Nuffnang

Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Thursday, 12 April 2012

Cerita kursus PDS

Salam, selesai buat keje mari kita sembang-sembang jap. ^_^
Tiga minggu lepas aku ka nada pergi Kursus kat Port Dickson Santuary Tranning. Aku pergi dari 14/03/2012 hingga 20/03/2012. Seminggu okeh berpisah dengan anak-anak berpisah dengan bapak budak juga.tettt…-_-

Kursus ni dinamakan Kursus Penerapan Budaya. Di sana kami seramai 22 orang dari beberapa cawangan opis berkumpul. Memula memang aktiviti dalam kelas je la selama 2 hari. Ok biasa-biasa je la. Balik bilik mata berair terkenangkan anak-anak. Aku kan sensitip lagi jiwa tisu. Call mak aku tanya anak-anak camner mak jawab “ Aqil & Ilman ok je tak nangis langsung tak cari pun” Ok buat aku lagi sentap. Rupanya aku je yang meroyan sorang-sorang kat PD ni. T____________T

Setiap pagi kami akan bererobik selama satu jam. Pastu makan hahahahha cam tak guna je erobik tadi. Sekian. Setiap petang pulak kami akan berkawad. Hahaha tunggang langgang la jadiknya dah tua-tua tulang dah liat suruh berkawad muhahahah sangat kelakar tapi amat menyeronokkan sebab guru kawad tu kelakar orangnya muka macam Hamid Gurgha pelakon tu…Rindu pulak nak tengok pakcik tu. >_<



Makanan kat sana biasa-biasa je la. Apa yang disediakan kami semua bedal dengan lahapnya daripada kami kebuluran. Rezeki depan mata jangan tolak melainkan batu & kayu je. Alhamdulillah.

Masuk Hutan

Hari kedua last kami di sana ada aktiviti teambuilding so pertama sekali kami disuruh masuk hutan diorang ajarla cara nak ikat tali ala macam pengakap dulu-dulu kat sekolah rendah tu. Aku dulu pengakap tapi tak aktif aku kan lemah-lembut. -_-


Kami juga diajar tentang perangkap-perangkap untuk tangkap binatang ke apa ke. Ok la kalau aku la memangtak terpikir kot camna nak buat perangkap tu semua. Agak kalau sesat dalam hutan maunya melalak je sampai mata bengkak tak reti nak buat apa hulur je badan kat pak belang..uwaaaa. tak nak la aku suka imagine yang bukan-bukan tau. Mencikk. >_<


Masa tu juga kitorang diajar camner nak masak nasik pakai botol air mineral tu. Aku ingat memula botol tu akan meleding kene api tapi tak okeh masak tau nasik tu dalam botol. Rupanya dalam hutan pun boleh hidup ek cuma usaha je penting. Kalau aku tak janji la boleh hidup ke tak..wakakakakka.



Pastu kami berkumpulan diberikan sebungkus beras dengan 2 botol air mineral yang kecik tu dengan ikan kering kembung sekor suruh masah macam yang dia ajar tadi. Merah padam la nak tiup api, ok tu keje budak lelaki aku tukang masukkan beras dalam botol pastu siat-siat ikan kering tu masuk dalam botol campur ngan beras konon nak bagi masin sikit. Walla. Ok la boleh buat tapi sebab kesuntukan masa maka kami tak dapat nak tengok nasik tu masak ke atau dah jadik arang. ngeeeee

Flying Fox

Ha part ni la yang aku nak cerita sebenarnya. Hahahahah. Korang tau kan Flying Fox tu apa?? Pernah buat tak??seremmm tak???  Lepas kitorang masuk hutan tu aktiviti seterusnya ialah Flying Fox.



 Macam aku memang aku tau Flying Fox tu tapi sumpah seumur hidup memang tak pernah merasa nak buat.  Bila memula aku tengok menara yang kene panjat tu aku terus ajak kawan aku pergi toilet. Wahhhh takut beb tinggi giler adala macam 3@4 bangunan tinggi dia. Aku dah start gelabah dah sebab aku memang gayat sangat-sangat. Tangga menara tu dah la tegak 90degrees. Aku tak imagine aku dapat naik sampai atas menara tu. 


 
Memula group pertama naik aku dari bawah tengok diorang kecik je kat atas tu. Tangan aku dah sejuk batu. Muka hiris tak de darah. Time aku Ya Allah tuhan je tau aku camner masa tu. Tapi aku cakap dengan diri aku bila lagi aku nak buat kalau bukan sekarang. Takut tapi kene cuba jugak. -_-

Masa naik tangga menara tu tangan aku dah berpeluh-peluh naik mula la rasa nak tergelincir la, pening la. Tangga kedua pulak aku dah start gayat. Aku pandang bawah berkunang-kunang bijik mata aku. Kawan aku kata jangan tengok bawah nanti gayat. Aku panjat slow-slow rasa siput pun leh ketawakan aku. Aku panjat sambil peluk tiang tu takut jatuh. Giler ko kanan kiri tangga tu memang tak de penghadang kalau ko jatuh memang terjelepuk terus ke bawah. Masyaallah. 

