Nuffnang

Friday 28 September 2012

Pet baru Aiman

Salam

Semalam seperti biasa hari kamis mesti singgah pasar tani lepas balik keje.

En Faizal amik budak-budak aku tunggu kat sana. En Faizal baru balik dari umah mak dia.

Pasar tani memang aku suka sebab macam-macam ada. Ko nak beli sayur segar pun ada tapi aku tak pernah beli sebab aku rajin masak. bhahahaha..

Ada satu abang ni dia memang jual ikan kat akuarium bekas kecik-kecik tu. Sebelum ni dah beli ikan dia. Ikan apa ntah yang ekor kembang tu. Beli 3 ekor 2 ekor dah arwah.

Semalam ada kura-kura 2 ekor dalam satu bekas. comel. Satu bekas RM15. Ok En Faizal belikan Aiman. Aiman ni kalau dengan binatang dia macam sayang sikit. Suka sangat ok dia!!

Dah tak ingat lain dah asik ingat kura-kura dia tu. Bila aku tanya nak makan apa?Lek dia jawab kura-kura. kepala pun dah tak fokus aku tanya apa.

Kang aku goreng kura-kura tu kang dinner makan kura-kura goreng. erkkk.. kesian -_-

Pastu aku suruh dia beri nama kat kura-kura tu dia kata nak beri nama Upin & Ipin. Siap dia explain upin ipin  pernah jadi kura-kura yang baik pastu Fizi jadi monyet.  Oo...ibu tengok..ibu tengok..ok-ok. Cerdik jugak Aiman ni macam ibu ko kan??? awwww

Harap dapatlah upin ipin tu besar ek sebab aku pun suka kerana comel. Aku suka tekan kepala dia sebab nanti dia sembunyi masuk dalam cengkerang dia.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday 27 September 2012

Peel Aqil sekarang!!

Salam

Sejak Aqil baik demam aritu dia macam buat perangai la. Kalau biasa-biasa punya peel aku tak kisah lagi.

Perangai dia ialah dia suka bukak pampers dia pastu dia kencing ngan berak merata. OMG!!!?

Aritu aku dah terkena skali pagi tadi dia buat hal lagi. Aku ni dah kelam kabut sebab terbangun lambat so aku buat keje aku En Faizal buat keje dia. Keje En Faizal ialah mandikan budak sebab dia off.

Lepas susu aku biarkan je dia dalam baby cot dia sebab dia tak payah mandi just tukar pampers je.

Seperti biasa Aiman jerit bagitau Aqil kencing atas tilam sebab dia bukak pampers dia tu. Ok ingat kencing saje rupanya berak sekali!!!

pitam aku!!

Memang aku serahkan tugas pada apak diala. Sebab aku dah lambat. Geram je dia ngan budak kenit tu. pakkal je dia kata kecik lagi kalau tak memang kena cubit dah. -_-

Takkanla dia memang dah tak nak pakai pampers kot??? Eh tak caya la aku weii..

Semalam tunjuk toilet dan bukak pampers bila En Faizal cangkungkan dia tak pulak berak ke apa ke...

Adoiila..pening pale kami nak pikirkan peel dia sekarang. Malam tadi tak khusyuk tengok tv sebab asik pakaikan dia suar je kang dia bukak balik. Kang aku ikat tangan ko kang baru tau!!!

Abang-abangbtak pernah pulak buat perangai camtu masa kecik-kecik. Aiman sampai 4 tahun pakai pampers. Train dia siang tak pakai tapi bila nak berak mintak pampers. sakit jiwa aku.

Ilman paling senang train dia. Umur 2 tahun setengah dah tak pakai pampers. Memang tak banyak ragam.

Pasni nak pakaikan aqil baju jumper la senang dia tak boleh bukak pampers dia. Eh bukan aku dah bungkus ke baju-baju baby dia tu. uwaaaaaaaa!!!

*laphingushentakhentakkaki

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday 25 September 2012

Ragam

Salam

Anak-anak dah tido semua. Pukul 9pm memang time aku gegar suruh anak3 tido sebab esok nak kena bgn awal.

Tadi En Faizal baru bawak aqil ke klinik. Punyala susah aku nak kejut dia call sampai nak pecah phone tak diangkatnya. Geram giler sampai tak fokus nak buat keje. Pakkal je la kan!!!

Tanya teacher aqil kat taska badan dia dedar. Aku plak tak bawakan aqil ubat demam sebab dah plan suruh En Faizal bawak ke klinik.

Rupanya tido tak boleh bangun sebab penat keje malam. Ok fine aku leh terima tapi anak lagi penting ok!!!Aku bab anak memang tak ada kompromi. titik!!

