Nuffnang

Tuesday 31 December 2013

Alhamdulillah selamat bersalin

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah saya telah selamat melahirkan baby girl pd 8.30pm 19/12/13.Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang mendoakan saya. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Melahirkannya sangat mudah sebab berat baby hanya 2.2kg je. 


Day 3


 
♥NUR ARISSA AFRINA BINTI MOHAMMAD FAIZAL♥


Syukur doa dan harapan yang tak putus2 kepada Allah akhirnya dimakbulkan. 
Kurniaan yang tidak ternilai dariNya.
Semoga Arissa menjadi anak yang solehah dan membesar dengan sihat.

-Susie-

p/s : pengalaman bersalin akan dicoret kemudian ye..ecehhh
baru nak tulis blog askar2 3 orang ni dah balik pulokk...ok tutup laptop skang!!
bye..hukhukhuk

Friday 6 December 2013

36 minggu mengandung

Arini genap kandungan aku berusia 36 minggu @ 9 bulan. Dup dap dup dap sebab dah kira menunggu hari la ni. Perasaan tak sabar tu memang ada tapi banyak lagi keje yang belum settle lagi.

Sebelum bersalin ni memang kene settle barang anak-anak sekolah dulu sebab due aku memang ngam2 budak naik sekolah. 

Insyaallah semoga dipermudahkan segalanya. Cuti 2 bulan nanti mayb aku banyak masa nak updet blog kan? Insyaallah aku cuba updet blog atleast seminggu skali..hahahha seminggu skali???

Mesti aku banyak nak pos gambar baby kan? so aku akan rajin updet blog...ekekekeke..

Ok la doakan aku selamat bersalin ye. Luv u all..muahhh


Saturday 19 October 2013

CeRiTa ReNcAm...

Salam
hai2 pelik ke tak aku updet blog...hahhahaha takla kan..ni kan blog aku tak kan orang lain plak nak hupdetkan???

Okla kali ni aku nak cerita rencam maksudnya campur2 la sebab dah lama sangat tak updet kan...

Ok sekarang cerita pasal aku dulu...ofcosla kan...hihihi. Skang aku dah masuk 29 minggu mengandung. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan aku semakin 'sihat' gamaknya...huhuhu...seram!!

Barang-barang baby aku dah beli dah tinggal nak beli jamu je dengan brg2 aku. Aku memang prepare sikit2 tak nak kelam-kabut nanti. Sebelum bersalin ni aku kena sediakan kelengkapan sekolah untuk thn depan siap2 sebab aku bersalin dijangka awal bulan Januari sedang budak nak naik sekolah kan?..ermmm banyak benda nak kena pikir ni..

Minggu ke 31 nanti nak scan 4D lagi sebelum bersalin. Yeayyy tak sabarnya!!!

sebelum solat raya..posing dulu....:)

Ok Hari Raya Aidiladha aritu aku balik rumah mak kat Lok Heng sebab adik2 aku yang lain tak balik diorang ada hal memasing. Cuti pun sehari je kan so macam hah!!! dah nak balik rumah dah?? ermmm sangat la sekejapan.. -_-








Gambar ni masa Hari sukan olahraga sekolah Aiman. Aku memang tak tau cerita yang dia masuk sukan wakil rumah dia Rumah Intelek (Merah). Aiman ni peel dia benda penting pun dia buat selamba je. Petang Jumaat dia bagtau En Faizal dia ada lumba lari esok kena datang (Sabtu). 

Memula aku malas nak ambik pusing sebab surat tak ada so aku eh ye ke ni?? ntah sabtu bila ntah ni buatnya. Malam tu siap pergi Giant langsung tak hirau pasal Aiman kata ada sukan. En Faizal ko dah berbunyi2 cakap pasal ni. Aku pun rasa tak sedap hati aku call cikgu kelas dia. Rupanya betul esok pepagi buta kena hantar pergi Stadium Educity, Nusajaya. 


Geram aku dah sebab memang benda tak plan kan?? En Faizal keje pagi soknya makanya aku la yang kena hantar Aiman!! Memula aku suruh cikgu dia je bawak pergi stadium sebab aku nak kena jaga Ilman dengan Aqil tapi En Faizal suruh jugak aku pergi stadium tu..Helllooooo senang betul kan???Grrr


Dipendekkan cerita aku hantar Aqil ke taska aku bawak Ilman je. Pergi follow cikgu dia. Lantakla tebal muka. Aku ingat tengahri dah settle dengan tak sempat sarap lagi rupa2nya sampai pukul 3pm ko...rentung gigil aku dibuatnya dengan panas dan laparnya. Lain kali memang aku suruh En Faizal la pergi..aku xkoseee sebab tak suka buat keje tak plan ni.

