Salam,
Hai
lama dah rasa tak updet blog ni bukan apa agak sibuk sikit dengan kerja-kerja
opis ngan kerja menguruskan anak3. Memang kadang tu nak sangat updet blog
tiap-tiap hari non stop sampai kematu jari tapi apakan daya komitmen yang lebih
penting perlu diutamakan.
Pada
aku kerja dan keluarga lebih penting dari segala-galanya. Blog pun penting dan
kesayangan jugak tapi maybe no 3 penting la. Gitu. Anyway blog tetap kesayangan
tuan punya okeh. Reader aku jangan salah sangka tau. Tetapla memberi sokongan
padu pada aku ye sebab aku sangat-sangat memerlukannya. Eh ade ke reader blog
aku ni??ngeeeeee..>_<
Insyaallah
ada bahan untuk aku kongsi pastinya aku akan tulis kat blog. Dun worry k!!
1
Mei semalam korang jalan mana ek? Aku cuti empat hari sebab Isnin aku sambung
amik cuti so panjang la sikit duk umah tu. Heheheh. Isnin tu aku pergi tengok
wayang dengan En Faizal sebab kebetulan memang dia off aritu. Bukan senang nak
dapat cuti sama dengan dia tau mengalahkan Perdana Menteri nyampah…
Kami
tengok cerita The Avengers. Fuyyooo sangat best itu cerita macam nak tengok
wayang sekali cerita yang sama. Ok la anak pun boleh bawak sebab cerita tu
bukan 18SX..hehehhe sesuai untuk semua golongan. Terlupa sekejap yang kami ada
anak 3 punya la jakun jarang dapat kuar sama-sama. T___________T
Tetiba
balik tu terlepas cakap dengan Aiman yang kami pergi tengok wayang. Oh dia
sangat jeles sampai bergenang airmata. Ngehehehhe. Pastu mulut dia doplohpat
jam tak berhenti cakap nak tengok wayang jugak. Ok..ok…nanti kita pergi
lagi…ntah bila…bhahahhaha.
Sampai keluar Jusco masih meleleh air mata...ngeee hilang encem...huh
Semalam
aku dengan En Faizal bawak anak3 jalan-jalan punyala ramai orang sesak
sangat-sangat cari parking pun hamper nak giveup. Huh aku kan rimas reramai
sangat orang ni. En Faizal ko bawak budak-budak masuk TOY ‘R’ US. Memang
penyakit okeh nukan Ilman & Aqil tapi Aiman. Dia mengaruk nak menan. Malas
nak layan aku ajak En Faizal balik. Sebenarnya kami sedang berfikir-fikir nak
belikan dia hadiah besday bulan ni tapi tak de keputusan lagi nak beli apa. -_-
ni la budak yang hilang tu buat aku kering darah je..>_<
Balik
singgah pulak Pasar Malam sebab aku malas masak. Aku memang hangin Ilman hilang
lagi padahal En Faizal ko kata dia dah pimpin dia. Aku memang terus takde mood
okeh nak beli makanan nasib baik sempat beli kebab. Kami berpecah aku carik
belah sana En Faizal carik belah sinun. Last-last aku jumpa dia dah kene
kerumun dengan orang ramai sebab dia melalak kuat. Ada pulak aku dengar penjual
kat situ menjerit “ Dah tak sayang anak ke oiiiiiiiiii” Helloooooo bukan aku
tak sayang anak okehhh binatang pun sayang anak. Kalau tak sayang dari kecik
aku dah buang. Cakap tak pakai otak benci aku. >_<
Menggigil
kepala lutut aku jangan nak cakap terus aku rentap tangan dia terus ajak balik.
Aku diam sepanjang jalan tak nak cakap. Meroyan aku. Kalau boleh tak nak pikir
lagi. Mwmang serik la akunak ajak budak3 pergi tempat yang reramai orang ni.
Jangan salahkan ibu korang ni kalau korang tak pernah nak ajak pergi pasar
malam..hahahahhahah. kejam.
Sangat geram ini budak kecik sebab masa ni dia dah gigit aku sebanyak 3 das sekali gus..berlebam-lebam badan mak ko Qil...
Ok
aku dah habis meroyan. Babai.
Piece ~(^_^)v
P/s : Niat dihati nak selalu updet blog tapi apakan daya...hukhukhuk
Alahai hero ni dalam hati ada taman la... Follow back ye
ReplyDelete