Nuffnang

Monday 9 January 2012

oh sakit!!! part 2-Rotavirus

Sambungan dari citer [SINI]. kali nak masukkan gambar-gambar Aqil masa di hospital. ok layan tau.



Ni masa hari pertama kat hospital. Bila tengok cam tak sakit kan?? yela dah kene masuk air 2 botol dia lebih cergas sikit berbanding sebelumnya lesu tak bermaya. eh cam iklan rambut lak...ekekekekke..

Dr cucuk jarum tu kat kaki dia, aku pun pelik kenapa kat kaki plak??Dr kata urat Aqil ni halus sangat tak boleh nak masuk ubat..OOOO..patutla aku dengar dia melalak 2 kali tadi rupanya dua kali kene cucuk kat tangan tak boleh so kat kaki plak. Buntal je kan kaki dia sebelah kiri tu. ehhehehe..lasak bukan main tak sedar kaki tu berwayar-wayar sampai terbelit-belit dah satu keje asik panggil nurse je suruh betulkan.ermmmm

 Muka aku yang kepenatan ntah cam apa ntah..ermmm..menakutkan plak aku tgk dengan mata sembab tak cukup tido macam panda kene tumbuk. Disebabkan anak aku redha...ecehhhhhh...tak tau pastu aku pulak muntah berak sampai lembik. :(

 pastu ngadu-ngadu ngan En Faizal:

Aku : Yang tak larat la sakit perut nak muntah pastu berak-berak (bahasa kasar sikit ek)
En Faizal : Jangkit Aqil la tu kot ye la sebab ayang yang jaga dia.

(selang bape hari)

Aku : Yang tak sedap badan la. perut cam angin je tekak loya-loya. tak kan ngandung plak!!!
En Faizal : Kalau ngandung apa salahnya.hehehehe
Aku : Wak lu la tak sedia lagi la.(penuh emosi)
En Faizal : Ala mana tau pasni dapat pompuan plak.
Aku : mana ade orang makan pil leh mengandung!!mustahil la...
En Faizal : dah tau tu nape nak risau-risau lagi...hishhhhh

Aku kan cepat panik so En Faizal la jadik mangsa. Dia kenakan aku balik.hampeh!!! seb baik laki...ermmm nyampahh..


Aqil kene virus ni la " ROTAVIRUS". sekarang ni memang musim sakit ni. so kena beware sentiasa yang mana ade anak bawah 5 tahun tu senang berjangkit dan virus ni sangat sukakan susu dan benda manis. selagi ko kasik anak ko susu selagi tu dia akan muntah dan berak-berak.

Aqil kene puasa minum susu selama 4 hari. Kurus kering okehhh dia. kesian sangat sampaikan aku tunjuk air garam perisa orange tu dah fobia. Aku terpaksa sebab nak dia sembuh cepat.

Sampai sekarang ni dia sangat fobia bila dia rasa lapar cecepat dia menjerit sekuat-kuat hati suh aku buat susu. Oh Aqil trauma ibu pun trauma gak dengar dia menjerit kuat-kuat pepagi buta. Grrrrrrgrrrr...




 Ok ni masa nak discharged. Excited ok dia nak bali sebab dah bosan terkurung kat katil tu 2 hari..eheheheheh...tau ko bosan ye Qil...ehhehehe....

Harap-harap dia ok sepenuhnya selepas ni dan membesar dengan sihat dan aktif. Tak kisahla aktif sampai ibu pening kepala ke patah pinggang ke sebab ibu tak nak anak-anak ibu sakit.

P/s :  Selera makan Aqil semakin bertambah-tambah sekarang ni. Syukur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...