Nuffnang

Friday 24 February 2012

Jom Borak...

Salam, alahai pagi Jumaat yang berkat ni aku nak ajak borak-borak la sambil minum air masak. ok tak lawak. :)

KURSUS

Esok aku ada Kursus "Land surveying" kat KOMTAR je pun tapi sari la dari pukul 8.00am sampai 5.00pm. Mak aii dah macam bekerja pulak. Kursus tu pompuan cuma empat ketul je mesti bosan. =_=

Biasanya hari Sabtu adalah hari aku melipat kain mengemas rumah dan segala-galanya la. Aku kene skip keje tu semua buat pada hari Ahad. Matiklaaa. En Faizal jaga anak3 esok sensorang. Bila balik rumah je petang esok ko kene istifar mengucap banyak-banyak terus masuk bilik tenang-tenangkan kepala hotak baru ko lihat sekeliling. Aku harap rumah tidak seperti yang aku gambarkan. *_*

Tapi semalam aku balik rumah berseri-seri dah mop dan vakum wangi je so jernih je mata aku pandang sekeliling sinki clear. Oh i lep u darling. ^_^

SARAP

Sejak-sejak ni aku suka makan lempeng pisang & kelapa mungkin sebab asik sarap kat BOMBA je so tekak aku nak telan benda tu je. Walaupun besar lempeng tu besar muka kuali tapi aku boleh habiskan ok!!. Aku tak suka membazir amalan syaiton. muhahahahha

En Faizal tak de lain tekak dia cuma nak makan Kacang Pool. Aku boleh la makan tapi tak berapa suka sangat sebab dia ada telur yang separuh masak tu kuning goyang-goyang erkkkk....tekak aku tak boleh menerima telur itu. muntah seminggu. Aiman & apak dia faberet telur separuh masak tu ok tekak mak ko kembang. =_=

PASAR TANI

Semalam balik keje terus je pergi Pasar Tani sebab nak carik makanan. Aku macam biasa dah terliur-liur laksa makcik pasar tani tu memang sedap, dia ade jual laksa, laksam, laksa johor mee-mee lain pun ada dengan jual kuih telinga keling tu @ deram feberet En Faizal. 

Tabah berjalan dengan hujan-hujan bawak payung pakai baju kurung hijau terang nak carik laksa. Aku dah target tempat makcik tu eh mana ni?? tak kan tak de lagi???alaaaaaaaaaa....(dalam hati). Aku kecewa buat minggu keduanya. uwaaaaaaaa. Makcik laksa tak jual lagi hari ni. Ok positif ntah-ntah dia sakit kot, demam ke sesema ke sakit kaki ke minggu depan ada kot.

Dengan kecewa beli laksa dengan pakcik laksa pulak. -_- Nasib sedap. Beli dua balik je aku bedal satu aku punya konon baik tuangkan En Faizal punya sekali aku sebat sikit dia punya. Muhahahhaha. Ala tak cukup ayang ada belikan ayam goreng tu. ngeeeeeee


Ok la ada keje nak buat. Kang sambung lagi borak. ('',)v


Piece ~(^_^)v












P/s: Mood nak beli baju raya dah, ganti pose lom abis lagi.*pelempangdoplohkali*

2 comments:

  1. Memang rasa lega yg amat kalo sekali sekala suami turun padang...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kene selalu turun padang kalau nak semua kita yang buat sorang tak terlarat.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...