Nuffnang

Showing posts with label Borak kosong. Show all posts
Showing posts with label Borak kosong. Show all posts

Saturday, 19 October 2013

CeRiTa ReNcAm...

Salam
hai2 pelik ke tak aku updet blog...hahhahaha takla kan..ni kan blog aku tak kan orang lain plak nak hupdetkan???

Okla kali ni aku nak cerita rencam maksudnya campur2 la sebab dah lama sangat tak updet kan...

Ok sekarang cerita pasal aku dulu...ofcosla kan...hihihi. Skang aku dah masuk 29 minggu mengandung. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan aku semakin 'sihat' gamaknya...huhuhu...seram!!

Barang-barang baby aku dah beli dah tinggal nak beli jamu je dengan brg2 aku. Aku memang prepare sikit2 tak nak kelam-kabut nanti. Sebelum bersalin ni aku kena sediakan kelengkapan sekolah untuk thn depan siap2 sebab aku bersalin dijangka awal bulan Januari sedang budak nak naik sekolah kan?..ermmm banyak benda nak kena pikir ni..

Minggu ke 31 nanti nak scan 4D lagi sebelum bersalin. Yeayyy tak sabarnya!!!

sebelum solat raya..posing dulu....:)

Ok Hari Raya Aidiladha aritu aku balik rumah mak kat Lok Heng sebab adik2 aku yang lain tak balik diorang ada hal memasing. Cuti pun sehari je kan so macam hah!!! dah nak balik rumah dah?? ermmm sangat la sekejapan.. -_-








Gambar ni masa Hari sukan olahraga sekolah Aiman. Aku memang tak tau cerita yang dia masuk sukan wakil rumah dia Rumah Intelek (Merah). Aiman ni peel dia benda penting pun dia buat selamba je. Petang Jumaat dia bagtau En Faizal dia ada lumba lari esok kena datang (Sabtu). 

Memula aku malas nak ambik pusing sebab surat tak ada so aku eh ye ke ni?? ntah sabtu bila ntah ni buatnya. Malam tu siap pergi Giant langsung tak hirau pasal Aiman kata ada sukan. En Faizal ko dah berbunyi2 cakap pasal ni. Aku pun rasa tak sedap hati aku call cikgu kelas dia. Rupanya betul esok pepagi buta kena hantar pergi Stadium Educity, Nusajaya. 


Geram aku dah sebab memang benda tak plan kan?? En Faizal keje pagi soknya makanya aku la yang kena hantar Aiman!! Memula aku suruh cikgu dia je bawak pergi stadium sebab aku nak kena jaga Ilman dengan Aqil tapi En Faizal suruh jugak aku pergi stadium tu..Helllooooo senang betul kan???Grrr


Dipendekkan cerita aku hantar Aqil ke taska aku bawak Ilman je. Pergi follow cikgu dia. Lantakla tebal muka. Aku ingat tengahri dah settle dengan tak sempat sarap lagi rupa2nya sampai pukul 3pm ko...rentung gigil aku dibuatnya dengan panas dan laparnya. Lain kali memang aku suruh En Faizal la pergi..aku xkoseee sebab tak suka buat keje tak plan ni.

Aiman masuk 2 acara 100M dan 4x400M. Alhamdulillah dia menang no 2 yang berkumpulan tu. Berbaloi gakla aku tunggu sampai petang. Tak padan buyong terlompat2 aku tepi padang kemain eksaited anak lari...hahahhaa..

Apapun anak3 buat aku tetap sokong sepenuh hati walaupun bebel2 hahahah anak ko sape la tak sayang kan????

Tuesday, 7 May 2013

saya melaporkan...

salam

Lamanya tak updet blog kan? Maafkanla aku sebab sekarang mood malas sedang melanda. :(
Aku sekarang ni tengah mengantuk tahap kritikal ni, ntah la sejak2 ni kalau pukul 10.30am je aku akan rasa mengantuk yang amat sangat. hoiiii...plisss la mata. Rasa cam di awang-awangan je berdenyut2 pale aku tahan ngantuk ni...

comelnya lahai!!! ngantuk terus segar bugar mata aku tgk gambar ni..

