Nuffnang

Tuesday 10 January 2012

kasut arggggghhhhh seksanya kaki aku...:(

Arini nak cerita pasal kasut. tau tak kasut???hehehheh. Semalam member opis cakap Mesyuarat Pedoman (event tahunan) hari Rabu sok kene pakai kasut hitam bersarung. Apa??????????? mana aku nak sakau kasut hitam sarung tu. Sempat lagi ke nak beli ni???

Mesti bising En Faizal ko bila aku ajak nak beli kasut petang nanti ye la last-last minute baru nak beli kasut bagai dan semestinya bawak anak3 sebab dah petang. Aku ni dah la jenis bangsa cerewet kalau nak beli kasut. Tapi aku nekad nak carik yang simple je sebab nak pakai satu hari je. Membazir tuhan marah. :(

Satu perkara tentang aku ni ialah aku tak boleh pakai kasut sarung @ bertutup ni. uwaaaaaaaa. Bukan sebab nak tunjuk kaki comel ke hape ke tapi sebabnya kaki aku akan MELECET dengan teruknya bila pakai kasut sarung.:(

Oh tidakkkk!!! pastinya aku akan jalan merangkak esok sebab menanggung sakit yang amat sangat disebabkan kaki aku melecet. En Faizal ko kata gigit dulu kasut tu baru pakai. Arghhhhhh tak de maknanya gigit ke jilat ke kunyah ke tetap akan melecet kaki aku tau tak!! Dah memang kaki aku ni dasar tak boleh nak melawa pakai kasut sarung gojes-gojes cam exekutip tu. nyampah I tau. 

Ade gak kawan aku suggest kan suh letak lilin kat belah dalam kasut tu sebab dia cam licin je. Aku lom cuba tapi agak-agaknya berjaya tak lilin tu buat kaki aku tak melecet??. Balik ni kang nak cuba tonyoh lilin sebatang bagi tebal dan berharap aku dapat jalan dengan bergaya tanpa muka terherot-herot menahan kesakitan. Dermmm.

Kasut feberet aku ialah yang jenis wadges ( betul ke tak aku eja ni lantak) tu. Selesa sangat-sangat dan semestinya kaki aku sangat sukakannya. Kaki aku ni nak gak merasa angin lalu lalang tak terpempam je  kot. dasar ngengada!!!.



Ni kasut aku sekarang aku banyak kasut sebenarnya tapi buat mase sekarang ni ialah kesayangan hamba. Selesa dan semestinya kaki aku tak melecet. 
T_______________T

Semalam seb baik mood En Faizal ko baik aku ajak pegi beli kasut pun dia ok je. lega. Lepas amik budak kat taska terus berdesup pegi Jusco Bukit Indah tu je la tempat yang dekat dengan rumah aku.:)

Tengah aku tengok-tengok kasut tetiba ada orang sound aku laaaaa Haza Bff aku pun carik kasut hitam jugak. gasak. ko carik ko punya aku carik aku punya ok bye.

Dah la nak cepat tapi semua tak berkenan. cerewet la. tak paham lagi ke? last-last masuk Vincci. Malas nak pilih-pilih lagi sebab Aiman & Ilman dan buat Vincci tu cam rumah diorang so aku rembat je mana yang agak patut sebelum En Faizal ko naik hantu.heheheh.

Hasil tangkapan rembatan semalam.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ok harga RM59.00 ade diskaun 20%. Jimat. Tapi tetiba keluar jumpa En Faizal 
"Yang nak duit bayar kasut"...keji betul...wakakakakkaka

P/s : Harap-harap kaki aku tak cedera parah esok.




4 comments:

  1. cantik la kasut itam ko ni...aku suke...dah lm gak aku x pakai kasut btutup neh..pakai ms kat maktab je aritu...aku klu pakai jd sm mcm ko..so kena pakai stokin..alamak..cam alim gitu..hahaha.tp tpaksa la kan..

    ReplyDelete
  2. aku pakai sebat je semalam ni za. Ntah leh pakai ke tak. stokin aku xde stokin la...camner ni?tgk la sok camner.

    ReplyDelete
  3. sama la kita kak. yna x blh pakai kasut bertutup, kaki sakit dan melecet :(

    klu kasut wedges ok, hihihi

    ReplyDelete
  4. yna : samala taste kita ek. wedges memang selesa nampak seksi...ekkeekeke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...