Salam
Semalam seperti biasa hari kamis mesti singgah pasar tani lepas balik keje.
En Faizal amik budak-budak aku tunggu kat sana. En Faizal baru balik dari umah mak dia.
Pasar tani memang aku suka sebab macam-macam ada. Ko nak beli sayur segar pun ada tapi aku tak pernah beli sebab aku rajin masak. bhahahaha..
Ada satu abang ni dia memang jual ikan kat akuarium bekas kecik-kecik tu. Sebelum ni dah beli ikan dia. Ikan apa ntah yang ekor kembang tu. Beli 3 ekor 2 ekor dah arwah.
Semalam ada kura-kura 2 ekor dalam satu bekas. comel. Satu bekas RM15. Ok En Faizal belikan Aiman. Aiman ni kalau dengan binatang dia macam sayang sikit. Suka sangat ok dia!!
Dah tak ingat lain dah asik ingat kura-kura dia tu. Bila aku tanya nak makan apa?Lek dia jawab kura-kura. kepala pun dah tak fokus aku tanya apa.
Kang aku goreng kura-kura tu kang dinner makan kura-kura goreng. erkkk.. kesian -_-
Pastu aku suruh dia beri nama kat kura-kura tu dia kata nak beri nama Upin & Ipin. Siap dia explain upin ipin pernah jadi kura-kura yang baik pastu Fizi jadi monyet. Oo...ibu tengok..ibu tengok..ok-ok. Cerdik jugak Aiman ni macam ibu ko kan??? awwww
Harap dapatlah upin ipin tu besar ek sebab aku pun suka kerana comel. Aku suka tekan kepala dia sebab nanti dia sembunyi masuk dalam cengkerang dia.
No comments:
Post a Comment