Ok marila kita berbual2 ek..ermmm sejak dua tiga hari ni cam takut nak bukak FB yela sebelum pilihanraya sampai la keluar keputusan bahangnya masih terasa lagi. Memasing mengeluarkan hujah memasing pertahankan pahaman politik memasing. Ok pada aku tak salah kalau ko sokong parti ni aku sokong parti ni tapi plisss la jangan berbalah dan bergaduh sesama sendiri yang lagi sedih ialah sesama bangsa melayu ok!!.
Bila kita sesama melayu dah camni memang bangsa lain tepuk tangan ketawa dekah2 sebab matlamat diorang dah tercapai nak memecah belahkan bangsa Melayu. Ingat tu!!!

Aku dah mengundi untuk kali 2 alhamdulillah dah menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara. En Faizal ko jangan ikut dah tua2 tak daftar mengundi lagi. Dah berbuih aku membebel tak dilayannya. Sokati ko la.

Ok minggu ni Aiman periksa pertengahan tahun sekolah agama start arini. Bila aku pesan buat betul2 dia kata tulisan dia tak lawa dia tak paham susah..banyak sangat alasan. Ok tengok jela result camner nanti. Malas nak bebel banyak2 sebab dulu aku pun darjah satu tak sekolah agama lagi lagila tulis jawi langsung tak tau. hahahhah.

Aku tengah berdebar ni menunggu satu berita gembira. Tapi tak tau lagi kesahihannya tapi aku rasa memang ye. Insyaallah doakan yang baik2 untuk aku ye. Nanti dah buat ujian aku bagitau kat blog. Dup dap dup dap..

Bye.




Wednesday, 27 February 2013

Flu

salam

Aku tak bape nak sihat ni..selsema ngan sakit gigi. Selseme baru nak start dari pagi sampai la ni asik syrooot syrettt....berdengung dah telinga ni. Sejak2 ni kerap betul kene selsema antibodi lemah kot ke mmg aku ni jenis tak tahan aircond. Kat opis aku ni lobang aircond bebetul atas kepala aku ni ha..dah tutup rapat pun still gigil lagi...>_<

Pic ni edit pakai camera360 android..best betul nampak lebih jelita dari biasa...muahahahahha..sila muntah hijo..


Sakit gigi plak sejak 2 3 hari yang lepas. Aku tak pernah kene sakit gigi selama hidup ni aku rasa ni la pestaim kene. Sakit yang leh handle lagi la lom tahap ko guling2..tapi tak selesa dan berdenyut2 sampai pening2 kepala. Aku nak je jumpa dentist tp seram..-_-

Kepala dah mula melayang2 sebab pening ke aku penat ulang alik toilet hembus hingus..ngantuk pun ye ni..
Badan pun letih2mayba nak datang bulan esok..eh dah tau ok sebab memang tepat aku kan merancang so leh tau la bila dia nak kluar. senang kan??

Makan pun tadi aku sekali harung bekfes ngan lunch sekali. Makan nasik goreng ngan paru ngan ayam. Hamboii kemain selera ko ek..hihihi..Sejak menjak ni aku malas nak kluar makan lunch lebih suka duduk kat opis je pastu balik rumah menggelupur kelaparan..bagus betul. T_______T

Malam tadi mak call bgtau jiran meninggal. Aku ni tengah suap budak2 makan terus je sakit kepala sebab maybe terperanjat. Memang jiran aku tu ada leukimia tp dia meninggal kat umah. Kiranya cam mendadak la jugak. Bila dah ajal tak lambat dan tak cepat walau sesaat. Al fatihah buat arwah.

ni lauk malam tadi aku masak..balik ni tinggal panaskan je asam pedas ayam tu..


Balik ni aku dah tak yah pening2 nak masak sebab semalam masak asam pedas ayam ada lagi tinggal masak nasik ngan panaskan lauk je pastu En Faizal  suh goreng telur dadar je. Baik boss!!

Ok tu je nak cerita babai.











Wednesday, 1 August 2012

Words

Salam

Biasala bila perut kenyang hati senang mata macam nak tertutup je. Aku buka biasa-biasa je arini. Masak 1 lauk pastu tadi dapat bubur lambuk free. Alhamdulillah.

