Nuffnang

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, 4 June 2014

ANNIVERSARY KAMI 9 THN


Arini 4/6/14 genap 9 thn kami hidup bersama dikurniakan 4 org cahayamata...ekeke..susah senang suka duka dah kami tempuh. Baik buruk biarla kami saja yg tahu..Semoga kekal sampai bila2. 

♥HAPPY ANNIVERSARY MY LOVE♥ 

p/s: belek album kawen jmpa gambo mengekek ni...kemain suka ko ek...hahaha  
Tak sangka muka aku dulu camtu dulu dengan tudung tu...weii dulu camni dah paling lawa ko tau...hahahaha. Nak tunjuk Arissa bila dah tua nnt...kahkahkah

Friday, 8 March 2013

Tolak ansur

 SALAM JUMAAT
Sekejap je rasa dah jumaat ek. Okla tu aku pun minggu ni terasa amat penat sekali. wah ayat xnak kalah..hahahah.. Maklumla minggu En Faizal keje malam memang aku akan keletihan tahap gaban. Semua buat keje sensorang..pukul 930pm mesti dah membuta..ko hade???
Semalam aku cuak sekejap sebab jam tangan Aiman hilang. Dia kata dah letak dalam beg baju dia lepas mandi. Mungkin tercicir. Cecepat whatsapp teacher dia bagitau. Mujur pagi tadi teacher dia jumpa kat sebelah gobok. Fuhhh lega...Bukan apa En Faizal belikan mahal gak la. Bukan apa aku marah sebab dia cuai sangat nak jaga barang sendiri. -_-
Semalam balik keje lambat sikit sebab start hari Khamis semalam opis ada buat aktiviti aerobik. Okla seronok. Habis pukul 5.45pm kelam kabut jugak nak ambik budak2 kat taska. Hujan pulak tu. Cecepat Ambik Ilman dulu pastu tapau makanan dan baru ambik Aiman & Aqil. Fuhhh...
En Faizal ngan bujang-bujang dia...Love u so much dear!!!
Status aku kat FB pagi tadi.
"semalam balik kje kelam kabut sebab ada aerobik..hujan pula..nak kne tapau makanan untuk anak2 En Faizal kje malam..sampai umah masuk je wah bersinar2 lantai wangi plak tu dah mop n vakum..penat trus hilang masuk umah bersih je..Tq En Faizal.. kami mmg mengamalkan dasar buat keje rumah dan urus anak bersama2...hahhah..syukur.." 
Memang syukur sangat2 dikurniakan suami yang begitu memahami dan saling menolong antara satu sama lain. Memang kami mengamalkan dasar buat keje rumah dan urus anak2 sama2. So rasa susah senang nak besarkan anak dan uruskan rumahtangga bersama2. 
Sebab anak kami masih kecik2 lagi so bantuan dia amatlah aku perlukan. Sebab tu aku tak kisah anak ramai sebab En Faizal boleh tolong aku buat keje rumah dan urus anak2. Alhamdulillah. Tapi ramai-ramai pun aku nak 4 orang je kot. Kuota ada sorang lagi ni. hahahahha.
Kadang aku rasa kesian kat kawan2 yang suami diorang langsung tak tolong buat keje rumah harapkan dia sorang je buat. Kalau aku mau terkangkang tepi pintu gaknya. Pada aku suami isteri ni perlu tolak ansur. Suami jangan pikir diri sendiri je penat isteri yang surirumah sepenuh masa pun lagi penat berganda2 lagila isteri yang bekerjaya. Tolak ansur & persefahaman amat penting supaya salah sorang tak berkecik hati dan berat sebelah.  
Ada suami yang beranggapan tugas suami hanya carik rezeki je. Ye betul aku sokong tapi kalau ko lebih berperikemanusiaan ko tak kan sanggup biar isteri urus rumahtangga sensorang tanpa bantuan. Tak berdosa kalau ko sama2 pikul tanggungjawab urus rumahtangga sebab besar ganjarannya. Dengan cara itu suami lebih menghargai isteri.
Alhamdulillah aku memang mengamalkan dasar berbincang dan tolong menolong. Insyaallah semoga perhubungan ini kekal selamanya. Amin.


