Nuffnang

Thursday, 8 March 2012

Bunga aku ada penyakit...

Aku kan  ada bunga kesayangan. weeeeee. Semakin gemuk dan subur. Ini membuatkan mak aku sangat jeles tahap nak culik pokok-pokok bunga aku ni. Kenotttttt. \(^_^)/

Pokok bunga ni macam terapi buat aku tau. Bila stress je balik keje terus aku siram pokok bunga & belai-belai kejap so release sikit stress ko tu sebab tu pokok bunga aku tu gemuk sebab cukup kasih- sayang. ^_^




Tapiiii!!!!!!!!

Pokok bunga aku yang sebelah sliding door tu telah dijangkiti dengan kulat @ binatang putih-putih tu. Jap aku tunjuk gambar. Aku tak tau apa nama binatang tu. =_=


 Ko nampak tak tu?????? geram giler aku tengok binatang putih-putih tu.. Rasa macam nak pijak lumat-lumat je. -_-

Dua minggu lepas pergi nursery tanya la ubat yang boleh bunuh binatang putih tu dia kasik satu penyembur organik. Budak indon tu kata kalau organik tak bahaya kalau sembur pastu terkena kulit ke apa. Ok aku kan lurus terus  beli. RM 20.

Syarat nak sembur mesti haritu tak hujan & mesti cuaca panas sebab cepat berkesan. 

Ok balik tengok cuaca elok suruh En Faizal sembur. Aku suruh dia sembur seluruh pokok. Dia akur. Tup-tup petang tu hujan. Oh tidakkkkkkkkkk aku dah rugi 3/4 botol. :(

Selang dua hari En Faizal sembur lagi, hujan jugak. uwaaaaaaaaaaa....dah rugi setengah botol dan binatang putih-putih tu merebak ke tempat lain dan semua daun hijau dah ada binatang putih. Aku meroyan pandang  je pokok tu rasa nak melalak. sob..sob..

Mungkin ubat organik tu tak berapa berkesan En Faizal kata cuba yang kimia pulak. Jangan binatang putih tu tak mati tapi pokok bunga aku yang mati sudah memang aku berguling atas lantai nanti. T_____T


 Piece ~(^_^)v






P/s : Nak tambah koleksi pokok bunga kat rumah tapi tak berkesempatan lagi nak pergi nursery.

2 comments:

  1. wah rajinnye menanam... saya rajin tengok jer... hehe

    ReplyDelete
  2. susie suka ....hehehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...