Aku dah tergolek depan tv ni layan mata ngantuk. Aiman aku suruh baca buku 5 min je paling lama. Aku nak jerit pun dah tak daya. Tak apa bagi lemak dia naik dulu baru basuh. Kesian dia puasa letih tu. Ilman memang tak ada lain la katun doplohpat jam. Jelak aku tengok aku punya ambik pakej astro tu kemain banyak siaran boleh dikira dengan jari bape banyak aku tengok. Abistu asik la katun memanjang. Bila kat opis kengkawan cerita pasal hiburan ke hape ke hampeh aku tak tau macamla aku ni duduk dalam gua batu. Sedeh.

Aqil plak sekarang ni makin banyak karenah dia. Kalau dia nak sesuatu tu tak dapat memang bergulung la dia atas lantai kalis pujuk punya. Kadang aku tak kose aku biar je. Kang dah ok dia carik aku gak.

Words yang dia dah boleh sebut banyak gak " nak, ayah, kuting (kucing), air, atuk,nenek,nacik (nasik), dah"..yang lain tu tak ingat tapi yang selalu dia sebut tu la. Kalau nak buat ayat penyata tu belum lagila.hahhaah

Aku updet ni sambil baring tak boleh handle ok mata aku ni tau-tau dah pejam je. -_-

Bulan puasa memang selalu tidur awal sebab keletihan. Bangun pagi nak sahur lagi. Pada aku sahur wajib sebab Aiman puasa mesti nak kene makan nasik. Aku pun sama. Aku tak adala style sahur just minum air masak je secawan. Huh mau berpintal perut aku esok paginya. >_<

GOOD NIGHT

Piece ^_^v

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, 7 May 2012

helllooooo..hellloooo..


Salam,

Hai lama dah rasa tak updet blog ni bukan apa agak sibuk sikit dengan kerja-kerja opis ngan kerja menguruskan anak3. Memang kadang tu nak sangat updet blog tiap-tiap hari non stop sampai kematu jari tapi apakan daya komitmen yang lebih penting perlu diutamakan.

Pada aku kerja dan keluarga lebih penting dari segala-galanya. Blog pun penting dan kesayangan jugak tapi maybe no 3 penting la. Gitu. Anyway blog tetap kesayangan tuan punya okeh. Reader aku jangan salah sangka tau. Tetapla memberi sokongan padu pada aku ye sebab aku sangat-sangat memerlukannya. Eh ade ke reader blog aku ni??ngeeeeee..>_<

Insyaallah ada bahan untuk aku kongsi pastinya aku akan tulis kat blog. Dun worry k!!
1 Mei semalam korang jalan mana ek? Aku cuti empat hari sebab Isnin aku sambung amik cuti so panjang la sikit duk umah tu. Heheheh. Isnin tu aku pergi tengok wayang dengan En Faizal sebab kebetulan memang dia off aritu. Bukan senang nak dapat cuti sama dengan dia tau mengalahkan Perdana Menteri nyampah…

Kami tengok cerita The Avengers. Fuyyooo sangat best itu cerita macam nak tengok wayang sekali cerita yang sama. Ok la anak pun boleh bawak sebab cerita tu bukan 18SX..hehehhe sesuai untuk semua golongan. Terlupa sekejap yang kami ada anak 3 punya la jakun jarang dapat kuar sama-sama. T___________T

Tetiba balik tu terlepas cakap dengan Aiman yang kami pergi tengok wayang. Oh dia sangat jeles sampai bergenang airmata. Ngehehehhe. Pastu mulut dia doplohpat jam tak berhenti cakap nak tengok wayang jugak. Ok..ok…nanti kita pergi lagi…ntah bila…bhahahhaha.

