Nuffnang

Friday 13 January 2012

Jom pegi sekolah...(^__^)

Pepagi tadi aku dah paksa bebudak ni amik gambar pakai baju sekolah. Arini 1st day Aiman pakai uniform dia sebab baru dapat kemarin. Tabah okehhh aku jahit name tag dia tu walaupun aku cuma tau jahit jelujur ngan sembat je...wakakakakka...belasah...Mak ko kan multi skill....muhahahahha


Aku siapkan diorang awal pastu baru aku bersiap. Saje pakaikan bedak capuk-capuk bila nak masuk kete je dah hilang dah semua bedak tu. ermmmm. memang tak reti duduk diam bergumpal je kejenya mana bedak tu nak melekat lama. 

 Biasanya diorang akan tengok tv katun la apa lagi. Lantak la asal senyap.

Ilman ni tak tahan sejuk sikit. Malas aku nak jerang-jerang air ni biar dia sejuk. Belajar jangan nak manja sangat nak mandi air panas bagai. Tak kose ibu ko nak layan. 

Bila suruh mandi dialog dia " Abang dulu la ibu Ilman ngantuk lagi ni, sejukkkk" ehheheh padahal aku dah bogelkan dia siap-siap. " Abang dah mandi la Ilman pulak la" terus muka dia tercemik-cemik tapi ikut gak aku ke bilik air. Protes secara lembut.

Stokin dia pun aku tulis nama "ILMAN" bebesor biar tak tertukar. Hari 1st sekolah aritu stokin baru dia tak bawak balik mengamuk aku rupanya tertinggal kat sekolah 2 hari selepas itu baru tau. Aku kan singa betina anak 3. Harap maklum. Jangan salahkan aku sebab aku dah pesan seribu kali. :)

Aku cam kuku besi ek. Nak latih biar dari kecik kang dah jadik buluh terkial ko nak lentur.




Aiman ni pulak dah biasa sejuk. Memang tak ada masalah la dengan dia. Dia dah sekolah dari umur 4 tahun lagi so dia alah bisa tegal biasa. Baju dia ni semua aku letak nama kalau boleh spender pun aku nak letak (tapi melampau pulak). Risau kalau tertinggal ke tertukar dengan kawan so dapat trace Aiman punya. Tempah nametag kain tu dengan kawan aku.

Stokin pun aku tulis nama "AIMAN" sama cam aku buat kat Ilman.

Oh rupanya anak-anak aku dah semakin membesar semuanya dan maknanya aku semakin tua (itu auta). So memang busy la rutin aku tapi aku seronok dan puas.







4 comments:

  1. alahai comelnye anak akak :)

    rajin2 belajar ya dik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh..tq Yna comel sebab ibu dia comel gak kot...eekekkekek...gurau je.

      Delete
  2. sama ler ngan anak aku, first time gi skolah dia tinggalkan spenda kat dlm toilet, nampak no kat umah jarang pakai spenda..hikhikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehheheheh...nama pun beudak-budak jap je ingat pastu lupa balik.kene banyak sabo le kita.:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...