 



Tuesday, 8 May 2012

My sisters


Aku adik badik ada 5 orang 4 pompuan sorang lelaki. Memang best ada ramai adik pompuan ni sebab boleh pinjam-pinjam barang diorang..hahahaha...saiz lebih kurang je so bedal je sape-sape punya..^_^

Tapi  mak ngan abah dapat cucu semuanya lelaki 4 orang lelaki. Fuhhhh..bila balik semua memang hiruk pikuk la rumah mak aku tu...siap pesan dengan mak awal-awal kalau kami balik simpan semua barang-barang yang berkaca-kaca ke apa ke. Kalau cucu-cucu dia balik memang langsir mak tu jadik alat senggayut diorang je. 

Minggu lepas balik Aiman pecahkan almari cermin mak. Berdarah kaki dia untung tak kene kepala. geram sungguh memang sesaat pun tak reti diam asik nak berpencak silat je. En Faizal ko lata nak ganti. Call mak " Mak Aiman pecahkan cermin almari mak." Mak jawab " Dah pecah nak buat camner...seb baik tak kene kene kepala"..ermmmm ok..sayang ko cucu dia tu...T________T

Aku anak tiga lelaki adik aku yang tudung coklat tu sorang lelaki...ngeee aku nak usaha carik anak pompuan ni..tapi takut amik risiko...Apa-apa pun semuanya rezeki Allah..apa yang ada kita bersyukur...

Kami susah nak berkumpul sesama sebab masing-masing sibuk kerja kalau dapat pun kebetulan je.Sorang keje opis, sorang keje kedai emas sorang keje kedai tudung..ok komplet...ngeee..

Kalau nak tudung " Yanie ada tudung cantik-cantik tak??" Yanie " semua cantik nak ke??" "simpankan soploh"...hehehhe

kalau nak tau emas " Irah emah bape RM segram??" Irah " RM190" ok bye...tak mampu...-_-


Piece~(^_^)v








 
 

Tuesday, 14 February 2012

Pertunangan SIL- Part 2

Haaaaaa amik ko masuk part 2 ni ko kene tabah sikit sebab banyak gambar-gambar yang merambangkan bijik mata. Sementara ada masa ni meh aku updet entry lelaju. muhahahahah

Bersedia untuk menatap foto-foto gediksss.....('',)V

Aqil dengan En Faizal. Seperti biasa muka En Faizal ko ni ketat tak reti senyum nasib baik anak3 semua ikut ibu dia peramah murah senyuman. muhahahahah.

En Faizal orang kuat masa majlis ni tukang angkat pinggan kotor...hahahahhah..Aku?? jap aku cerita kat bawah nanti. ^_^


 Adik ipar aku, Ajim.


 Aiman yang amik pic ni nasib boleh harap ok kepala mak ko kat atas tu terpotong sikit. cisss. Aku menjalankan tugas sebagai tukang amik gambar tak bertauliah sambil pegang aqil yang tak reti diam sambil amik gambar. adehh. Nasib gambar ok kalau tak potong gaji. heheheh. Ok la gambar ada kepala kira ok la tu tak cacat. muhehehehehehe. Baju aku yang tak menepati tema. :(






Penat ok aku melayan budak kecik ni meragam nak tidur sebab ramai orang dan panas. Aku pulak panas hati dengan Aiman & Ilman yang tak reti duduk diam menunjukkan bakat membuat kecoh kat majlis orang. Perghhh nasib majlis orang kalau majlis aku tak payah bayangkan aku jadik apa. Eh majlis apa lagi ek ko nak buat jangan nak buang tebiat. :) Ada tak orang nak buatkan majlis tuk aku majlis hari jadi tiup2 lilin nyanyi-nyanyi ok babai aku seram dengar sedar tahun ni aku sambut harijadi ke berapa....sob..sob...

Aqil memang jaki dengan Aiman ni kalau nak tau. Suka sangat menyakat adik ko ni tengok dia dah berbulu bila abang dia peluk. Tapi bila Aiman agah pandai pulak ketawa mengekek-ngekek. Ok emosi budak kecik memang tak stabil.

  Ni gambar dalam kereta puas aku nak tidokan dia bukak aircond kuat-kuat sampai aku yang mengokol kesejukan last-last tak tido jugak. Patah pinggang mak ko ni Aqil asik nak dukung je. Ok bulan depan nak massage.*tetiba*

  Cuba carik benda tersembunyi. ekekekeke.

 Piece atas bawah. caya la..muahahahha.

Kisah seluar Aiman ni ialah aku terlupa bawakkan tali pinggang dia. Anak bujang aku sorang ni tinggi ramping cam kerengga. Dah sepanjang hari asik pegang seluar dia nak terlondeh je. Kesian dia. Terbonjol-bonjol perut dia aku gulung seluar dia jangan kasik jatuh. :)



Aku salute anak3 aku ni bila pihak rombongan sampai diorang ni tidur. Wah berkepak mak ko ke sana ke mari jadik juru gambar. Lupa sekejap dah ada anak. Poyoss. T___T. Majlis pun mula agak lambat so dah penat memasing tunjuk skil melompat-lompat tak reti diam pandai plak amik port memasing nak tidur. Sumbat susu semua terbongkang.