 Sampai keluar Jusco masih meleleh air mata...ngeee hilang encem...huh

Semalam aku dengan En Faizal bawak anak3 jalan-jalan punyala ramai orang sesak sangat-sangat cari parking pun hamper nak giveup. Huh aku kan rimas reramai sangat orang ni. En Faizal ko bawak budak-budak masuk TOY ‘R’ US. Memang penyakit okeh nukan Ilman & Aqil tapi Aiman. Dia mengaruk nak menan. Malas nak layan aku ajak En Faizal balik. Sebenarnya kami sedang berfikir-fikir nak belikan dia hadiah besday bulan ni tapi tak de keputusan lagi nak beli apa. -_-

 ni la budak yang hilang tu buat aku kering darah je..>_<
 
Balik singgah pulak Pasar Malam sebab aku malas masak. Aku memang hangin Ilman hilang lagi padahal En Faizal ko kata dia dah pimpin dia. Aku memang terus takde mood okeh nak beli makanan nasib baik sempat beli kebab. Kami berpecah aku carik belah sana En Faizal carik belah sinun. Last-last aku jumpa dia dah kene kerumun dengan orang ramai sebab dia melalak kuat. Ada pulak aku dengar penjual kat situ menjerit “ Dah tak sayang anak ke oiiiiiiiiii” Helloooooo bukan aku tak sayang anak okehhh binatang pun sayang anak. Kalau tak sayang dari kecik aku dah buang. Cakap tak pakai otak benci aku. >_<

Menggigil kepala lutut aku jangan nak cakap terus aku rentap tangan dia terus ajak balik. Aku diam sepanjang jalan tak nak cakap. Meroyan aku. Kalau boleh tak nak pikir lagi. Mwmang serik la akunak ajak budak3 pergi tempat yang reramai orang ni. Jangan salahkan ibu korang ni kalau korang tak pernah nak ajak pergi pasar malam..hahahahhahah. kejam.

Sangat geram ini budak kecik sebab masa ni dia dah gigit aku sebanyak 3 das sekali gus..berlebam-lebam badan mak ko Qil...

Ok aku dah habis meroyan. Babai.



Piece ~(^_^)v







P/s : Niat dihati  nak selalu updet blog tapi apakan daya...hukhukhuk


Thursday, 19 April 2012

Lawa kan bunga??

 Cantik kan bunga ros atas ni, gambar ni aku amik masa cousin aku kat Segamat tu kawen. Sirih junjung sekarang bukan main vogue kan. Daun sirih ntah bape helai je bunga ros yang gojes-gojes tu yang dah gila kuasa. Dah moden semua orang nak yang ringkas tapi menawan kan?? ^_^

Zaman aku dulu kus semangat dia punya sirih junjung bersusun dari bawah ke atas cam menara sebab nak nampak dia tu sebenarnya sirih junjung punya pasal.bhahahahaha. Bunga dia sikit je buat syarat tapi sekarang!!!! bunga merimbun ko. Untungla tak payah sibuk-sibuk nak carik daun sireh sebakul. Dulu masa aku aku perintah adik aku je suruh petik daun sireh umah jiran satu-satu. Aku??? aku kan perantin mana boleh petik-petik ni...muhahahaha keji..

Korang kan tau kan aku ni jiwa sentimentel, hati tisu, suka yang bunga kat umah pun ada pokok bunga muhahahah, suka yang cantik-cantik la senang cakap so aku dah bermimpi nak letak bunga hidup sebagai hiasan di rumah. Nampak sweet je rumah romantik je dengan En Faizal ko candle light dinner pun menawan (erk cam tercekik tulang ikan pulak)

 Aku : Yang nak letak bunga hidup buat hiasan kat meja makan lawa kan?
En Faizal : Boleh jugak. lawa-lawa
Aku : Ayang kene carik pasu kaca pastu barula pilih bunga, nak letak atas meja makan, tepi tv atas meja telepon
En Faizal : Ermmm kalau berderai ke bunga tinggal tangkai je jangan nak mengamuk-ngamuk pastu ek..
Aku : (semangat tu dari 10 turun ke  0) nyampah tau....uwaaaaaaa betul jugak


Maybe bila anak-anak dah besar sikit boleh la aku nak melaram rumah cantik-cantik sikit. Masa tu suka hati anak tekak aku la nak buat apa pun. Sape usik memang aku karate je. ^_^

Wei aku pernah buat la letak pasu kat atas meja tu dengan letak bunga hidup Aiman & Ilman tak usik ko..diorang tak berminat gaknya bunga-bunga ni. Tapi sekarang ada Aqil budak kecik tu pulak dah tak reti diam. uwaaaaaa terbantut lagi la nampaknya.

