Salam
hai2 pelik ke tak aku updet blog...hahhahaha takla kan..ni kan blog aku tak kan orang lain plak nak hupdetkan???
Okla kali ni aku nak cerita rencam maksudnya campur2 la sebab dah lama sangat tak updet kan...
Ok sekarang cerita pasal aku dulu...ofcosla kan...hihihi. Skang aku dah masuk 29 minggu mengandung. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan aku semakin 'sihat' gamaknya...huhuhu...seram!!
Barang-barang baby aku dah beli dah tinggal nak beli jamu je dengan brg2 aku. Aku memang prepare sikit2 tak nak kelam-kabut nanti. Sebelum bersalin ni aku kena sediakan kelengkapan sekolah untuk thn depan siap2 sebab aku bersalin dijangka awal bulan Januari sedang budak nak naik sekolah kan?..ermmm banyak benda nak kena pikir ni..
Minggu ke 31 nanti nak scan 4D lagi sebelum bersalin. Yeayyy tak sabarnya!!!
sebelum solat raya..posing dulu....:) |
Ok Hari Raya Aidiladha aritu aku balik rumah mak kat Lok Heng sebab adik2 aku yang lain tak balik diorang ada hal memasing. Cuti pun sehari je kan so macam hah!!! dah nak balik rumah dah?? ermmm sangat la sekejapan.. -_-
Gambar ni masa Hari sukan olahraga sekolah Aiman. Aku memang tak tau cerita yang dia masuk sukan wakil rumah dia Rumah Intelek (Merah). Aiman ni peel dia benda penting pun dia buat selamba je. Petang Jumaat dia bagtau En Faizal dia ada lumba lari esok kena datang (Sabtu).
Memula aku malas nak ambik pusing sebab surat tak ada so aku eh ye ke ni?? ntah sabtu bila ntah ni buatnya. Malam tu siap pergi Giant langsung tak hirau pasal Aiman kata ada sukan. En Faizal ko dah berbunyi2 cakap pasal ni. Aku pun rasa tak sedap hati aku call cikgu kelas dia. Rupanya betul esok pepagi buta kena hantar pergi Stadium Educity, Nusajaya.
Geram aku dah sebab memang benda tak plan kan?? En Faizal keje pagi soknya makanya aku la yang kena hantar Aiman!! Memula aku suruh cikgu dia je bawak pergi stadium sebab aku nak kena jaga Ilman dengan Aqil tapi En Faizal suruh jugak aku pergi stadium tu..Helllooooo senang betul kan???Grrr
Dipendekkan cerita aku hantar Aqil ke taska aku bawak Ilman je. Pergi follow cikgu dia. Lantakla tebal muka. Aku ingat tengahri dah settle dengan tak sempat sarap lagi rupa2nya sampai pukul 3pm ko...rentung gigil aku dibuatnya dengan panas dan laparnya. Lain kali memang aku suruh En Faizal la pergi..aku xkoseee sebab tak suka buat keje tak plan ni.
Aiman masuk 2 acara 100M dan 4x400M. Alhamdulillah dia menang no 2 yang berkumpulan tu. Berbaloi gakla aku tunggu sampai petang. Tak padan buyong terlompat2 aku tepi padang kemain eksaited anak lari...hahahhaa..
Apapun anak3 buat aku tetap sokong sepenuh hati walaupun bebel2 hahahah anak ko sape la tak sayang kan????
No comments:
Post a Comment