Nuffnang

Wednesday 29 August 2012

Lebaran 2012

Salam,

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Raya dah masuk hari ke soploh baru sedar nak updet blog...ntah apa-apala kan...biasala ai bizi uolsss...-_-

Malas nak celoteh bebanyak aku lambakkan dengan gambar-gambar jela sebab raya aku seperti tahun-tahun yang sudah sama je..Paling meriah ialah anak-anak la...

Aku terpaksa buat part by part sebab nak upload gambar ni boleh buat aku jadik mak lampir lembeb giloss...tercangak-cangak aku takut terkantoi sebab updet blog. nyampah..berdebar aii...-_-











Tahan jela sebab raya sebulan so maybe sampai part 30..matiklaa...muhahahaha.....^_^

Raya tahun ni tema kami adalah hijo..En faizal pilih aku menurut perintah saja sebab aku isteri solehah...bhaahaa...

Semua gambar adalah pada hari raya pertama di rumah mertua. Aku tak ada dalam gambar sebab masa gambar diambil aku belum ready muka macam bibik...hahahah..Sebenarnya En Faizal yang nak cecepat sangat sebab dia nak pergi kerja. Orang rajin mesti kerja pada hari raya...huwaaaaaa...sob..sob..

Bila aku dah siap sedondon dia pun dah siap salin baju kerja semula hijo jugak...ahhh malasla aku majuk...huhuhu..so tahun ni memang tak ada gambar family...

Gembira sebab tengok anak3 suka pakai baju raya dapat duit raya dari atuk..^_^

Gambar-gambar lain akan diupload kemudian ye...hahah..kan dah kabor part by part...

Piece ^_^v

 

 


Thursday 16 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam,

Wahh lagi dua hari je hari raya bakal menjelang tiba..Syahdu rasanya hendak meninggalkan bulan yang mulia ini bulan Ramadhan. -_-

Aku Alhamdullillah segala persiapan raya dah siap banyak untuk anak-anak jela...Aku dan En Faizal ala kadar je. Pakai je mana yang boleh pakai jimat sikit.

En Faizal hari raya pertama masih lagi keje dia hanya cuti hari raya kedua dan ketiga je. Ok la janji dapat cuti..eh tu bukan cuti ok itu hari off day dia. Dia apply cuti tapi langsung tak dapat. Dia nak sedapkan hati aku kompom tahun depan dia dapat cuti..huh.

Aku macam biasa kalau cuti raya memang beriya. Aku cuti seminggu. Sesekali lepak dengan saudara mara tak ada ruginya. Setahun sekali jumpa mesti roboh rumah kat kampung tu. bhahahaha. Tak sabarnya aku!!!.hehehe

Kuih muih aku main tempah je pastu semput nak bayar eh apsal terbanyak pulak ni...last-last mintak En Faizal bayarkan separuh...hahahaha..adilkan rumah sama-sama. ^_^


"Okla dikesempatan ini aku sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa, terkecil hati, terguris perasaan masa baca blog aku..sesungguhnya aku memohon ribuan ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Bersihkan Jiwa sucikan hati."



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012 
DARI SUSIE, FAIZAL, AIMAN, ILMAN & AQIL.

 

Wednesday 8 August 2012

Rabu Tanpa Kata -Asam Pedas Mak Yang Gojes

Masyaallah gastrik tengok asam pedaa mak ni..uwaaa

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday 3 August 2012

Aqil lagi

Salam

Adehh penatnya rehat tadi jalan-jalan kat Metrojaya survey baju budak. Aku kan cerewet so aku tak ada yang berkenan. Erm.

Masuk UO jap tengok-tengok ada pulak baju untuk aqil nak pakai kat taska. Budak kecik tu baju kena banyak sebab asik comot je walaupun berperwatakan pembersih..muhahahha. Kejap kang dia tumpahkan air jap lagi muntah pulak. Pening pengasuh taska dia. Redha je la.

Aqil ni dia punya ligat lain macam sikit dari abang-abang dia. Fuhh. Kalau mengaruk dia landing siap2 kat lantai hempas badan dia. Sakit tengok muka aku. Eh!! Ikut pangai sape pun aku tak tau. Aku tak kot aku kan pompuan kalau mengaruk sopan sikit kot. Bhahha. Mak aku kata aku baik masa kecik-kecik dulu dahla kurus gelap plak tu. Nasib dah tua ni cerah sikit. Ngahahha.

Satu lagi perangai aqil ni dia penggeli. Kalu dia terpijak nasik ke apa ke yang lembik terkulai terus kaki dia siap jerit-jerit kat telinga aku "eikkkkkkkkkk!!!!!!!". Ni aku mengaku dia ikut aku. Ermmm. En Faizal tak ada maknya nak geli-geli ni aritu dia lek je pegang cicak masa aku nak berbuka apalagi menjerit halilintar la aku. Geram giler. En Faizal geli dengan labah-labah. Kang aku beli spider yang getah tu kang usikla aku lagi.