Kang dah beli pasu memahal tup-tup sompek jatuh mau murung aku seminggu tak bercakap. kahkahkahkahkah..T_____T

Piece~(^_^)v









P/s : Alhamdulillah harini dah masuk hari ke 4 berpuasa. Esok cuti la sebab ada orang nak banje makan bekpes. lalalalla.

Friday, 6 April 2012

I need Massage...

Sakit badan la. Sebelah kanan badan aku ni rasa macam sakit je tak tau samada salah urat ke urat kejang ke salah bantal ke. Sampai tak selesa nak buat keje sebab sakit. Aku nak berurut tapi kat area rumah aku ni aku tak tau sape yang boleh urut badan. Biasa aku kalau nak urut aku balik umah mak je. 

Last aku dukung Aqil pakai baby carrier tu hari Selasa. Lepas je aku pakai tu leher aku terus rasa tegang macam nak krem. Bukan tak boleh dukung dia tanpa carrier tu tapi bila aku dukung pakai tangan je dia mengeletik tak reti diam okehh. Budak dah pandai jalan so berlagak tak nak berdukung tapi bila pakai carrier tu dia senyap je aku pulak tak tahan sakit bahu. Ermmm >_<

Aku memang biasa berurut at lease sebulan sekali la. Ye la aku ni kan banyak bergerak masa kat opis, balik rumah urus family pulak so badan aku ni kene massage untuk betulkan struktur urat aku yang bersimpul-simpul tu tau. T__T

Pada aku kita orang perempuan ni memang keje jaga kesihatan luar dan dalam. Luaran ni macam berurut la. Aku kalau suruh berurut memang tak tolak suka sangat sebab arghhhhh leganya badan aku yang sengal-sengal ni. Pelik aku dengan orang yang akut berurut ni. Memang la sakit tapi bagus untuk kesihatan. Lancarkan perjalanan darah ko yang tersumbat betulkan urat yang bersimpul. Aku macam dah addict dengan berurut ni okeh. Kalau tak buat macam serba tak kena je. Lemah je badan ni. >_<

En Faizal ko kalau suruh urut mau nak bergaduh aku dengan dia. Liat sangat aku nak je seret hah pakcik urut badan dia ni sampai lumat. Dia dah la keje lasak bawak kren so badan ko tu perlu massage okeh. Dia kata sakit la, geli la banyak alasan. Grrrgrrr.

Hari Selasa lepas aku urutkan Aiman Fikry sebab dia demam tapi badan tak panas sangat, banyak melepek je. Kat taska dia baring je nampak muka aku terus bergenang airmata mintak tolong. Hishh cuba kalau tak demam bukan main terlenting-lenting lagi ko ek. Kalau dah demam macam dah tak bermaya langsung. 

Petang tu terus pergi rumah kawan En Faizal dia memang tukang urut hantar Aiman untuk berurut. Hah hambek ko melalak bagai macam hysteria sakit sangat. Orang tu kata urat Aiman bersimpul-simpul macam orang keje kontrak. Hahahahahaha… memang pun keje kontrak tu keje sambilan dia…bhahahah.

Harap-harap aku dapat berurut dalam masa terdekat ni…ermmm bestnya. Suruh En Faizal ko urutkan dah macam sapu losyen kat badan aku je sambil tengok tv last-last tangan dia static kat badan aku sebab khayal tengok tv. Huh baik ko tepuk-tepuk je bini ko ni suruh tidur.T____T

Piece~(^_^)v









P/s: Hati minggu ni sangat padat. 

Tuesday, 3 April 2012

mana tumpahnya kuah...


