ni. Aku memang minat kumpul botol susu dan kalau dah minat tu orang cakap apa pun FEDULIKK!!

Pendapat aku semestinya kita nak yang terbaik untuk anak-anak kita kan? So apa salahnya melabur sikit untuk anak-anak of cos untuk keselamatan dia sebab sekarang ni wajib pakai botol yang BPA FREE. 

Pilihan terpulang la ikut kemampuan dan sekarang ni botol susu yang murah dan cantik pun banyak. Pesan aku basuh la botol susu guna cleanser yang sepatutnya macam aku guna PUREEN brand lain pun banyak juga.

Jangan la ko belasah anak ko minum air kopi pakai botol susu dengan syarat anak ko menyusu jugak. Heyyyy!!!Aku tak boleh ok. Ok sekian terima kasih entry botol susu.

Piece ~(^_^)v







P/s: Segala kekusutan dah terungkai dan aku pasrah dengan apa yang aku ada sekarang. Alhamdulillah syukur rezeki anak-anak.
Amin

Wednesday 15 February 2012

Rabu tanpa kata : Budak mucuk


Aqil mucuk







P/s : Betul rezeki aku takat tu je tapi aku rasa macam tak puas hati dengan pengiraan yang dibuat. uwaaaaaaa
Ya Allah permudahkan la segala urusan kami suami isteri


Tuesday 14 February 2012

Pertunangan SIL- Part 2

Haaaaaa amik ko masuk part 2 ni ko kene tabah sikit sebab banyak gambar-gambar yang merambangkan bijik mata. Sementara ada masa ni meh aku updet entry lelaju. muhahahahah

Bersedia untuk menatap foto-foto gediksss.....('',)V

Aqil dengan En Faizal. Seperti biasa muka En Faizal ko ni ketat tak reti senyum nasib baik anak3 semua ikut ibu dia peramah murah senyuman. muhahahahah.

En Faizal orang kuat masa majlis ni tukang angkat pinggan kotor...hahahahhah..Aku?? jap aku cerita kat bawah nanti. ^_^


 Adik ipar aku, Ajim.


 Aiman yang amik pic ni nasib boleh harap ok kepala mak ko kat atas tu terpotong sikit. cisss. Aku menjalankan tugas sebagai tukang amik gambar tak bertauliah sambil pegang aqil yang tak reti diam sambil amik gambar. adehh. Nasib gambar ok kalau tak potong gaji. heheheh. Ok la gambar ada kepala kira ok la tu tak cacat. muhehehehehehe. Baju aku yang tak menepati tema. :(






Penat ok aku melayan budak kecik ni meragam nak tidur sebab ramai orang dan panas. Aku pulak panas hati dengan Aiman & Ilman yang tak reti duduk diam menunjukkan bakat membuat kecoh kat majlis orang. Perghhh nasib majlis orang kalau majlis aku tak payah bayangkan aku jadik apa. Eh majlis apa lagi ek ko nak buat jangan nak buang tebiat. :) Ada tak orang nak buatkan majlis tuk aku majlis hari jadi tiup2 lilin nyanyi-nyanyi ok babai aku seram dengar sedar tahun ni aku sambut harijadi ke berapa....sob..sob...

Aqil memang jaki dengan Aiman ni kalau nak tau. Suka sangat menyakat adik ko ni tengok dia dah berbulu bila abang dia peluk. Tapi bila Aiman agah pandai pulak ketawa mengekek-ngekek. Ok emosi budak kecik memang tak stabil.

  Ni gambar dalam kereta puas aku nak tidokan dia bukak aircond kuat-kuat sampai aku yang mengokol kesejukan last-last tak tido jugak. Patah pinggang mak ko ni Aqil asik nak dukung je. Ok bulan depan nak massage.*tetiba*

  Cuba carik benda tersembunyi. ekekekeke.

 Piece atas bawah. caya la..muahahahha.

Kisah seluar Aiman ni ialah aku terlupa bawakkan tali pinggang dia. Anak bujang aku sorang ni tinggi ramping cam kerengga. Dah sepanjang hari asik pegang seluar dia nak terlondeh je. Kesian dia. Terbonjol-bonjol perut dia aku gulung seluar dia jangan kasik jatuh. :)



Aku salute anak3 aku ni bila pihak rombongan sampai diorang ni tidur. Wah berkepak mak ko ke sana ke mari jadik juru gambar. Lupa sekejap dah ada anak. Poyoss. T___T. Majlis pun mula agak lambat so dah penat memasing tunjuk skil melompat-lompat tak reti diam pandai plak amik port memasing nak tidur. Sumbat susu semua terbongkang.


 
Muka Ilman bangun tidur. mamai.

Ok disebabkan Aqil banyak dengan aku so gambar dia paling berlambak. sila tatap.




Geram tengok budak kecik ni walaupun anak sendiri hari-hari gomol dia. Perkataan yang dia boleh sebut "nanak, dah". kiut. *pangg*

Ok dah habis dah entry majlis tunang ni. tarik napas sekejap. Ok TATA.






P/s : Tengahari macam tak nak makan la. kenyang lagi. Kang pukul 3.15pm mula la geledah segala bekas carik makanan serdak pun jadik la. Sepak laju-laju.

~(^_^)V 

Piece
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...