Nuffnang

Thursday 23 February 2012

Anak sakit & sedekah

Biasanya anak sakit , sebagai ibu bapa kita akan mula risau. Orang yang menjadi rujukan utama kita ialah tuan doktor. Jika nasib yang baik, doktor tersebut akan nasihatkan perkara yang baik supaya si ibu mahupun si bapa akan tenang semula. Jika nasib kurang baik, ada doktor yang akan menyarankan perkara yang kadang-kadang diluar jangkaan kita dan bila perkara demikian berlaku semestinya kita perlu dapatkan nasihat doktor yang kedua 
[ 2nd opinion].

Namun ingin saya kongsikan satu perkara yang bagus untuk diamalkan....saya masih ingat lagi saya mendapat ilmu ini dari ceramah pagi di radio [ maaf saya terlupa ustaz mana yang kongsikan petua ini] ...Apa kata ustaz tersebut?

Bila anak sakit, mak bapak akan terus cari doktor....ianya merupakan satu kesilapan. Hakikatnya penyakit itu datang dari ALLAH. Maka kepada ALLAH kita utamakan. Alangkah bagus jika dijadikan amalan, apabila anak sakit, hantarkan sedekah. Sedekah pada tabung masjid atau anak-anak yatim atau golongan asnaf. Kenapa kita digalakkan sedekah?

Hakikatnya anak sakit adalah teguran dari ALLAH. Adakala kerana kita terlalu alpa atas urusan dunia, maka kita diuji dengan anak yang sakit. Anak ini memerlukan lebih perhatian sebenarnya.

Sumber : member

Piece ~(^_^)v


P/s: Insyaallah mana yang baik kita amalkan semoga kita sentiasa dilindungi olehNya.
Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...