Nuffnang

Wednesday 25 January 2012

Rindunya :(

Salam, arini naik keje selepas puas bercuti selama empat hari bukan aku sorang tapi semua orang dan ade paling best lagi sambung cuti sampai hujung minggu. mabeles.

Aku malas nak sambung cuti sebab tak de nak ke mana-mana sebab En Faizal ko keje :( Untung dia off day hari Isnin & Selasa aritu dapatla jugak aku balik rumah mak. Sebelum balik tu aku kemas-kemas rumah dulu bagi clear supaya aku tak meroyan balik cuti nanti tengok rumah bersepah. Gegar Aiman suruh buat homework siap-siap walaupun cuti seminggu sebabnya bila dah balik umah nenek dia ko ingat dia ingat kat buku ke??? Tak Ingat dia ingat nak lari-lari keliling rumah nenek yang panjang tu. Ok bye.

Sakit jiwa jugak la aku nak suruh dia siapkan homework tu suara aku je yang terjerit-jerit kat taman umah aku tu macam aku sorang ade anak. Tensiii. Turun naik darah aku naseb tak fengsannn. Itu belum bab dia menyakat adik dia lagi, gurau senda lagi, mata jeling-jeling tv, bila suruh buat homework kang kejap nak kencing , kang kejap nak berak, haus pulak banyak alasan. Nah sebotol air aku sediakan ko jangan banyak alasan nak bangun-bangun dari kusi tu. Paham!!

Tapi arini aku rasa rindu pulak dengan Aiman & Ilman sebab aku tinggalkan dekat umah mak. Cuti sekolah panjang ni aku malas nak hantar taska sebab sebelum ni cuti sekolah aku hantar kat taska asik main je dari pagi sampai petang sebab jumpa geng ganas. Dapat upah benjol dahi sebesor-besor tidak. Seriau aku tengok.

Seriusly aku memang tak pernah berpisah dengan anak-anak sebelum ini melainkan aku beranak ke aritu Aqil masuk hospital ke semua kes-kes terpaksa. Kalau rela camni tak pernah lagi. So berat jugak la aku nak tingglkan diorang walaupun dengan mak bapak aku. Siap pesan berbakul-bakul. Balik semalam sayu je hati aku cium-cium bagai Ilman memula meleleh gak airmata peluk kaki aku tapi aku buat-buat kental. Pas en Faizal janji nak belikan mainan dia ok.

Dialog pagi tadi :
Aku : Yang camner la budak-budak tu ek??
En Faizal : alahhhhhhhhhhhh tak de apa-apa la..
Aku : ok (senyap)

* Perasaan ibu tak sama dengan ayah*

Nasib baik ade anak lagi satu leh bawak balik kalau tak meraung la aku. uwaaaaaaaaaaa. Arini taska still cuti lagi so En Faizal kene jaga Aqil arini. Kejap-kejap aku call takut Aqil yang dodoikan apak dia. hishhhh. risau aku. :(

Anak kalau depan mata asik la nak bergaduh tapi bila berjauhan Ya Allah rindunya tercarik-carik. Pada aku tak pe la gaduh selalu asal ade depan mata. Aku redha dengan kehidupan serba sibuk sebab pada aku walaupun penat tapi aku puas. 

Kepuasan Aku Adalah Bersama-sama Yang Tersayang. Pengorbanan Aku Adalah Untuk Yang Tersayang.


Rindunya Ibu kat Abang & Ilman. Sob..sob...Sabtu ni ibu amik kita gaduh-gaduh lagi ek...
T_____T











P/s : Teringat pengat ubi yang mak bawakkan semalam. yummy. harap-harap ada lagi la sebab paberet En Faizal ko.

4 comments:

  1. Yayansmum baru sehari terpisah pun rasa macam setahun.menanges2...huhuhu.Diorang mmg teramat dekat di hati kita kan?:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak boleh pisah dengan anak-anak walau apa sekalipun..bagai nyawa sendiri..

      Delete
  2. lelaki suka ambk mudah kn.. kalu kita yg pmpuan ni mcm2 kita pikir... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang kadang pikir gak tapi tak tunjuk je..kita perempuan ni memang selalu gelabah...semua benda nak pikir..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...