Nuffnang

Tuesday 3 January 2012

oh sakit!!!

Salam, lama gak aku tak updet blog kan?? pembukaan tahun 2012 ni agak menyedihkan sebab malam New Year aku duduk di Puteri Specialist Hospital menemani anak kesayangan Aqil yang terkena penyakit "Rotavirus". Admitted hospital kul 12 tengah malam sebab dari malam sebelumnya dia muntah-muntah tanpa henti dan badannya panas. Keadaannya menyebabkan aku sangat risau sebab dia memang dah tak larat sangat nak bukak mata pun tak boleh. 

Tengahari Jumaat aritu selepas aku daftarkan Aiman sekolah aku hantar dia pegi klinik dan Dr cakap dia banyak kahak dan Dr beri injection & nebulizer. Balik rumah keaadaan still tak berubah malah makin teruk bila makan ubat je dia muntah balik minum susu muntah balik so badan dia sangat lemah maybe dah kurang air dalam badan.

Aku dah panik terus ajak En Faizal pergi Puteri Specialist Hospital. Nasib baik ade adik ipar aku leh jagakan Aiman & Ilman. Sampai hospital wad kecemasan penuh so kami kene tunggu hampir dua jam. Aqil dah lemah dah. Masuk wad ambil sampel najis dan air kencing dan buat blood test sekali hasilnya positif ROTAVIRUS.

Selama dua malam aku jaga dia masuk air dua beg ok dia dah segar semula tak seperti sebelumnya nampak lemah sesangat. Dr kata Aqil kene puasa minum susu ngan makan nestum kecuali nestum beras hijau tu saja. Dua hari tu dia cuma minum air garam saja makan bubur pun tak nak. Aku risau sangat badan dia susut banyak dukung dia dah ringan sangat. sedih.

Ahad petang Dr kata dah leh discharged and follow up back pada 5/1/2012 ( Khamis). Harap-harap dia ok sepenuhnya lepas ni. Dr kata sesiapa yang dah kene lepas ni mungkin tak kan kene lagi cam chicken pox tu tapi yang aku risau sekarang abang-abang dia plak. :(

Lepas balik hospital aku pulak tak leh bangun sakit perut gastrik agaknya kat hospital dah muntah-muntah sebab maybe perut masuk angin sampai la semalam aku langsung tak boleh bangun terus pegi klinik amik MC dan balik tu singgah Giant nak beli barang sekolah Aiman dan Ilman tetiba aku dah rasa nak tumbang cecepat balik. Malam tadi aku muntah-muntah lagi sekali pakej cirit-birit. Aku dah cam kain buruk tak de tenaga langsung.

Pagi ni nak keje gak sebab semalam dah MC tapi kat opis pun cam tak berguna je sebab lemah seluruh badan. Makan tak selera cam loya-loya sama cam orang mengandung tu tak tahan okehhh.

Entry seterusnya nanti baru masukkan gambar-gambar Aqil kat hospital ek arini tak larat .:(

P/s : Mak kata nak datang umah jap lagi. Macih mak, Love U.

1 comment:

  1. ala siannye....nak nagiskan kalo anak sakit. hish hish hish semoga cepat sembuh eh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...