Aiman masuk 2 acara 100M dan 4x400M. Alhamdulillah dia menang no 2 yang berkumpulan tu. Berbaloi gakla aku tunggu sampai petang. Tak padan buyong terlompat2 aku tepi padang kemain eksaited anak lari...hahahhaa..

Apapun anak3 buat aku tetap sokong sepenuh hati walaupun bebel2 hahahah anak ko sape la tak sayang kan????

Thursday 19 September 2013

Perkembangan terkini...


Hai
Salam

Bersiaran lagi kita ye..hehheh walaupun sebulan sekali..ni pun update pakai phone je.. >_<
Ok skang kandungan aku masuk 24 minggu 3 hari. Setakat ni alhamdulillah aku dan baby sihat2 je. Arini aku pergi minum air gula untuk kali yg ke 2. erkkk.. tobatla pasni klu kne minum lg mmg aku xnak!! Kang dibuatnya xde kencing manis trus ada kang...huh

Nurse cakap skang umur 25 thn ke atas klu mengandung mmg wajib minum air gula sebab skang ni yg xde keturunan kencing manis pn bleh ada kencing manis. Mungkin faktor pemakanan kot. Harap2 aku ok la.

Ok aku dah scan baby so far dah 2x yg betul2 nak tahu jantina. hehehe..1st masa 23 minggu. Aku buat scan 2D dan 4D. Dr Kata scan 2D untuk tgk jantina sebab lg jelas dan 4D untuk tgk muka dia. 

Kali kedua td pas minum air gula ajak En Faizal pergi klinik yg biasa aku pergi. Dr mmg dah kenal aku dan semua anak3 aku scan dengan dia so rasa tak lengkap plak klu tak pergi jumpa dia. So far keputusan jantina sama antara dua doktor tu. Alhamdulillah.

scan 4D alololoo comelnya anak ibu...xsabo nak jumpa awak :)

Jantina apa??hehehehe nnt aku bgtau kemudian la..surprise sikit ye dak?? ;)
Ok bila dah tau jantina tu ermm excited la nak beli brg2 dia kan??..mggu depan ada Baby Fair plak tu mmg masa yg sesuai la.. ekekeke

Aku ingat nak prepare awal brg2 baby ngan bersalin sebab aku takut aku tak larat bila buat last2 minute.. skang ni pn klu ikutkan mmg tak larat dah. huhuhu tapi gagahkan jugak. 

Okla nnt cerita lagi ek..update pakai phone ni tgn cepat kebas..huhu..pastu asik typo..maklumla jari dah buntal...ekekeke

salam sayang..
susie

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday 3 September 2013

Gambar-gambar Raya 2013

Baru nak masukkan gambar raya padahal Jumaat ni dah last raya..hahahah ok la buat tatapan semua (sape ntah nak tgk gambo ko...muhahahahha)


Ok jom!!



































kemain gemuk muka aku...pipi ngan leher dah bercantum..:(

Koleksi gambar tahun ni memang tak banyak kan sebab aku malas naksnap gambar. JAdikla daripada tak ada langsung..ekekekeke...

Ok janji tahun depan aku tak malas dah...miahahhaha..


Thursday 29 August 2013

Selamat Hari Raya

Lamanya rasa tak updet kan?? memang lama pun...rasanya dah sebulan lebih kot tak berupdet blog ni. Bukan lupa ke apa tapi maklumla aku di fasa malas sekarang ni walaupun dalam hati rasa rindu sangat2 kat blog ni...tskkk...tskkk..

Rasanya masih lom terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Tahun ni aku sambut raya ala kadar je. Baju raya pun aku tak beli tahun ni. Anak3 ngan En Faizal je la. Ntah la pembawakan budak kot aku memang tak suka beli baju masa pregnant kali ni. Nasibla baju budak3 aritu ada yang dah beli awal2. 

Cerita pasal pregnant lak, aku dah masuk 22 minggu. Sekejap je kan rasa. Due aku 4/1/2013. Kali mengandung aku asik selsema dan batuk. Boleh dikatakan kerap sangat2. Paling tak tahan bila batuk menyerang, keras2 perut aku kesian baby kat dalam ni. Malam memang menjadi batuk aku. Pregnant tak boleh makan ubat so aku tahan je la. 