Ok aqil dah tido lepas makan ubat tadi. Lega.

Nak cerita kes petang tadi dia buat. Now dia suka bukak seluar and pampers dia and telanjang bulat terkontang kanting. Aku sarung seluar dia bukak balik. sakit jiwa aku!!

Petang tadi pun dia buat peel sama. Masa aku kluar bilik air Aiman jerit " ibu aqil kencing ngam berak kat sana" sambil tunjuk sebelah sofa. uwaaaaa!!!!

Lek je berlonggok dia yak. Istifar aku bebanyak. Tak kan la dia dah tak nak pakai pampers kot?? jimat mak apak ko Qil..

Maybe dia demam ni sebab nak buat akal mak aku kata.Makin cerdik. Semua aku cakap dia dah faham. Ko arah je nanti dia buat.

Kalau aku cakap "Aqil jom masuk bilik tido"Lelaju dia jawab "nanak!!!!" sambil geleng pale lelaju. Kadang aku suka dengki tanya banyak kali. last dia jeling aku. bagus!!

Bab tengok tv dia tak berapa gemar. Katun tertentu je dia nak tengok. Gambar atas tu dia tengok babytv. kusyuk pastu meroyan.

Kalau abang sibuk tengok tv dia buat hal dia je la. Usung bantal busuk Aiman ke hulu hilir sebab dia tak ada so menumpang kasih kat bantal abang. ngahahaha

Bab makan kenit ni boleh tahan. Biskut tiger kat rumah memang tak putus stok. Suka kalau tengok dia makan. Tapi nasi dia tak suka sangat nanti dia cakap" EEeeeeew!!!"

Aqil ni baru setahun lapan bulan tapi gigi dah nak penuh. Cepat jugak aku rasa. Ntah aku lupa abang-abang dulu camner. Maafkanla aku.

Dia agak rapat dengan Aiman sebab Aiman suka layan ajak bergumpal style sumo tu. Ganas giler main aku yang ngeri. Riuk adik ko dikerjakan. Ilman malas layan sebab Ilman suka buat hal sendiri. Dia tak kose nak main-main ngan adik dia tu tapi bila aku marah Aqil dia tak terima. Ok penyayang tapi tak tunjuk sebijik perangai apak ko.

Aku teka Aqil umur dua tahun nanti mesti dia dah pandai cakap sebab sekarang ni pun mulut dia macam bertih jagung!!!bahasa jerman..hahahahahah

Ok sambung nanti. tata

p/s : harap aqil cepat baik dari demam.amin!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday 24 September 2012

demam & gastrik

salam

Aku baru pas makan malam. Lauk ayam
kari semalam panaskan lagi. En faizal keje malam so aku tak kisah pasal dinner. Anak- anak dah suap tadi.

Gastrik aku sejak dua menjak ni asik datang je. Bukan tak makan aku makan tapi memang dah lama tak kena. Dua minggu lepas mc sebab gastrik. -_-

Tadi aku ikutkan malas nak makan. Balik dari keje tadi perut dah tak sedap macam angin. Nasib dah mc adala ubat nak telan. Aku telan air kapur tu dua sudu. Manis macam colgate berangin je dalam perut. haha

Mungkin pagi tadi minum teh tarik tapi tak abis. Selalu macam tu. Memang selalu membazir. Mak bagitau teh tu angin. Degil.

Satu lagi aku nak massage. Letihnya badan aku ni tuhan aje yang tahu. -_-

Dah berapa kali balik umah mak nak berurut tapi makcik urut selalu busy. Jemputan kawen la balik kampung la beraya la. Macam-macam.

Sampai saat ini aku belum berurut lagi. Badan aku dah exhausted tahap nak berjalan pun dah tak larat rasa nak seret kaki tu.

Semalam suruh Aiman ketuk-ketuk belakang aku ni leganya tapi dia kira sampai tiga pastu sudah. Bila aku ugut tak nak buatkan susu baru gelabah ketuk dengan penuh semangat. Tau takut!!!!

Hopefully aku dapat berurut dalam masa terdekat ni. Dah tak tahan dah ni. Tempat aku tinggal ni susah bebenor nak carik tukang urut harapkan balik umah mak je la.

Gambar kenit kat atas tu aku snap semalam. Budak ni demam. Mungkin sebab dia batuk. Banyak kahak.

Semalam lagi dia dah demam bila kasik ubat ok pastu panas balik tapi panas tak tinggi. Pesan ngan En Faizal suruh bawak pegi klinik. Tup-tup aku call pukul 4pm baru bangun. Bagus!!!

Esok kalau tak ok jugak kena bawak pegi klinik. Takut melarat.