Aku memang takut sangat kawan aku Bob jaga aku kat bawah sorang lagi jaga aku kat atas. Hahahahah. Sampai atas je aku dah lembik kepala lutut aku dah takleh diri. Instruktor tu suruh aku cangkung amik nafas pastu dia ketawa. Hampeh tul. Bila time aku nak Flying tu makkkkkkkkkk!!!!! Dia suruh aku julur kaki aku tu pastu aku tergantung-gantung wei tangan aku sejuk bila aku teringat balik. >_<  instructor tu sempat tanya “ Suami berapa orang?” Aku jawab “ sorang” ok la tu. Ooo dia nak uji aku samada aku siuman lagi ke tak kot. Waaaaaa kejam giler. Siap suruh bagi koman kata kita nak turun. Bila dah sampai bawah tu pakcik yang ajar kawad tu kata “ Alhamdulillah dah selamat dah”..hahahaha..nak tampar je rasa. T____T

 Abseiling 

Ni satu lagi aktiviti macam nak mati. Lagi tinggi dari menara tadi. Wei dah la wei aku tak sanggup dah. Buat menghadap laut dia punya tinggi lebih kurang 5 tingkat bangunan kot. Matik la. Aku dah start gigil lutut semula. Takut-takut aku tapi aku siap dulu pakai alat keselamatan dia. Takut tapi excited. ^_^





Kawan-kawan aku cakap muka aku memang tak senyum langsung. Serius je. Eh boleh ke ko senyum-senyum kalau dah takut macam nak kene campak dari atas bangunan. Lantak la aku memang tak de mood nak senyum. Bila instructor tu nampak muka aku pucat lesi putih tak kuar darah dia suruh aku dulu. Wallaweiii…Aku tak reti nak explain ek macamana tapi begitu mengerikan. Masa aku nak pusing tu aku peluk pinggang instructor tu. Wah tindakan luar kawal beb. Bila dah turun tu ko dah tak rasa apa dah seronok pulak. ^_^


Tapi aku boleh berbangga dengan diri sendiri walaupun aku ada penyakit gayat yang kronik tapi aku masih boleh lakukan kedua-dua aktiviti tu dengan jayanya. Syabas Susie!!!!
Malam nya kami ada buat barbecue sempena nak berpisah esoknya. Sob.sob.. Selama seminggu aku kat sana banyak aku belajar tentang kehidupan, sahabat, jati diri & keberanian. Kawan-kawan masa kursus pun dah aku anggap macam saudara sendiri. Kami sangat rapat walaupun hanya seminggu kenal. Sampai sekarang kami sering berhubungan. Dunia dah canggih tenet & Fb la….ekekekkek.

Last day kami di bawa melawat Hospital Pakar Seremban. Setengah hari kami di sana dah petang tu kami gerak balik ke JB. 

Bye-bye PDS.

Meninggalkan kenangan yang terindah yang tak dapat dijual beli.

Piece~(^_^)v











P/s: Weekend ni jalan-jalan pergi Segamat pulak. Yeayy




Monday, 12 March 2012

Kursus..

Hai..aku tengah rushing siapkan segala kerja-kerja opis sebelum aku pergi kursus pada 14/3/12 hingga 20/3/12. Seminggu ko...adoiiyaiii mesti aku homesick nanti...uwaaaa...manyak lindu sama itu budak-budak tiga olang itu. Sob..sob...

Bila terkenang nak tinggalkan diorang tu berdebar jantung aku. Sebelum ni aku memang tak pernah berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang lama sebab tu aku agak tak keruan sikit ni. =_='

Barang-barang pun aku tak kemas satu apa lagi nampak sangat tak excited nak pergi kan???

Aku harap semuanya berjalan dengan lancar. dah plan nak hantar anak3 kat umah mak tapi tak tau bila nak hantar sebab En Faizal tak kasik hantar awal-awal sebab kesian mak aku nanti dia tak terkawal jaga budak3 tu. Aku tak berapa risau sebab adik aku leh tolong jaga jugak. -_-'

Aqil tu dah la manja dengan aku asik nak duduk bawah ketiak. Aku tak dapat bayangkan la aku tinggal dia seminggu ni. Hopefully dia tak apa-apa sebab ayah dia ada. Ntah-ntah aku yang tergolek demam rindukan dia. ('',)

Aiman & Ilman aku tak risau sangat sebab diorang dah besar paling-paling pun diorang akan tanya aku pergi mana. uwaaaaa..


Ibu mesti rindukan 3 stooges ni. uwaaaaaaaa.











P/s : Tak ada mood. :(

Thursday, 8 December 2011

Seminar di Hotel Selesa Pasir Gudang

Semalam 7/12/2011 aku diarahkan oleh pihak pengurusan untuk berkursus di Hotel Selesa Pasir Gudang bersama dengan seorang lagi opismate aku...Aku ni bangsa yang cepat gelabah nak carik tempat lagi la tempat yang tak pernah aku pegi....walllaweiiii...tanya En Faizal ko....