 
Muka Ilman bangun tidur. mamai.

Ok disebabkan Aqil banyak dengan aku so gambar dia paling berlambak. sila tatap.




Geram tengok budak kecik ni walaupun anak sendiri hari-hari gomol dia. Perkataan yang dia boleh sebut "nanak, dah". kiut. *pangg*

Ok dah habis dah entry majlis tunang ni. tarik napas sekejap. Ok TATA.






P/s : Tengahari macam tak nak makan la. kenyang lagi. Kang pukul 3.15pm mula la geledah segala bekas carik makanan serdak pun jadik la. Sepak laju-laju.

~(^_^)V 

Piece

Pertunangan SIL- Part 1

Hari Ahad lepas (12/02/2012) adalah majlis pertunangan adik ipar aku. Aku balik hari Sabtu petang tu sebab Aiman kan ade sekolah ganti. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa hal yang memang tak dapat dielakkan. Biasala dah lama tak buat majlis besar-besar ni. Sikit-sikit masalh tu normal la kan. Pengajaran di masa akan datang. 

Tema baju pink-pink soft gitu tapi aku mana ada baju pink sekali selak-selak gobok cakkkkkkkkk adela satu baju tu tercalit sikit ala-ala pink eh ye ke macam purple je aku tengok. Belasahhhhhhh.

Aku tak nak celoteh panjang-panjang aku tunjuk gambo je la ek.Meh terjah. 

('',)


Adik ipar aku ni kecik comel je orangnya. Ko tengok tunangnya besar tinggi paras bahu bawah sikit je ude. heheheh. May be happy to end life. ^_^

 Hantaran dari pihak lelaki dan perempuan.


Hantaran dari pihak perempuan.

Aku paling suka part makan. Muahahahah. aku bukan buruk lantak tapi suka dengan makanan macam serasi bersama je kami berdua. hahahaha. dasar kuat makan mengaku je la. :) Tak nak mengaku!!!!

MENU : NASI MINYAK

 Nasi minyak dia sedap tau peroi-peroi bahasa je ke paham bahasa. (pandai je aku ubah perumpamaan) Semuanya catering je. Sekarang kan zaman call je semua siap so kita guna perkhidmatan itu dengan sewajarnya. ('',)v

 Lauk dia ayam masak merah sebelah tu paceri nenas memang mabeles. nyummyyyy. Ada juga daging masak kurma ke hape ntah aku tak amik gambar tapi rasanya semua dah amik.cisss dengan kuah dalca gambar kat bawah. Acar buah ada jugak. Pencuci mulut buah tembikai.


Kuih-muih yang sangat banyak tu pun aku tak snap semua segan plak keje nak amik gambo je tapi dalam hati "alaaaaaaaaaaaaaa ruginya tak amik gambo kuih tu tadi eh kuih ni pun tak amik jugak" haaaaaaaa gitu la gamaknya.








P/s: Ade part 2 tau sebab tak nak entry nanti panjang berjela kang orang baca suku jalan je dah uarggggggghhhhh nantuk...heheheheheh part 2 ni gambar aku anak beranak la dah semestinya. meauuuwwww.

Tuesday, 11 October 2011

En Faizal a.k.a Kaki Pancing

Salam, Morning uolss...hah selepas selesai membuat pelan2 tanah industri yang berlambak sampai aku nak termuntah meh aku nak lapangkan pale aku jap...bengong...sarap pn td cam xsempat kunyah pakai telan2 je...xputus mee goreng aku kot masuk dalam perut..pas nak laju lagi makan sambil minum air...(tu bukan stail aku okehh)..gile mati tercekik..ko bayangkan la satu department tu aku berdua je aku ngan bos aku...mmg la aku ni cam mesin....sadisss...Eh..eh..lari tajuk la...aku ni sebenornya nak mengumpat en Faizal ko ni haaa....arini dia g memancing lagi..aku rasa bulan ni je dia dah 2 kali g memancing...mulut aku ni dah xlarat okehh nak bebel2...buat luntur lipstik aku je...semalam aku suh dia amik roadtax kete yang expired sok tp muka dia cam xde perasaan...eh apsal lak org tua ni???..masa dia beli susu anak henpon dia bunyik..adik ipar aku call..apa kehalnya ni???bila aku tanya....