Aku dengar budak dua orang tu terkekek-kekek ketawa tengok katun. Kalau dibiarkan mau sampai subuh esok tu. Jap aku nak gegar suruh tido.

bye!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday 20 September 2012

Jamuan Hari Raya Ofis 2012

Salam

Sudah abis raya pun masih nak tepek gambar raya jugak..Ok la ni last kot gambar raya aku (malu pulak)

Jamuan hari raya opis.








Tema aku pada hari itu adalah biru pink..muhhehhehe...tahun ni baju raya tak banyak empat helai je...muhehehheh...ok la ini adalah gambar raya last untuk tahun 2012..heheh

Ada lagi tapi nanti-nanti la aku upload kalau ada kesempatan waktu.

P/s : Updet sambil perut berkeroncong sebab makcik kafe kata nasik tengah masak...wallaweii...

Friday 14 September 2012

GAMBAR HARI RAYA 2012

Salam

Hari nak updet blog tapi nak tepek gambar je untuk tontonan sampai muntah hijo...rasa bersalah pulak updet entry raya hanya 2 episod saja. ha ni hambek entry bergambar sahaja menggambarkan aku sangat-sangat rajin pada masa ini...muhahahahah.. 

Biar gambar-gambar ini menceritakan tentang raya aku. ^_^






ini adalah adik dan kakak ipar aku. Kami memang tak merancang untuk pakai pink tapi secara kebetulan saja.


kesayangan aku. erkk aku mengandung kah??

suka sangat pic ni. semua kumbang aku je bunga.

Suka gambar ni sebab apa??? En Faizal senyumm...manis kan senyuman dia...kahkahkahkah...

Semua gambar yang aku pakai baju pink tu masa hari raya ke 2. Kami beraya di Batu Pahat family En Faizal dan family aku.





Ini ialah adik beradik aku. Port wajib untuk bergambar setiap tahun.

*verangan*

Ok ini dulu buat entry kali ini. Nanti aku letak gambar lain pulak. Banyak ok gambar walaupun kamera rosak. bhahahah..nasib ada henpon gabak leh berjasa. :)


P/s : Jap lagi nak pergi jamuan raya. Mam free lagi..lalalalalala..

Thursday 13 September 2012

Pengasuh

Salam

Petang tadi amik aqil kat taska tetiba pengasuh aqil cakap minggu depan dia last keje sebab dapat keje baru.

Aku macam dah agak dah pengasuh aqil ni tak akan kekal lama sebab aku faham kerja kat taska penatnya tak sama macam kita keje kat opis. Fizikal dan mental adalah sangat penat menjaga bayi-bayi dan kanak-kanak aktif macam aqil tu.

Pengasuh ni adalah pengasuh yang ke 4 yang berhenti keje. Ada yang dah tak larat dan banyak lagi reason. Hak masing-masing.

Tapi aku baru je nak serasi dengan pengasuh tu tak lama kang berhenti. Bila kene dengan orang baru aku mula risau camner la dia handle aqil dan budak- budak lain tu. Boleh ke dia?? Ada pengalaman ke?? Penyabar tak??. Hishh..

Boleh ke layan budak kecik yang terkedek-kedek kehulu kehilir tu?? Insyaallah aku yakin dan aku tak nak berprasangka buruk -_-

#Sekarang ni tengah tunggu cousin En Faizal nak datang beraya. Untuk pengetahuan mata aku dah layu tahap dah bersandar cam orang tak ade pinggang kat kusi makan ni sambil updet blog melengahkan mata daripada terpejam dan dibuai mimpi.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Gigi

Salam

Aku sebenarnya malas dah nak updet pasal raya lagi. Ntahla tahun ni macam tak berkobar pulak nak updet pasal raya. -_-

Oleh itu,aku updet pasal benda lain je la. Syok sikit.

Tengok atas tu jejaka hensem bergigi rongak. Bhahhaha. Aku pun pelik umur baru 6 tahun tapi dah tumbuh gigi kekal. Erkk eh aku dulu umur bape ek?ntah aku tak ingat tapi aku rasa aku dah sekolah rendah baru gigi susu aku runtuh semua. Agaknya la kot.

Minggu lepas Aiman ada bagitau gigi dia goyang. Memula tu aku tak amik pusing sangat sebab mungkin baru goyang sikit. Tapi selang dua hari tu masa En Faizal mandikan dia dan gosok gigi dia baru dapat trace gigi kekal dia dah tumbuh kat bahagian dalam sebab gigi susu ada lagi.

Aku apalagi panikla sebab takut kang gigi dia tumbuh senget. Muka hensem gigi berterabur. Hancus.