Mana tumpahnya kuah kalau tak ke pinggan ye tak??? Heheheheh Aku memang kalau letak henpon cabuk aku tu merata-rata. Dah lali kalau kene banting pun kan untung riwayat henpon tu panjang. Aku cek la henpon amboi-amboi Aiman Fikry dah pandai posing amik gambar sendiri..mukakakaka..ikut sape la agak-agaknya ek. No..no jangan tunjuk aku…lariksss…hehehhe


Macam mana kita elak pun mesti salah sorang anak-anak kita akan ikut pangai atau tabiat kita ek. Aiman aku dah dapat kesan memang banyak ikut pangai aku…hahahaha…..suka amik gambar ofkos la macam aku mencintai kamera.. kalau aku pegang kamera tak payah susah-susah suh dia posing dia dah tau keje dia…hahahha…jangan suh Ilman ko terpekik-pekik terkeluar anak tekak ko suh dia tengok kamera pun dia buat tak tau je..hangin aku. Hah tu ikut apak dia…ngeee.. ^_^

Masa kecik aku pun macam tak dapat tangkap apa persamaan diorang dengan aku ngan En Faizal tapi bila dah semakin membesar sikit-sikit tu aku dah nampak la..Masing-masing dengan pangai tersendiri bila berjumpa aku jadik hysteria. Keluar tanduk segala mata merah berapi banyak-banyak istifar jela…>_<

Semalam tiga beradik tu bergurau. Aqil pun tak padan kecik nak join jugak aku tengah sibuk kat dapur suh En Faizal ko tengok-tengokkan. Tetiba En Faizal ko panggil aku suh lap darah kuar dari hidung Aqil. Aku apalagi terpekik terlompat-lompat aku tengok darah tu kuar kat hidung budak kecik tu. Aku Tanya kenapa??? Aiman langgar Aqil kene kat muka dia tadi. Rilek je En Faizal ko jawab. Grrrr

Aku pandang Aiman dah macam nak telan geram gilerr. Aku suluh hidung Aqil nasib baik darah dah tak kuar dah. Aku kan panic, Aqil rilek je tak nangis pun, handal juga ek ko. Huh.
Tapi bila aku perasan salah sorang anak3 aku senyap je aku akan jadik sangat risau sebab diorang tu dah semulajadi aktif. Kalau senyap tu mesti something wrong somewhere la. Aku lebih rela diorang tu terlenting-lenting walaupun pastu mulut aku berbuih membebel. Hhahahahahha…

Anak3 adalah nyawa aku.

Piece ~(^_^)v




P/s : Tengahari ni makan nasi ambang beli pagi tadi…hahahaha.

Saturday, 31 March 2012

bosan arr jom teman aku borak...

malam ni barula aku dapat nak On9 sekejap...anak3 ayah diorang tolong tengok-tengokkan jap...aku macam letih dan stress. Biasala rutin hidup memang tak boleh nak elak cuma cara macamana nak tangani je. 

Ok anak-anak dah nak tido, Aqil dah tidur dulu. Lega. En Faizal ko tidurkan dia. Dia memang terer bab tidurkan anak..heheheh aku pun kalah...dia lagi terer...ok tabikk spring sekarang...

Petang tadi aku pergi umah member satu opis yang buat birthday party anak sulong dia. So bangun je pagi aku lelaju settlekan keje umah bagi clear semua. Leganya pale otak aku bila dah siap lipat kain benda yang paling aku malas nak buat. uwaaaaaaaa. Sok ada lagi nak kene lipat. Esok lain cerita. ngeeee..

Lepas pergi majlis tu aku pergi la uruskan hal-hal sikit orter baju, beli sluar slack tu pun kaki aku macam nak tercabut. oh citer pasal kaki baru teringat malam tadi masa aku tengah tengah tidur kaki aku kene "simpul biawak". tau x?? ala aku rasa semua orang pernah kenakan? yang tetiba urat betis ko kejung pastu ibu jari ko macam terbengkok tu. perghh sakit giler.. tetiba tengah tidur aku tegak terus duduk pastu mulut bising-bising kejut En Faizal ko suh tegakkan ibu jari aku. Aku ingat masa ngandung je kene tak ngandung pun kene jugak.hishhh. dah pepagi aku jalan dengkut-dengkut. >_<

Sok pagi nak buat bekpes apa ek? buat jemput-jemput sedap tak ek? esok plan nak pergi Mydin nak beli barang dapur sikit..kene catu-catu sikit sebab bulan ni macam dah terover budget pulak, adoiiii...rileks jangan panik...fuhh fuhh tarik napas.ok lupakan. ^_^

