Nuffnang

Wednesday 1 February 2012

Alololo comeiinya....tp tersiratnya

Aku suka tengok gambar yang comel-comel camni sebab jiwa aku kan jiwa sentimental. wah gitu. Kucing ni kalau dapat kat aku memang menyerah je la ko.


Tersiratnya pasal gambar ni ialah : 

Hati dan perasaan seorang ibu memang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata sebab ianya sangat-sangat berharga lebih berharga dengan harta jutaan ringgit. Ibu sanggup buat apa sahaja walaupun mempertaruhkan nyawa sebagai galang ganti agar si anak hidup selesa dan bahagia. T__T

Ibu sanggup berlapar andai si anak merengek tidak cukup makanan dan si ibu pasti akan menjawab " tak pela makan la ibu tak lapar lagi ". Sambil mengusap-ngusap kepala si anak dengan penuh kasih sayang tapi pada hakikatnya perut si ibu bagai di simpul menahan lapar. >_<

Pengorbanan si ibu melahirkan anak yang bertarung nyawa bagai nyawa di hujung tanduk. Keluarnya Si anak ditatang bagai minyak yang penuh hinggakan seekor nyamuk yang hinggap sanggup dikejar seluruh rumah nak bunuh. (tu aku buat) :)

Bila anak demam atau sakit si ibu tidak boleh melelapkan mata walaupun sekejap tapi masih pelik si bapa masih boleh berdengkur (laki aku). Dada berombak laju takut terjadi apa-apa pada permata hati. Sesungguhnya doa ibu sangat-sangat la makbul. Amin.

Kasih sayang ibu memang tiada galang gantinya. Anak-anak sudah cukup membahagiakan hati seorang ibu tiada apa yang dipinta hanya berharap agar si anak dapat menjaga ibu & ayah bila kami sudah tua nanti. Sayang ibu & ayah bila kami dah tak berdaya jaga makan pakai kami beri kasih sayang itu sudah cukup memadai bagi kami. Cuci kencing berak kami bila kami sudah uzur jangan la kamu merungut. sob.sob.sob






P/s : Semua ayat-ayat di atas adalah rekaan aku semata-mata dari naluri seorang ibu yang pernah melahirkan. tetiba air mata aku bergenang. >_< sob...sob..sob..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...