Cecepat suruh En Faizal bawa dia jumpa dentist cabut gigi susu dia yang goyang tu. Balik sekolah terus jumpa dentist dan tak sampai lima minit pun En Faizal cakap dah siap cabut. Ok RM130 untuk 2 batang gigi susu. -_-

Aku pun leh cabutkan kalau nak cuma tak berani je..bhahhaha..

Aku suruh bawak pegi klinik biasa je murah sikit kot. En Faizal takut sakit la ganas la... Yela. .yela..nasib bukan aku yang bayar.

Sekarang ni keje Aiman asik nak main gigi dia yang rongak tu. Maybe tak selesa lagi. Aku plak bising takut dia pegi goyang gigi dia yang tak goyang. Kot ye pun nak goyang tunggu yang rongak ni tumbuh dulula. Kang ko bercakap berterabur air liur segala.

Dulu seingat aku masa gigi aku goyang aku akan cabut sendiri seharian pegang sapu tangan dok pusing gigi bagi cepat patah sebab aku tak nak jumpa dentist. Aku takut!!!!!!!

Masa sekolah dulu masa dentist datang cek gigi aku mesti sembunyi dalam toilet.

Menggigil!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday 12 September 2012

Adam & Hawa

Salam

Pelik ke??ala betul la aku ni...tidur lambat dah dua hari sebab tgk Adam & Hawa. Korang tengok tak? Kalau tengok give me five ngan aku..hahhaha

Tabah aku tahan mata ni nak tgk cerita tu. Memula tu aku buat tak tau je bila kengkawan sibuk bercerita pasal cerita ni sebab aku dah baca novel dia so aku dah tau dah jalan cerita dia.bhahah berlagak.

Tapiiiii dalam hati teringin sangat nak tengok yang kat tv tu. Padahal aku ada je langgan Mustika HD tu tapi jarang tengok sebabnya doplohpatjam asik katun je sampai terbayang-bayang muka Oggy tu kat mana-mana. Tension!!?

Satu lagi sebab aku malas nak layan cerita yang atas pukul 8 ni sebab aku ni suka tido awal. Memang aku akan tido dalam lingkungan pukul 8.45pm or 9.00pm. Bhahahh..bayi pun kalah uollllsss..

Lagila cerita Adam & Hawa ni pukul 10pm setengah jam je plak tu..huh tak berbaloi sungguh..

Tapi semalam aku terjebak tertengok pulak sebab aku balik open house kawan En Faizal lebih kurang pukul 9.45pm landing-landing kat sofa terbukak channel Mustika HD tu ngam-ngan baru nak start. Terpacak biji mata aku tengok terus jatuh cinta pandang pertama. Muahhahah.

Aku tengok part Adam & Ain kena tangkap basah tu. Aku tak de la bingung even first time tengok sebab aku dah baca novel dia dulu masa pantang aqil. Jalan cerita dia sama dengan novel.

Satu lagi sebab Aaron Aziz yang berlakon ermmm memangla dulu Nora Elena tu aku tak miss satu episod pun. Gila kentang. Kelam kelibut balik opis sebab nak tengok Nora Elena. Balik-balik terpacak depan tv lupa jap laki ngan anak3.

Pada aku Nadia Nisaa tu pun pandai bawak watak Ain tu. Pada aku menjadik la.Episod semalam yang kene tangkap basah tu aku pun meleleh air mata.

Aku malas sebenarnya nak follow cerita drama sekarang ni sebab nanti jadik penyakit. Penyakit tu kalau dah menyerang lupa semuanya...hahhaha..

Tapi Adam & Hawa ni memang nak suruh penyakit aku tu datang balik..nasib-nasib..

Nasib leh record siap-siap..kalau termiss pun leh tengok pastu sampai muntah.

Selamat demam Adam & Hawa beramai-ramai.. (^_^)v

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday 3 September 2012

Lebaran 2012 Part - 2

Salam

Entry raya adalah entry bergambar semata-mata. Sila jamu mata anda semua.

Gambar ini adalah pada hari raya ke 2. Kembar 3 aku yang sakan beraya. Gigih ok aku carik baju sama. Hahaha. Aku kan over bhahah. Tak ada jenama pun ada aku kesah yang penting cantik dan ada saiz untuk budak kenit tu terus aku sambar. Suka tengok anak pakai cantik-cantik. Rasa puas. Sekali lagi aku kan ibu yang over. ^_^

Masa ni beraya kat Batu Pahat rumah mak cik En Faizal dan seterusnya belah family aku.

Sekarang ni aku malam je memang tak lekat kat umah asik beraya je. Minggu depan En Faizal dah keje malam jawabnya aku adalah penghuni rumah yang setia. -_-

Entry bersambung.

Published with Blogger-droid v2.0.6
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...