Nuffnang

Friday 10 February 2012

Selipar Crocs

Sekejap je dah hari Jumaat ek rasanya baru je keje dah nak cuti lagi. Cuti salah tak cuti ko mengeluh. tak paham. Esok Aiman ada sekolah ganti sempena CNY aritu. Ok esok pagi pun busy jugak sebab kene siapkan Aiman nak pergi sekolah. 

Esok nak settlekan kemas rumah dan lipat kain sebab nak balik umah MIL sebab SIL nak bertunang. Aku kan tak boleh tinggal rumah macam kapal Titanic baru tenggelam. wakakkaka.

Sebenarnya nak cerita pasal aku pow En Faizal belikan selipar aritu. Aku cakap dengan dia senang jalan pakai selipar je ni kaki tak sakit urat-urat biru tak timbul senang nak kejar anak kalau lari. Alasan aku memang power.

Kang kalau aku pakai tumit segala kang melecet kaki aku last-last aku yang masuk troli anak3 aku yang tolak ko nak cakap apa.  

Aritu dah usha-usha kat PADINI tapi tak beli sebab kedekut pakai duit sendiri.muahhahahaha. Bila En Faizal setuju nak menanggung kerugian pada aku lelaju aku ajak pergi JUSCO terus menuju ke Padini. 

Perghhhhhh!!!! memang biasala kan time aku tak nak beli ko bergayut-gayut lawa je depan mata aku bila dah ready nak beli semuanya pattern cam selipar jantan. Aku hangin satu badan. En Faizal kata kalau tak ada cari la tempat lain masalahnya aku tak survey yang lain-lain lagi. Aku ni kan spesis cerewet nak mamps so tahan je hati ni mencengkam-cengkam sebab kasut yang diidam tak ada lagi. :(

En Faizal masuk kedai ADIDAS dia survey-survey kasut dia ingat kasut aku. hampeh. seb baik dia tak ada yang berkenan. Fuhh kalau tak melepas la selipar aku nanti. Pastu aku tengok ade baju t-shirt "SALE" cecepat aku suh En Faizal pilih untuk dia. Bosan aku tengok pakai baju yang sama je. Dia kalau dah suka baju tu baju tu je la dia bedal sampai pudar. Ok dapat dua helai selai Aiman punya. Ilman tak ade saiz. Kerugian RM140. 

Jalan-jalan carik kedai selipar pulak tetiba En Faizal tunjuk kedai CROCS. Aku ni macam dah tak fokus dah sebab dah penat dukung Aqil ni macam nak patah bahu dengan pinggang aku so nak carik barang sendiri pun macam tak ada mood.

Masuk tu aku tengok macam tak berkenan tapi tetiba mata aku terpaku.(sudahla terpaku konon). Aku dah nampak yang aku suka. wawawawawa. cuba punya cuba memula nak amik warna hitam tapi tak ada saiz so pilih dark brown. En Faizal kata lawa dan aku pakai selesa. Cecepat rembat terus keluar kedai sebab bukan aku yang bayar. Lariksss. ('',)






Taraaaaaa





Kerugian En Faizal RM 89.90
Ok senyap jangan mintak apa-apa lagi. ('',)


Pada aku, aku amat selesa bila keluar shopping ke, jenjalan ke pergi mana-mana la memakai selipar saja. Kaki aku sangat selesa tak sakit dan penting sekali urat biru malu nak keluar. T___T

Pakai simple berselipar adalah pilihan aku sekarang ni. Aku pedulik apa orang nak cakap pakai selipar kat shopping complex macam orang kampung asal aku tak penat dan dapat beli barang dengan senyuman ke telinga sebab kaki dalam kondisi baik tak sakit ke lenguh ke so 24 jam nak berjalan je pun tak ada hal. ^_^

Salute aku tengok orang pergi mall ke pasaraya ke pakai high heel jalan terjongket-jongket. Lain la kalau nak pergi opis munasabah jugak. Adussss seksa aku tengok. waakakkakakaka. Aku??? kirim salam tak keluar pun tak apa. Sekian.





P/s : Malam ni nak tengok Dragon Ball Z kai tengah best ni kat Cartoon Network. Malam tadi siap tanya Aiman " Bang ada lagi tak pas ni??" Aiman " dah abis"...Ok. Memula tak layan sangat tapi bila dah last-last ni sonok pulak aku yang excited tengok. muheheheheh

1 comment:

  1. ina hussin
    wei susi kalu kt pasar malam baru 20hengget.. sebijik mcm selipar aku.. ekekekee.. rugi2, beli kt jusco.. kalu tiruan pon bkn kite tau.. apepun da beli.. bedal jela..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...