Aku lom scan bebetul lagi nak tau jantina. Ingat nak pergi masa 24 minggu nanti dah genap 6 bulan kan, tapi skang ni pun dah tak sabar nakscan dah..huhuhu...berdebar2 pun ada gak ni. Aku redha je la skang ni. Bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan, walaupun masih berharap baby adalah GIRL. Doakan aku ek.

BArang-barang baby satu apa pun tak beli lagi. Tunggu pas dah tau jantina je nanti. Kalau boy pakai je la baju abang3 ek. Kalau girl kenela beli baru tuk dia. :) excaited...

Ok la. nnt cerita lagi. Gambar raya kendian2 aku masukkan ek.

bye.



Friday 12 July 2013

Selamat Berpuasa 2013

Salam Ramadhan.

Lama rasanya aku tak bukak blog, bukan apa malas sikit..miahahahha...pembawakan kot. Minggu ni aku  pregnant  masuk 15 minggu. Alhamdulillah alahan memang dah tak ada la. Makan makin berselera. hahah. Berat badan pun makin naik mendadak. ayoooo

Ramadhan ni kali kedua aku berpuasa dalam keadaan pregnant. Pertama masa pregnantkan Aqil. Kedua yang ni la. Alhamdulillah setakat 3 hari ni aku masih larat berpuasa. Harap2 terus kekal sampai 30 hari nanti. Insyaallah.

Cuma hari pertama puasa tu je bila petang aku dah start sakit kepala. Alhamdulillah tak ada apa2 memula agaknya ek terperanjat jap baby. Tapi memang dah pesan kat dia Ibu nak puasa. :)

Aiman Fikry Alhamdulillah masih puasa lagi belum ponteng. Aku harap dia dapat puasa penuh lagi tahun ni. Ilman plak ajar puasa pukul 10am dah meleleh air mata nak makan. Ermmm. sokati la nak.

Puasa kali ni aku kurang nak makan makanan bazar. Aku singgah jugak balik keje sebab nak belikan Aiman makanan yang dia suka. Berkorban untuk anak berpuasa kan.Sebab perut aku skang ni nasik je boleh isi. Kalau yang lain2 tu agak tak minat. Balik rumah aku akan masak yangsimple2 untuk aku dan En Faizal. Dapat makan masakan sendiri rasanya lebih puas dan mengenyangkan walaupun hanya sayur kangkung goreng dengan ikan goreng. :)



Masa ni on the way balik umah mak nak sambut puasa sama2. Budak kecik ni skang kalau nak amik gambar dia kemain payah. Rambut pun jadikla. hahahahah hambekkk..rambut serabut bergulung.

Lauk berpuaka puasa pertama kat rumah mak. Biasala bila balik umah mak je makan sedap2 la. request je dapat. Atas tu ikan merah masak asam pedas, mee kuah sayur ikan masak kicap dengan ayam goreng. Sedap betul.





Haaaa ni lauk aku semalam...hahahahah kangkung goreng dengan ikan merah goreng tambah 2x. hahahahah...rasa macam sedap sangat bandingkan makanan kat bazar tu. En Faizal pun suka lauk simple2 ni laju je dia makan. Selain tu leh gak berjimat. mihmihihmih.. Arini tak tau nak masak apa plak balik baru pikir. Lauk aku simple2 je lauk kenduri memang tak wujud. hahahha

Ok la tu je nak cerita ada cerita best aku updet ek. Bye


Saturday 22 June 2013

-- FEELING DOWN --

-pic google-


Terasa bila diri dianggap useless dan membazir...
Kecewa bila segala usaha tidak nampak...
Hanya sebab nila setitik rosak susu sebelanga???
Baru sekarang harus kau sedar -_-

Anasir yang cuba memburukkan aku..
Tuhan Itu Maha Kaya dan Tahu..
Manusia itu tidak sempurna adanya --
Menghukum aku sebegitu rupa :(

Keji!!

Diri yang membuat cerita itu
Penuh dosa lampau sesama manusia
Mampukah kau mohon ampun pada semua???
Tepuk dada tanya Iman di dada..
Antara kau dan mereka..

Hanya Allah tempat mengadu..
Setulus hati melepas syahdu..
Andai ini dugaanku..
Mohon ada hikmah padaku..
 
Subhanallah Maha Suci Allah..
Tuhan yang mengetahui segalanya...
Hatiku semakin lega...
Hilang sedikit duka...

-Susie-


p/s : pregnant kali ni aku sangat2 sensitif... :(
lega dapat luahkan kat sini..