Isteri Solehah : Nape Amir call ayang tadi??
 Suami Soleh : Ermmm....
Isteri Solehah : Nak g mancing lagi la tu??????
Suami Soleh : Ala jap je xjauh pn Kat Sungai Kota....sebelum ayang balik keje sok ayang dah balik kay....(senyum kambing)
Isteri Solehah : Grrrrrrrrrggrrrr (mencuka trus xgeng sampai umah)

Alasan dia tu suwettt kan?? nak jaga hati aku dia kata dia akan balik  sebelum aku balik keje....mana nyerrr...slalu dia bagi alasan gitu malam kang dia baru balik..hangin x ko??? ni untung dia g memancing tempat dekat2 je selalu tu dia main pulau punya....semalaman xbalik umah...aku ni kan isteri solehah risau okehh dia kat tengah laut tu....ko rasa dia ade x pikir aku ni risaukan dia ke apa ke?? ke dia xingat aku langsung kat umah ni??...kadang2 tu aku call seharian xjawab...bayang kan aku ni yang cepat panik lagi gelabah ni kat opis cam cacing kepanasan risaukan laki memancing kat tgh laut ntah apa keadaannya mabuk laut ke??pening2 lalat ke?? ke tgh bersantai di tepian pantai ke???....baguskan en faizal ko slalu buat bini dia ni risau!!!

Dia kata dia ade group memancing dia,,adela lebih kurang 6 org siap collect yuran tu yang aku xthn dengo...duit tabung memancing katanya....hah!!!nampak gayanya slalu la dia turun laut keje sambilan jadik nelayan xbertauliah...Kadang tu saje je aku perli harap2 la balik ni dapat ikan wat lauk seminggu dua...hehehehhe dia gelak kerang busuk...ok..ok...yakinnya menjawab.....fine!!!..Bila balik je bila aku tanya 

Isteri Solehah : Yang mana ikannya??dapat banyak ke??
Suami Soleh : Ade tu dalam peti ais..
Isteri Solehah : Hah!!!! 2 ekor je...xkan la mancing satu hari suntuk dapat 2 ekor je???(besar tapak tangan aku ni je....) *pitam*

untung dia memancing dapat ikan pernah tu dapat ikan bilis je gayanya..aku cakap dia lain kali jgn bawak bali buat sakit hati tgk...huh....ko tau la dia buat bodo je....malas nak layan aku membebel doplohpatjam...xberbaloi okeh pada akumemancing lelama gitu hasil xde pemat dapat duit lagi kuar muka jgn cakap la dah cam adik badik org Nigeria tu..hitam legam...sampai aku kadang xkenal sape la ni muka itam sangat (auta xkan ko xkenal laki ko). Tp aku kadang leh gak tolak ansur ngan dia & aku cuba faham hobi dia tu walaupun kadang2 buat aku sakit hati je..ye la aku baru je nak ajak jenjalan ke tetiba dia kata nak g memancing..X menggigil badan ko!!!!...Klu aku la ko kasik la soploh hengget pn xnak aku memancing tu..mmg xmasuk dalam pale hotak aku okehhh..buat rentung muka jelita aku ni jek...bluwekkkk...tp klu ko kasik duit suh aku shopping xtdo malam okehhh nak tggu sok nya siap leh list lagi barang kat pale otak ko ni..hahahahha..ni plak hobi aku ko jgn pertikai...sama jek !!!


 Ni gambo mase dia g memancing kat Pulau Pisang ke apa ntah..aku lupa...dapat je ikan ni cecepat dia MMS aku..."Yang jgn jeles ek ayang dapat ikan besarr ni"...ehheheheh...suwettnya laki aku ni.....lempang kang.....tp bangga gak la aku....sayang pic ni...bukti dia bukan "memancing lain" okehh..ekekkekeke

Apa pun en faizal dia tetap kawan gurau senda gaduh sepak2 kaki tumbuk2 (manje) teman tdo aku tau!!!...so aku kena la redha segala apa yang ada padanya...Ya Allah tabahkan la hati ku...(^___^)

Ni kang petang ni klu dia balik aku xnak tanya dia dapat ikan bape ekor...cuma aku nak tanya bape banyak umpan yang dia humban kat sungai tu???...bijak x aku??....dah dah dah petang ni nak ajak en faizal ko ni beli bawang bilis..semua dah abisss....ok abiss sesi mengumpat kang raya mintak maaf cium kaki tangan semua.....