Kalau kat rumah pantang aqil nampak kain buruk aku habis dia kibas segala apa yang kat depan dia kang dia round satu umah lap semua kusi bangku meja segala. Aku pernah kena libas dengan sapu tangan kat muka lek je muka dia berlalu  dengan muka tak bersalah. Sakit plak tu. Ingat muka ibu ko ni ada habuk ke??

Geram kadang aku tengok budak kecik ni tau tapi nak tidur aku comolot dulu sayang banget. Dia suka orang gomol dia.

Piece ^_^v

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday 1 August 2012

Words

Salam

Biasala bila perut kenyang hati senang mata macam nak tertutup je. Aku buka biasa-biasa je arini. Masak 1 lauk pastu tadi dapat bubur lambuk free. Alhamdulillah.

Aku dah tergolek depan tv ni layan mata ngantuk. Aiman aku suruh baca buku 5 min je paling lama. Aku nak jerit pun dah tak daya. Tak apa bagi lemak dia naik dulu baru basuh. Kesian dia puasa letih tu. Ilman memang tak ada lain la katun doplohpat jam. Jelak aku tengok aku punya ambik pakej astro tu kemain banyak siaran boleh dikira dengan jari bape banyak aku tengok. Abistu asik la katun memanjang. Bila kat opis kengkawan cerita pasal hiburan ke hape ke hampeh aku tak tau macamla aku ni duduk dalam gua batu. Sedeh.

Aqil plak sekarang ni makin banyak karenah dia. Kalau dia nak sesuatu tu tak dapat memang bergulung la dia atas lantai kalis pujuk punya. Kadang aku tak kose aku biar je. Kang dah ok dia carik aku gak.

Words yang dia dah boleh sebut banyak gak " nak, ayah, kuting (kucing), air, atuk,nenek,nacik (nasik), dah"..yang lain tu tak ingat tapi yang selalu dia sebut tu la. Kalau nak buat ayat penyata tu belum lagila.hahhaah

Aku updet ni sambil baring tak boleh handle ok mata aku ni tau-tau dah pejam je. -_-

Bulan puasa memang selalu tidur awal sebab keletihan. Bangun pagi nak sahur lagi. Pada aku sahur wajib sebab Aiman puasa mesti nak kene makan nasik. Aku pun sama. Aku tak adala style sahur just minum air masak je secawan. Huh mau berpintal perut aku esok paginya. >_<

GOOD NIGHT

Piece ^_^v

Published with Blogger-droid v2.0.6

excited raya..

Salam

Busy la pagi ni tapi dah settle a half. Sebenarnya nak cerita pasal persiapan raya ni. Aritu kan ada updet pasal nak cat umah kan. Ermm dah siap cat dah pun. Aku pilih kaler grey. Tukar selera tahun ni. Sebenarnya En Faizal ko yang beriya. Aku follow je.

Lepas siap cat tu dia kata nak pasang langsir siap-siap. Memula aku tak nak tapi sebab dia kata biar penat sekali pasni bila lagi. Ok!ok!

Ok dah siap cat dan pasang langsir raya. Lepas ni tinggal buat persiapan yang lain pulak. Baju-baju budak tinggal sikit- sikit je lagi. Aqil punya paling belum beli.bhahah susah-susah sangat aku sarung je baju abang-abang dia.hahaha.

Maybe minggu depan baru shopping baju budak kot. Baju kurung dan melayu dah siap minggu depan nak amik dah.

Baju En Faizal aritu nyaris-nyaris tak ada orang nak jahit. Dermmm. Dia kata takpela pakai lepas- lepas raya je. Hello lepas raya baik pakai tahun depan je. Huh. Aku dah pesan suruh hantar awal tapi asik busy je memanjang. Nantila.nantila.

Seb baik ada auntie yang biasa aku hantar baju tu sudi nak jahitkan tu pun aku merayu- rayu kat dia. Akhirnya dia termakan pujuk rayu aku. Handal kan aku. Pasni tahun depan buat lagi ek.geram aku.

Tahun ni aku rasa macam banyak prepare tuk rumah pulak. Buat sikit-sikit last-last semua buat.hahhah. Takpe tahun depan aku buang-buang habuk je takpayah beli apa-apa dah.

Sedar tak sedar dah hari ke 11 kita berpuasa. Alhamdulillah Aiman tak buang puasa lagi. Moga-moga penuh la. Amin.

Okla nak sambung buat keje. Drawing ni buat aku loya. Bye

Piece ^_^v

Published with Blogger-droid v2.0.6
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...