Friday 14 June 2013

Pregnancy 4th : 11 weeks

Salam

Skang ni updet blog pun macam nak tak nak je kan?? Aku mengandung kali ni memang 'M' betul.. adoii la.. kalau boleh nak baring je golek2. Aku harap awal2 ni je kot ek. Kang malas secara berterusan kang susah gak tapi aku tak ikutkan sangat la malas tu sebab aku kan keje pastu kesiankan anak3. Skang ni pun En Faizal memang banyak sangat tolong aku uruskan anak3. Bersyukur sangat ada En Faizal.

Isnin lepas aku ada scan baby untuk pertama kalinya. Bukan apa nak tau keadaan baby skang ni ok ke tak. Alhamdulillah Dr Anizah kata sihat dan cantik je bentuk dia. Bila scan aritu memang dah nampak jelas baby dalam kantung. Degupan jantung pun ok berkelip2 En Faizal kata. :)

Walaupun ini anak ke 4 kami tapi kitorang still rasa teruja sangat. En Faizal pun happy je. Alhamdulillah kami memang sukakan budak2. 

Baby masa ni 10 weeks & 4 days. :) Due : 2/1/2014



Nampak jelas kan?  Skang ni aku dah masuk 11 weeks. Masa scan aritu due makin cepat sebab ikut ukuran kepala baby. Aku pun skang ni memang kuat makan sebab tak nak perut kosong sebab nanti rasa nak muntah. Aku start je petang perut akan kembung dan buang2 angin. Kalau pagi ok plak. Ok setiap anak lain2 ek?

Demi untuk baby tak pela ibu sanggup cuma tak tau la nanti boleh puasa ke tak. Bulan puasa dah nak dekat ni risau gak aku. Harap2 aku boleh puasa la. Masa Aqil dulu aku puasa penuh sebab dah 6 bulan. Ni baru 3 bulan tak berani nak cakap dulu. Cuba baru tau. 

Doakan aku dan baby sihat ek.


Info: 
 
Minggu 11 

Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm.

Tubuh anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.

sumber : Gugel



Wednesday 5 June 2013

I'm Pregnant...Alhamdulillah

Salam

*tarik napas hembussssssss*

Ye aku pregnant lagi...hahhhahah gila gelojoh...wakakakakak...cuba teka anak no bape ni?? kalau betul aku clap hand je. Anak no 4 uolllssss...hahahhaa... Aku memang plan nak preggy tahun sebab Aqil pun dah 2 tahun 5 bulan so aku rasa dia yang jarak paling lama tuk dapat adik...ahahahhaha...bagi can sikit..

Aku dah cakap dengan En Faizal aku nak rehat awal sebab umur aku pun dah 31 tahun tahun ni. Aku malas kang dah tua2 nak kena buat kad merah lagi..huh xkose!!..

Aku plan awal bulan 4 aritu tak sangka terus tak period hujung bulan 4. Aku ada rasa sakit2 kat ari2 tu biasa cam orang nak period tapi bila time dia tak keluar. Period aku memang tetap sangat2 so aku memang dah kompom la aku pregnant. Masa Aqil dulu aku lambat 4 hari je testing kit tu dah terang benderang double line dia. Memang tak de la samar2.  Ok yang ni aku tunggu dalam 2 minggu gitu baru aku pergi klinik cek. Jumpa Dr Anizah sebab dah biasa dengan dia. Ofkoss pergi dengan ayah baby...opsss lom tau lagi..jap2...

TARAAAA!!!!


Kemain terang benderang lagi kan..tak sampai soploh saat kot dia dah appear camni...Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Syukur sangat2. En Faizal suka. Dia mana tak suka semua suka...hahahhaha...Masa ni dah 6 minggu. Due 3/1/2014. Harap2 ikut tarikh tu la sebab kalau bulan 12 cam muda sangatkan? Bulan satu sama dengan Aqil so nanti sambut besday senang sekali harungje hahhaha. Apa-apa pun aku harap baby sihat sampai 40 minggu nanti dan semoga segalanya dipermudahkan. Amin.

Kebetulan aku pregnant kali saing dengan adik akuyang baru kawen bulan 12 aritu. tapi adik aku awal 2 minggu dari aku. dia due 22/12/2013. Kesian mak aku nanti kene jaga kami. 

Tapi aku rasa aku macam nak pantang sendiri la kali ni. Memandangkan anak ke 4 kan..aku cuba la. Mungkin dalam seminggu dua je kat umah mak pastu aku balik umah sendiri. Dah bincang dah dengan En Faizal. Huh kemain exsaited ek dah bincang segala. Aiman dan Ilman pun dah sekolah kesian pulak nak tinggal camtu je.

