Nuffnang

Friday 13 January 2012

Macam tak caya je kan???

Hai uollsss...cam tak caya kan aku On9 dan updet blog lagi.....wahhhhhh...ni entry jakun namanya sebab baru arini dapat tenet memalam buta ni. Lappy aku kan dah lama "PADAM". Aku pinjam lappy adik aku sebab dia datang umah aku ptg tadi.

Bila mak datang ni rasa bahagia je sebab ramai yang leh tolong aku ehehehhehe....especelly jaga budak-budak la. Ni Aiman tengah tgk citer " Night At The Museum" rasanya dah banyak kali dia tengok citer tu suka sangat sebab ade binatang hidup tengah malam tu. Ilman dah belayar Aqil pun sama dah sampai negeri China.muhahahahha.

Tadi mak bawak sambal tumis lada cili (feberet aku).Kalau aku yang buat aku tak makan sebab macam tak sedap. Dasar pemalas. Pastu aku goreng ikan makan dengan nasik panas. Wallawei. Sorgaaaa. Mak ni kalau masak campak lempar je mesti lazat menjilat jari cuba kalau aku ok reject tapi setakat En Faizal ko kenyang tu ok la. :)

Aku tengah borak-borak dengan mak ngan adik aku. Macam-macam topik biasala kami semua cerita akan keluar pastu ketawa kekek-kekek. Ok sekarang tengah topik bilik air. wakakakakka.

Esok pagi dah plan dengan mak nak tanam bunga. wahhh seronoknya. lama betul pokok-pokok bunga aku tu tak dibelai dianaktirikan kesian. Sok aku nak cantas daun-daun kering bagi jelita balik pokok-pokok bunga kesayangan hamba.

En Faizal ko sampai hati kan biarkan pokok bunga aku kehausan nak mintak air. Balik keje tadi aku tengok pokok bunga aku dah layu mintak nyawa. Cecepat aku siram bagi harapan dia hidup. Ada ubi ada batas.

Okla nak sambung borak dengan mak. Mak baca paper yang dah lama-lama tu semua dia kata kesian. Baca tu kesian baca ni kesian jap lagi terkejut pulak. Ok paham mak memang sepesen aku. :)

P/s : Esok nak buat sarapan apa ek????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...