Salam, selesai buat keje mari kita sembang-sembang jap. ^_^
Tiga minggu lepas aku ka nada pergi Kursus kat Port Dickson Santuary Tranning. Aku pergi dari 14/03/2012 hingga 20/03/2012. Seminggu okeh berpisah dengan anak-anak berpisah dengan bapak budak juga.tettt…-_-
Kursus ni dinamakan Kursus Penerapan Budaya. Di sana kami seramai 22 orang dari beberapa cawangan opis berkumpul. Memula memang aktiviti dalam kelas je la selama 2 hari. Ok biasa-biasa je la. Balik bilik mata berair terkenangkan anak-anak. Aku kan sensitip lagi jiwa tisu. Call mak aku tanya anak-anak camner mak jawab “ Aqil & Ilman ok je tak nangis langsung tak cari pun” Ok buat aku lagi sentap. Rupanya aku je yang meroyan sorang-sorang kat PD ni. T____________T
Setiap pagi kami akan bererobik selama satu jam. Pastu makan hahahahha cam tak guna je erobik tadi. Sekian. Setiap petang pulak kami akan berkawad. Hahaha tunggang langgang la jadiknya dah tua-tua tulang dah liat suruh berkawad muhahahah sangat kelakar tapi amat menyeronokkan sebab guru kawad tu kelakar orangnya muka macam Hamid Gurgha pelakon tu…Rindu pulak nak tengok pakcik tu. >_<
Makanan kat sana biasa-biasa je la. Apa yang disediakan kami semua bedal dengan lahapnya daripada kami kebuluran. Rezeki depan mata jangan tolak melainkan batu & kayu je. Alhamdulillah.
Masuk Hutan
Hari kedua last kami di sana ada aktiviti teambuilding so pertama sekali kami disuruh masuk hutan diorang ajarla cara nak ikat tali ala macam pengakap dulu-dulu kat sekolah rendah tu. Aku dulu pengakap tapi tak aktif aku kan lemah-lembut. -_-
Kami juga diajar tentang perangkap-perangkap untuk tangkap binatang ke apa ke. Ok la kalau aku la memangtak terpikir kot camna nak buat perangkap tu semua. Agak kalau sesat dalam hutan maunya melalak je sampai mata bengkak tak reti nak buat apa hulur je badan kat pak belang..uwaaaa. tak nak la aku suka imagine yang bukan-bukan tau. Mencikk. >_<
Masa tu juga kitorang diajar camner nak masak nasik pakai botol air mineral tu. Aku ingat memula botol tu akan meleding kene api tapi tak okeh masak tau nasik tu dalam botol. Rupanya dalam hutan pun boleh hidup ek cuma usaha je penting. Kalau aku tak janji la boleh hidup ke tak..wakakakakka.
Pastu kami berkumpulan diberikan sebungkus beras dengan 2 botol air mineral yang kecik tu dengan ikan kering kembung sekor suruh masah macam yang dia ajar tadi. Merah padam la nak tiup api, ok tu keje budak lelaki aku tukang masukkan beras dalam botol pastu siat-siat ikan kering tu masuk dalam botol campur ngan beras konon nak bagi masin sikit. Walla. Ok la boleh buat tapi sebab kesuntukan masa maka kami tak dapat nak tengok nasik tu masak ke atau dah jadik arang. ngeeeee
Flying Fox
Ha part ni la yang aku nak cerita sebenarnya. Hahahahah. Korang tau kan Flying Fox tu apa?? Pernah buat tak??seremmm tak??? Lepas kitorang masuk hutan tu aktiviti seterusnya ialah Flying Fox.
Macam aku memang aku tau Flying Fox tu tapi sumpah seumur hidup memang tak pernah merasa nak buat. Bila memula aku tengok menara yang kene panjat tu aku terus ajak kawan aku pergi toilet. Wahhhh takut beb tinggi giler adala macam 3@4 bangunan tinggi dia. Aku dah start gelabah dah sebab aku memang gayat sangat-sangat. Tangga menara tu dah la tegak 90degrees. Aku tak imagine aku dapat naik sampai atas menara tu.