Aku belum scan lagi kad merah cadangnya nak buat masa 4 bulan nnt...skang ni dah 10 minggu. Tengokla minggu depan kot baru nak scan. Harap2 semuanya ok.

Mabuk???

Camne nak cakap ek? Aku tak de la kata mabuk tu muntah2 doplohpatjam. Muntah baru sekali kot sebab perut kosong malam tu tak makan. Muntah kuning yang pahit tu..eeeeuueewwww... Aku cuma tak sedap tekak. tekak doplohpatjam rasa tawar je cam tekak orang demam. Perut tak boleh kosong sentiasa nak makan. Badan aku dah naik hokeyyyy..kawan2 dah ramai tegur. Pengsan!!

Aku ada amik supplement Shaklee. Alhamdulillah badan tu letih la tapi tak la teruk sangat. Cuma malam je aku terus flat. Kalau dah baring tu jgn mimpi aku nak bangun lagi. Kesian gak kat anak2. Kalau En Faizal keje siang memang malam tu semua dia yang urus. Kalau dia keje malam tu yang sengsara sikit. uwaaaaaaaaa...bersyukur En Faizal sangat2 memahami.

Ok sambung lagi ye nanti doakan kesihatan aku dan baby.

Wasalam.




Tuesday 4 June 2013

Our Anniversary - 8 years...thumbs up!!


Pos at Fb : 

4/6/2013 adalah anniversary kami yang ke 8 tahun..pahit manis telah kami lalui sepanjang tempoh itu..semoga kami lebih tabah menghadapi apa jua selepas ini...bahagia membesarkan anak depan mata adalah nikmat terindah buat kami..semoga hubungan ini sentiasa mendapat rahmat & keberkatan dari Allah sampai bila-bila..

p/s: ingat x yang!!

Semalam En Faizal keje malam...aku tengok dia senyap je tak cakap apa2 balik pagi tadi...takpe aku tunggu...Aku nak pegi keje tadi aku tanya "eh tak ingat ke hari ni hari apa??..En Faizal "eleh ingatla...sapa lupa?? eleh cover2 la tu...huh

Ayang meh sini sikit nak bisik kat telinga " Yang Jusco tengah SALE ni tak nak bawak ayang pegi sana ke? soploh minit je dari umah kita"..miahahhahaha...Aku tunggu sampai dia off sanggup aku mintak cuti tau..kahkahkahkah..

Anyway sangat bahagia dengan En Faizal selama 8 thn berkongsi hidup dan memiliki cahayamata yang comel2...Alhamdulillah susah senang kami harungi bersama..takat bercekau tu perkara biasa...hahahahha

Tips : Terima pasangan kita tu seadanya sedangkan kita pun bukan sesempurna mana...Insyaallah...(^_^)v



Friday 17 May 2013

Happy Birthday Aiman Fikry 7 Thn..

Salam...

Hai nak kabor anak bujang dan umur 7 tahun 12/5/2013 aritu. Sekejap je rasa Aiman dah 7thn. Biasala aku akan beli kek dan makan2 kat rumah je. Lebih jimat. Diorang makan banyak mana la sangat. Kek pun sampai sekarang ni pun ada lg.
-_-


status Facebook : 
"arini 12/5/13 birthday Muhammad Aiman Fikry yg ke 7 thn. Cepat betul masa berlalu..anak ibu dah bujang..Semoga menjadi anak yang soleh dan abg yang baik pada adik2 ye.. pastu kurangkan sikit asik nak menyakat adik tu pening pale ibu tgk...Ibu, Ayah, Ilman & Aqil sayang abg sangat2. Love u so much dear ♥♡♥♡"


Balik mengaji je trus potong kek...Hensem anak ibu. :)

Budak kecik baju hijau tu yang paling hober...ko tengok mulut dia yang muncung tu pun dah tau dia nak buat apa...hahahah

Selera makan ye Yang...ekekekke

Budak nyomot...







Budak ni kan memang tau...





Hensem Boy ibu...Muahhh

Happy Birthday Aiman Fikry yang ke 7 . Semoga abang menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawab. Kami semua sayang abang sangat-sangat. Belajar rajin2 sungguh2 tau. Dah banyak duit nnt boleh beli Ipad sendiri..ekekkekeke...


P/s : Setiap hari menabung sebab dia nak beli Ipad katanya..kalau dia lupa aku menjerit ingatkan "Ibu xnak tambah tau kalau duit xcukup nak beli Ipad, nanti ibu belikan kalkulator je"..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...