Minggu ni nak balik umah mak tapi banyak benda pulak nak kene settle. Rindu kat mak. ermmm. minggu depan pun maybe tak dapat balik jugak sebab cousin En Faizal ko kawen. Minggu depannya cousin aku lak kawen. padat okeh. memang musim orang kawen ek? Skang ni memang tak payah tunggu cuti sekolah ada je orang kawen. Dulu masa aku mesti nak carik time cuti sekolah biar semua sedara mara datang. Masa aku satu tempat sekali 6 pasangan kawen. fuhhh...membebel orang nak kasik duit salam keruk....hahahahaha...sekarang dah tak kisah dahh kot ek...asal selamat semuanya sudah orang nak datang ke tak nak datang tu belakang cerita. Zaman dah banyak berubah. ermmm

Perut aku macam lapar la pulak malam-malam. hishh mengada-ngada. Ok la nak buat susu dulu la..mata aku pun dah ngantuk ni..see ya.

Piece ~(^_^)v





P/s : Semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Insyaallah.


Tuesday, 13 March 2012

berehat seminggu...

Selamat petang, aku kat umah ni aku amik 1/2 day petang konon-kononnya nak kemas baju nak pegi kursus esok...hampeh dah nak dekat kul 5pm aku masih tercegat kat depan lappy. ('',)

Aku sebenarnya ngeri memikirkan apa yang berlaku sepanjang seminggu aku kursus nanti. Mesti balik nanti aku jadik tough kan??? lengan ketul-ketul muka macam orang afrika badan kurus. Oh perut aku dah seram-seram sejuk ni. =_=

Macam-macam dah aku dengar pasal kursus ni yang mana dah pegi tu. aku telan liur je dengar.

Aku harap semuanya berjalan dengan lancar, anak3 aku ok-ok je.

Ok nak umumkan SUSIE PUNYA CITER akan berehat selama seminggu sempena tuan punya tanah ni nak berjuang. adooiiyai
Harap reader blog aku ni terus membaca & menyokong blog aku ni. Insyaallah sekembalinya aku dari berkursus aku akan berblog seperti biasa. 

Aku sangat-sangat hargai sokongan dari korang semua. Peluk ketat sayang uollsss.

Friday, 2 March 2012

hakikat

Planning minggu ni memang nak balik umah mak sebab dah lama tak balik. Minggu ni memang nak mohon cuti tapi aku rasa berat hati tak tau sebab apa. Ok plan baik punya Jumaat malam balik Lok Heng. ('',)

Malam tadi tengah kemas-kemas baju sekolah taska budak3.

En Faizal : Yang, minggu ni tak boleh balik la.....
Aku : Nape lak?????
En Faizal : Abang ada sekolah ganti esok la..
Aku : Ye ke????????????????? mana ayang tau????????
En Faizal : Ni ha surat, ayang pun baru ingat tadi...(sambil ketawa kesukaan nak sakitkan hati aku)
Aku : Baru nak balik umah mak...tak jadik la macamni...tensionnnn la...abang ponteng jela..
En Faizal : Suka hati ayang je...xblehhhhh
Aku : sob..sob..

Nasib baik En Faizal ingatkan kalau tak selamat Aiman tak sekolah esok..muhahahahha...kalau ikutkan aku nak je buat-buat lupa " Eh ye ke ada sekolah ganti, alamak lupa la".. tapi disebabkan aku ni ibu yang bertanggungjawab (pang doploh das) harusla memendam perasaan nak balik umah mak tu & dahulukan sekolah anak.('',)

Esok patutnya Ilman sekolah jugak tapi macam malas nak hantar sebab taska umur 4 tahun je pun sekolah pun aku rasa terlenting-lenting pastu balik kotorkan baju. Ok sok Ilman tak payah sekolah. (^__^)

Aku harus terima hakikat bahawa anak-anak aku dah bersekolah dan aku tak boleh bercuti sesuka hati aku tak macam 2 @ 3 tahun lepas rasa aku nak cuti aku cuti hangkut je anak-anak tak pikir anak nak sekolah ke hape. T_________T






P/s: Balik ni nak masak apa ek???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...