Aku : Yang ayang kene pegi kursus kat Pasir Gudang kat Hotel Selesa tu....ayang tau kat mana tak?
En Faizal : ala sebelah MPPG yang ayang pernah pegi tu la...sebelah dia je tu....sebelum sampai MPPG sampai Hotel Selesa dulu...tak kan tu pun tak ingat...
Aku : ooooooooo tau..tau...(dalam hati mati aku ingat lagi tak jalan nak ke situ)...*sentap*
En Faizal : Semalam kan baru lalu.....asik tanya je tak kan tak ingat....
Aku : Ingat..ye la nanti kalau tak jumpa ayang call tau..
En faizal : ermmmm....

Pagi semalam dia gegar aku suruh bangun awal sebab memang sedia maklum highway Pasir Gudang tu memang hari-hari jem giler.....ok bangun dengan liatnya....tapi aku still lambat jugak keluar rumah sebab anak3 buat hal...baru je nak kuar Aqil yak-yak....hadoiiii.....tabah...kursus start pukul 8.00 tapi aku sampai kul 8.15am gitu...terkocoh-kocoh sebab ingat aku paling lambat rupanya aku di antara yang awal sampai...hampehhhh...penat aku drive dengan lajunya...eh tak la...ehehhehhe...rupanya aku masih ingat lagi jalan area Pasir Gudang tu...terer gak aku...terus je sampai nampak hotel tu sengih sampai telinga...T__________T. Masa aku sampai tu kawan aku tak sampai lagi....eh lupa nak bagitau malam nya tu En Faizal ko basuhkan kete sebab dia tak nak aku bawak kete comot....camner la aku tak sayang banget ngan dia....tgk la.....:)

Seperti yang aku jangka kursus ni sangat mengantukkan okehhh....pas bekfes pagi tu..makan nasik goreng ngan kuih apa seri muka ngan kuih apa ntah lemak2 pastu tabur daging...memang tak kene ngan tekak aku ni okehhh....erkkkk....tp makan je la takut kebulur nak tunggu lunch...aku dah agak dah makan nasik goreng ni peratusan tuk ngantuk tu memang tinggi....masuk je dewan memula ok je dapat setengah jam aku cam dah kene pukau...mengantuk gilerr....tengok penceramah kat depan tu dah kecik beso je....aku ingat aku sorang je tp aku tidak bersendirian sebab kebanyakan peserta senasib ngan aku ....wakakakakakka.....memasing berzikir...tunduk tak dongak-dongak balik...aku tak jadik nak mengantuk sebab kelakar tgk gelagak diorang ni...ahahahhaah.....memamng mencabar okehhh.....T_____________T

Kursus aku ni ialah mengenai "SEMINAR MEMPERKASAKAN PASIR GUDANG SEBAGAI BANDAR SELAMAT" yang di hadiri oleh orang-orang beso kerajaan, NGO, swasta dan syarikat persendirian. Ianya di anjurkan bersama oleh IRDA (Iskandar Regional Development Authority). Media pun dijemput jugak. Malam tadi kawan aku call dia kata masuk tv...seb baik muka ngantuk aku tak masuk tv klu tak buat malu kaum je....ekekekekek .Seminar tentang bagaimana langkah-langkah yang hendak diambil untuk menjadikan Pasir Gudang sebagai bandar selamat dan maju di masa akan datang. Banyak la diorang cakap nak buat itu ini...harap semuanya menjadi kenyataan. Sebanyak empat pembentangan diadakan semalam dari pelbagai agensi..so sangat-sangat bermanfaat. 

Selepas lunch bersambung semula, tengah-tengah syok dengar ceramah tu tetiba aku dengar orang berdengkur..kuat ko tau..aku ingat orang depan aku ni....aku tengok memang dia tunduk tapi aku dengar dengkuran tu kat belakang aku...ishhhh..aku plak yang malu.....siot betul....rupanya ade pakcik ni ntah dari agensi mana aku tak tau rilek je dia silang tangan bersandar pastu tido disertakan dengkuran yang kuat....OMG bebudak yang duk sebelah dia tu dah ketawa pecah perut...ko ingat ni kat umah ke hape?????????buat malu je la pakcik oiii.....dermmm!!!

Seminar abis pukul 4.30pm cecepat aku aku angkat beg balik sebab takut jalan jem....call en Faizal dia balik kul bape..ok dia balik kul 5.00pm so aku leh tunggu kat umah baru saing amik budak kat taska...sebab semalam aku cam tak sedap badan sikit...sakit-sakit badan aku ni leher tak boleh nak toleh-toleh sangat...tekak sakit giler nak telan makanan cam nak telan paku ketat je rasa....:( 

Moral of the story  seminar semalam ok la dapat gak ilmu walaupun sebesar semuat merah...eh cam tajuk lagu plak...lagu apa oiiii!!!ntahh.. tapi kesannya aku sangat stress dan keletihan yang amat sangat....stress sebab banyak benda nak buat pastu minggu depan ade exam lagi.....uwaaaaaa....mak tolong!!!!!!! yang paling penting makan kat Hotel Selesa tu sangat tak sedap!!!....makan free pun tak sedap gak.....ermmmm...tp bersyukur sebab aku tak kebuluran sampai petang.....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...