Nuffnang

Friday, 1 March 2013

Cuak

Salam

Aiman yang tertinggal van semalam.

piece. Puteri Harbour Nusajaya

Hembus napas panjang-panjang....ok dah..Arini aku nak cerita pasal anak bujang aku sorang ni. 
Kejadian semalam yang buat aku lemah kepala lutut bagai nak pecah jantung.
Aiman darjah 1 tahun ni so dia sekolah pagi dan terus pergi sekolah agama. Maksudnya sekolah kebangsaan dengan sekolah agama satu sekolah sekolah kebangsaan tingkat 1 dan sekolah agama tingkat 3.

Pagi pergi sekolah tu memang aku yang hantar. Aiman akan terus pergi sekolah agama pada pukul 2pm. Memang aku bawakkan kitab sekolah agama dia sekali dengan beg sekolah kebangsaan. Beg dia memang berat giler tapi no choice dia memang kene bawak jugak. Sejak dia sekolah darjah 1 dah masuk 2 bulan ni dah beberapa kali dia demam urat. Penat pikul beg berat sangat. -_-

Sek agama pukul 2pm hingga 3.30pm. Lepas tu dia akan naik van pergi transit ke taska. Ok itu adalah rutin harian dia sekarang. Aiman dah mula paham. Good!!

Ok berbalik kepada cerita semalam. Semalam hari Khamis ada Pasar Tani memang kebiasaannya memang aku pergi nak beli  makanan. Kebetulan En Faizal semalam balik awal kul 5pm so aku suruh dia amik budak2 dulu dan tunggu aku kat Pasar Tani. Ok settle.

Aku sampai PAsar Tani kul 6pm. En Faizal dah tunggu. Tetiba aku nampak Aiman masih pakai baju sekolah agama walaupun sepatutnya dia mesti dah mandi pakai baju tido masa kat taska. Terus aku tanya : 

Aku : Yang kenapa abang pakai baju sekolah agama lagi??
En Faizal : Tau tak dia tertinggal van pastu tunggu kat bus stop depan sekolah sampai pukul 5.45pm
Aku : Apa??????????? (terjegil bijik mata aku lemah lutut aku bergoncang jantung aku)
En Faizal : Yela ayang sampai taska kata Aiman tak balik.

Masa ni aku dah hilang pertimbangan dah memang aku nak mengamuk dengan semua orang. Aku tak kira.
Kenapa benda ni leh berlaku??? Atok Ali (pakcik van) sepatutnya tunggu budak2 yang dia amik tu dan makesure semua dah masuk van. Apa salahnya ko tunggu 15 or 20 minit pastikan semua dah naik van. susah sangat ke??? Aku bayar beb ko kene pastikan semuanya selamat dan memang ianya di bawah tanggungjawab ko sebenarnya. Kalau aku tak bayar tu lain cerita la aku nak bising2 kan???

Memang Aiman selalu ngadu kat aku beg sekolah dia berat pastu kelas sekolah agama dia tingkat 3 so dia amik masa sikit nak sampai pintu pagar tu. TAPIIII aiman ni pun satu hal jugak selalu leka main2dengan kawan2 dulu la beli donut la sebab tu asik tertinggal van je kejenya. Semalam aku basuh dia sampai meleleh2 air mata..Aku  bukan kata meleleh lagi dah meraung dah marahkan dia. 

Aku punya ketakutan tau dia tertinggal van dan tunggu kat bus stop almost 2 hours memang buat aku jadik kecut perut sampai menggigil. Memang aku tak nak pikir yang bukan2 ok. Nasib semalam makcik jual kuih kat luar tu nak temankan dia. Syukur sangat.

Satu lagi yang aku pelik tu taska memang tak bgtau aku langsung Aiman tak balik sekolah. Memang semua kene semalam dengan aku. Terus aku call bgtau apa terjadi dan diorang pun rasa cuak jugak. Alasan lupa nak bgtau. Boleh????/Tapi kali ni aku maafkan la sebab aku paham jugak kat taska tu ramai budak nak kebne monitor tapi aku memang ralat sangat sebab melibatkan keselamatan ok. Diorang pun dah mintak maaf. settle.

Aiman ni bukan sekali je kene tinggal van rupanya dah banyak kali tapi ada Wak dol ( bawak van juga tapi bukan bawak Aiman) yang tolong hantarkan ke taska sebab memang dia dah kenal Aiman ni. Cuma semalam je dia tak nampak Aiman kot tu yang Aiman tersadai kat situ hampir 2 jam.

Minggu depan suruh jumpa Atok Ali bagtau dan memang nak tukarkan van Aiman nak amik Wak Dol. Senang Wak Dol ni alert sikit sebab dia akan pusing 2 kali pastikan semua penumpang dia tak de yang tertinggal.

Aku memang serik sangat pasal semalam tu cukup buat aku cuak sampai ke hari ni. Macam nak demam pun ada ni. T______T

Ya Allah lindungila anak-anak ku dari segala perkara yang tidak baik Ya Allah. Lindungila mereka. Amin.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...