Nuffnang

Thursday 1 March 2012

Kejam

Semalam aku tengok kat FB pasal bayi yang kene dera kat taska tu. Aku tengok je terus dada aku berdebar-debar. Syaitan punya orang sape la yang tergamak buat macam tu??? Malam tadi masuk tv pagi tadi baca paper rupanya kat Kota Masai JB lagi la aku menggigil terus teringat anak kat taska. =.=

Sekarang manusia dah macam hilang pedoman aku tengok. Marahkan orang lain bayi yang mengeletik-letik tak tau apa-apa tu yang ko kerjakan nak tunjuk protes. Bangang. Baca paper tadi alasan pendera tu nak disiplankan baby tu yang suka buat bising. Bodo.

Kalau tau perangai ko macam tu kecik-kecik merah lagi tu suruh mak ko buat ko macam tu bungkus ko ketat-ketat sampai terjelir lidah ko tu pastu salotape kan mulut ko sama macam ko buat kat baby tu tak pun buat kat anak ko apa perasaan ko agaknya ek??? Dah dewasa dikurniakan akal buatla benda yang siuman sikit jangan ikutkan nafsu amarah yang mana syaitan lagi tepuk tangan kesukaan tengok dia dah berjaya sesatkan salah seorang manusia. >_<

Alasan protes ialah diberhentikan kerja sebab masalah disiplin. Memang patut pun diberhentikan sebab perangai macam tu memang tak sesuai jadik babysitter tak pasal-pasal baby-baby tu tempat diorang lepas geram & jadik punching beg je. Kejam. 

Peliknya macamana majikan dia ni leh amik diorang ni memula dulu ek? Tak selidik dulu ke latar belakang, pengalaman jaga bayi atau pernah ambil kursus pasal bayi-bayi ni ke??? Kot ye la nak untung, pilih orang yang betul berpengalaman amat-amatla penting sebab melibatkan nyawa kanak-kanak kecik yang tak berdosa. Tak pasal-pasal kene dera. Aku tak sanggup. (-__-)

Bayangkan la ibu bayi yang kene dera tu ek??? Kalau aku la memang aku saman taska tu pastu orang yang buat tu aku bungkus kepala dia pastu aku langgar pakai tayar kereta aku. (nada emosi). Masyaallah dijauhkan la anak3 aku dari segala keburukan dan lindungi la mereka Ya Allah. 

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana segelintir taska yang teruk macam tu semua ibubapa dah macam seriau nak hantar anak  mereka kat taska. Sebut je taska terus je pikir yang buruk-buruk. Bertepatan la kerajaan sekarang suruh daftar kalau nak bukak taska nak elakbenda-benda yang tak diingini. Aku sokong.


Ok la aku tak nak cakap banyak aku tengah emosi sebab dah teringat balik kes bayi kene dera tu sebab tadi dah lupa kejap.hahaha.


 





 P/s: Nak pergi pasar malam.


2 comments:

  1. tu la, 1 2 buat hal hbs smua kena tempiasnya... sekarang ni mcm2 betul berlaku, jd tkt plak nak hantar ank dekat org..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang takut tapi nak buat macam mana dah terpaksa kita xde pilihan. nak berenti keje lom lagi rasanya.:(

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...