Memula group pertama naik aku dari bawah tengok diorang kecik je kat atas tu. Tangan aku dah sejuk batu. Muka hiris tak de darah. Time aku Ya Allah tuhan je tau aku camner masa tu. Tapi aku cakap dengan diri aku bila lagi aku nak buat kalau bukan sekarang. Takut tapi kene cuba jugak. -_-
Masa naik tangga menara tu tangan aku dah berpeluh-peluh naik mula la rasa nak tergelincir la, pening la. Tangga kedua pulak aku dah start gayat. Aku pandang bawah berkunang-kunang bijik mata aku. Kawan aku kata jangan tengok bawah nanti gayat. Aku panjat slow-slow rasa siput pun leh ketawakan aku. Aku panjat sambil peluk tiang tu takut jatuh. Giler ko kanan kiri tangga tu memang tak de penghadang kalau ko jatuh memang terjelepuk terus ke bawah. Masyaallah.
Aku memang takut sangat kawan aku Bob jaga aku kat bawah sorang lagi jaga aku kat atas. Hahahahah. Sampai atas je aku dah lembik kepala lutut aku dah takleh diri. Instruktor tu suruh aku cangkung amik nafas pastu dia ketawa. Hampeh tul. Bila time aku nak Flying tu makkkkkkkkkk!!!!! Dia suruh aku julur kaki aku tu pastu aku tergantung-gantung wei tangan aku sejuk bila aku teringat balik. >_< instructor tu sempat tanya “ Suami berapa orang?” Aku jawab “ sorang” ok la tu. Ooo dia nak uji aku samada aku siuman lagi ke tak kot. Waaaaaa kejam giler. Siap suruh bagi koman kata kita nak turun. Bila dah sampai bawah tu pakcik yang ajar kawad tu kata “ Alhamdulillah dah selamat dah”..hahahaha..nak tampar je rasa. T____T
Abseiling
Ni satu lagi aktiviti macam nak mati. Lagi tinggi dari menara tadi. Wei dah la wei aku tak sanggup dah. Buat menghadap laut dia punya tinggi lebih kurang 5 tingkat bangunan kot. Matik la. Aku dah start gigil lutut semula. Takut-takut aku tapi aku siap dulu pakai alat keselamatan dia. Takut tapi excited. ^_^
Kawan-kawan aku cakap muka aku memang tak senyum langsung. Serius je. Eh boleh ke ko senyum-senyum kalau dah takut macam nak kene campak dari atas bangunan. Lantak la aku memang tak de mood nak senyum. Bila instructor tu nampak muka aku pucat lesi putih tak kuar darah dia suruh aku dulu. Wallaweiii…Aku tak reti nak explain ek macamana tapi begitu mengerikan. Masa aku nak pusing tu aku peluk pinggang instructor tu. Wah tindakan luar kawal beb. Bila dah turun tu ko dah tak rasa apa dah seronok pulak. ^_^
Tapi aku boleh berbangga dengan diri sendiri walaupun aku ada penyakit gayat yang kronik tapi aku masih boleh lakukan kedua-dua aktiviti tu dengan jayanya. Syabas Susie!!!!
Malam nya kami ada buat barbecue sempena nak berpisah esoknya. Sob.sob.. Selama seminggu aku kat sana banyak aku belajar tentang kehidupan, sahabat, jati diri & keberanian. Kawan-kawan masa kursus pun dah aku anggap macam saudara sendiri. Kami sangat rapat walaupun hanya seminggu kenal. Sampai sekarang kami sering berhubungan. Dunia dah canggih tenet & Fb la….ekekekkek.
Last day kami di bawa melawat Hospital Pakar Seremban. Setengah hari kami di sana dah petang tu kami gerak balik ke JB.
Bye-bye PDS.
Meninggalkan kenangan yang terindah yang tak dapat dijual beli.
Piece~(^_^)v
P/s: Weekend ni jalan-jalan pergi Segamat pulak. Yeayy
No comments:
Post a Comment