TATA..


Thursday, 18 August 2011

family saya....

Tajuk entry cam tajuk karangan budak darjah 3...xde idea beb nak letak tajuk apa..sebenarnya nak citer org2 yang aku sayang yang rapat ngan aku...tp kebanyakan gambo kat majlis tunang adik aku yanie awal thn ni....so aku tepek je la gambo2 kat cni....

  
ni ialah adi badik aku...aku anak sulung dari 5 orang adik badik...adik aku yang bongsu lelaki & dia mmg xamik pot bab gambo2 ni...xlayann okehhh....lantakla kakak2 dia ni...dari kiri : arin..adik aku no 4 dia ni slalu belasah mekap aku...pantang nampak beg mekap aku dia sebat jek....sebelah dia ni irah adik aku no 3..dah kawen dah anak sorang, Adam...kawen muda 20 taun dah kawen aku pn kawen 23 thn...so dia lebih gedik dari aku ..ekekekekeke...sebelah dia tu...xyah bgtau..tu aku..ibu 3 org anak laki2...gagah kan aku...hahahhaha...yg sebelah aku tu yanie adik aku no2 ni majlis tunang dia la.....


 ni pose gedik kami adik badik...xingat anak ntah kemana asik nak bergambo je ko ni susie...ala..bukan slalu ...hah!!!bukan slalu ko ckp....ishhh muka aku sedulang lebonya...gemuk ek aku ni...adoiii..ngeriiii tul....sebab aku pakai shawl kot tu muka cam tu...nak gak salahkan shawl tu...kamera kat tgn aku tu xlepas okehhh...sanggup anak pass kat org asal dapat pegang kamera...selamat aqil nak ngan semua org....senang la ibu ko ni...


 ni aku ngan cousin aku Liza...cute kan dia?tp kurus kering..aku je banyak daging...lemak sana sini...alasan!!..leh ke gitu???xmooo gumukkkk....pastikan pasni slim melim...tu sebab gambo senget2 kan muka xnak nampak lemak kat muka tu..banyak sangat...sob..sob...sob....


again ngan Liza....xramai sedare mare yang datang so muka kami je la yang bersepah melimpah ruah kat kamera....layankan je la....eh tak..tak...muka Aqil yang banyak..sebab dia asik bertukar2 tangan..aku pegang bila dia nak susu jek....


kan aku dah cakap muka Aqil je...Aiman & Ilman ntah kat mana aku xtau...susah sangat nak amik gambo...nak amik gambo je melenting2..so gambo gegar sana sini...tensiiiii....


mak aihhh mata ko...nampak kamera je terus bersemangat Aqil ni padahal dah penat....mak borek anak ujan rintik2...lalalalalala


dagu berlapis2..kuat nyusu...baju Garfield ni ayah belikan ye...dia kata lawa klu Aqil pakai...


ni Irah ngan Adam...dak comeiii ni lama tul Mak Long xjumpa....rindu bangettt....klu jumpa Mak Long gigit...dengarnya dah pandai jalan....so raya ni tugas anda teraburkan kuih raya dalam balang...hoyeeeee....sonoknyaaaa...


 Ade pn gambo Aiman...godeh2 jumpa plak....haa ni lak budak yang xreti diam tu...mase ni baik lagi...enjin baru warmup....pastu terpekik terlolong la ko dikerjakan dia...
 ko tgk la tu Ilman dia buat hal dia je..dia libas2 je bakul telur tu....aku malas dah nak cakap...biorr je....ehehehhehehe



ni adik aku Alip tu ko tgk dia pakai baju apa??? ada dia kesahhhh!!!!



 ko tgk Aqil ramah tamah tul ngan org2 yang dia xkenal....riso gak aku ni...tu la pangai dia menyeringai je...klu g mana2 pn ntah sape2 ntah tegur aku nak dukung Aqil tu...ko GILA!!! ke apa aku nak kasik anak aku kat org xkenal....so aku jawab SORRY ye....xselesa sungguh....


harusla gambo owner punya blog ni tepek banyak2....kata gedik...ekekekekekeke



Pic paling aku suka...tgk atukkk comeiii je wat gitu...rindu kat mak ngan abah....


LAST SKALI
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

bilala aku nak dapat kamera DSLR ni...aritu en faizal cakap "Yang nak beli kamera NIKON x?"Best gak ek...bila dia tgk muka aku bersinar2 lain macam je trus dia senyap...xcakap apa2 lagi dah....meleleh2 air liur aku ni dah.....KEJAMMMMMMM!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...