Nuffnang

Monday 30 January 2012

Mari kenal aku..

Oh tajuk bajet retiss. muhaaaaaaa. Untuk korang yang nak tau aku sape dan untuk simpanan aku bila dah tua nanti kalau-kalau dah tak ingat perangai sendiri...ngaaaaaaaaa.

Blog ni kan dah ibarat macam diari aku so suka hati aku la nak tulis apa tul tak???

 Ni Aku dengan Aiman. Bila ko baca tengok muka aku betul ke aku cam tu....hahahahahah...

1) AKU ni seorang yang bermuka agak menakutkan bila orang tak kenal aku mesti orang tu cakap " sombong la dia ni" padahal aku ni penyegan (muhaaaaa) dengan orang yang aku tak biasa atau tak kenal memang mampos aku tak tegur. Kalau dah kenal mati la ko nak layan mulut kepoh aku ni. Luaran tak menggambarkan dalaman ngertii???

2) AKU ni pembersih (sila jangan muntah). Aku sangat hangin bila tengok benda-benda yang bersepah-sepah, kotor, orang pengotor memang aku benci. Jangan salahkan aku sebab aku memang dilahirkan untuk benci orang yang pengotor. Rumah aku kalau bersepah ke makan terabur ke memang aku naik hantu. siap!!!! So didik anak-anak dari kecik jangan jadik pengotor. Aku pelik tengok orang yang rumah macam tongkang pecah tapi masih boleh tido dengan nyenyaknya. derm.

3) AKU paling tak suka menunggu ok. Aku memang kalau boleh menepati masa. Aku kalau tunggu orang lebih soploh minit je muka aku cam singa setahun tak makan. Pastu siap ko!!

4) AKU suka shopping. Window shopping pun tak pe tapi menggelegak la hati aku tak dapat beli.muhahahah. Suka beli baju budak-budak. Pantang nampak yang lawa je rembat. Baju anak-anak aku kalau bukak kedai bundle dah boleh dah. Nasib baik semua lelaki leh turun temurun. Tapi anak baru baju pun mesti mau baru maa. hehehehe.

5) AKU ade sebijik je rumah tak mampu lagi nak beli berbijik-bijik. :) Aku beli masa aku pregnant anak no 2 sebulan. Alhamdulillah lengkap dah hidup aku yang serba sederhana ni ade rumah sendiri untuk berteduh. Kereta pulak ade dua bijik sebab keje lain-lain tempat.

6) AKU ni Ibu kepada 3 orang anak lelaki (tengok kat sidebar aku) dan isteri kepada Mohammad Faizal B. Abdul Ghani. Kami dah berkahwin selama 7 tahun. Diijabkabulkan pada 4 Jun 2005. Rasanya nak tambah anak lagi pasni ehheheheh.

7) AKU ni jenis tak boleh duduk rumah mesti kene keje. Sejak habis belajar sampai sekarang aku bekerja. Aku kalau duduk rumah lemas kalau cuti berpantang je aku asik mengadap kalendar lamanya nak naik keje. Kalau dah naik keje mengeluh pulak bila nak cuti (tampar nak)

8) AKU ni jenis panas baran tak tau ikut sape (dan-dan terus nak ikut sape). Ko jangan silap sikit memang aku smash cecukup. Garang. ye itu memang aku dan aku akui. Garang tak bererti tak penyayang dan baik hati.

9) AKU sangat sukakan budak-budak especially baby yang kiut-kiut tu. Walla. Hari-hari aku mengadap pun tak pe. Sangat suka ok dengan baby sebab tu aku memang tak ada masalah nak mengandung lagi (jangan pitam dengan statement aku). Aku rasa anak ialah satu keajaiban membesar dalam perut sembilan bulan tetiba keluar baby yang comel gitu. Masyaallah.

10) AKU ialah sangat suka dengan pokok bunga dah banyak jugak la kat umah tu. Tapi aku suka pokok-pokok yang berdaun hijau (perhiasan) pokok yang bunga-bunga yang kene sapu hari-hari bila dia gugur tu aku tak kose ok.

11) AKU suka memasak tapi simple-simple je la. Aku tak reti la western bagai ni sebab tekak aku tekak kampung. Bila tengok channel masakan aku sangat teruja mulala pasang niat nak masak tu la nak masak ni la cam kat tv tapi ntah tahun bila. wakakakakaka.

12) AKU ni sensitip. Nampak je garang cam singa betina lapar tapi bila tengok cerekarama ke Bersamamu ke terus banjir besar. Hati tisu. Satu lagi aku tak boleh bila orang cakap kasar dengan aku aku cepat SENTAP.

13) AKU anak sulung dari lima orang adik badik sebab tu aku garang kot. ye la kot agaknya. (~___*)

14) Aku benci orang tipu aku. Benda lain aku leh jugak terima tapi bab-bab tipu ni aku memang tak boleh terima. Tau la nasib ko kalau ko tipu aku. (serius beb)

15) AKU jenis yang beriya oke. Maksudnya aku akan buat sesuatu keje tu sampai siap tak suka tangguh-tangguh sampai aku puas hati. Lagi satu aku hangin kalau plan lain buat lain memang spoil mood aku. Aku akan buat yang di plan to A to Z. Bila ko buat gitu ko akan rasa diri ko tu ade disiplin.

16) AKU ni jenis kalau pakai barang tak suka tukar-tukar. Contohnya : Jam aku akan pakai jam aku yang sekarang ni sampaila jahanam nak tukar-tukar setiap hari tu tak ade la barang-barang lain pun sama. Bukan kedekut tapi memang aku jenis manusia macam tu. Sebab tu aku Alah Membeli Menang Memakai tak kisah mahal sebab aku nak pakai bertahun.

17) AKU ni pantang orang usik barang-barang aku. Ko nak tengok orang mengamuk macam 'HULK' buat la. Aku tau bila orang usik barang-barang aku atau tak sebab semua barang-barang aku tau susunannya. giler ye aku giler. muhahahahah.

18) AKU giler kamera. Pantang nampak kamera terus hidup aku bahagia. (^_^)



Aku dah buat banyak dah tadi tetiba komputer aku hang terus hilang pastu aku lupa aku nak tulis apa tadi. DERM!!! kalau aku ingat aku buat part 2 ek. huh. spoil je.

(~_~)







P/s : SESUNGGUHNYA AKU ADALAH AKU


2 comments:

  1. adalagik la susie! ko kalo ngantuk mata merah cam ikan kembong yang dah 2-3 hari kat pasar. hihihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakakakakka..rindu kat ko..hanya ko kenal aku..wakakakaka...tu standard la ngantuk-ngantuk perkara biasa tp skang ni dah tak sangat la makan supplement.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...