Nuffnang

Monday, 25 March 2013

Rencam..

Salam

Minggu cuti sekolah dah start...yiehaaa....kurang sikit kelam kabut aku sebab tak payah iron baju jadual buku bagai. Esok Isnin & Selasa aku cuti sebab nak balik umah mak. Macam jauh sangat padahal kat Kota Tinggi je pun. Sabtu Ahad aku memang susah nak balik sebab Aiman dah start tuisyen & Ahad pulak dia mengaji. Waktu weekend je la boleh tuisyen dan mengaji. Kalau hari2 biasa sekolah dah penat balik sekolah agama dah petang macam kesian pulak Aiman kelam-kabut. Kadang aku balik ambik dia pun dia dah membuta kat belakang..caner?? Nak suruh buat homework maunya sampai rumah terus remind dia siap2 lambat sikit je dah terkulai je dia. Takpela aku berkorban sikit untuk anak2. 

Esok sebelum balik nak settlekan hantar borang pendaftaran darjah 1 Ilman dulu sebab tarikh tutup dia 31 Mac 2013 ni. Pastu bayar duit taska dan lain2. Aku sebenarnya tak sabar nak balik rumah mak sebab aku ada order Pemanggang Ajaib dengan kawan mak tapi bukan la jenama yang glamour skang ni tapi fungsi dia sama je. Mudah-mudahan aku akan rajin memasak lepas ni...hahaha tup2 kang bersawang je pemanggang ajaib aku kat dalam kotak. T____T

Dah nak masuk bulan April kan??? Aku baju raya satu apa pun belum prepare lagi. Aku punya tak kisah budak3 punya ngan bapak budak ni. Budak3 niaku rasa nak belikan siap je ala warna akan2 sama ok la kan. Sebelum2 ni aku tempah tapi tahun ni cam nak beli je jimat masa. Insyaallah bulan ni nak beli dah sikit2.

Rabu depan besday aku..wooohooo..sekejap je dah matang (xnak tulis tua). Aku biasa beli kek je pastu makan2 dengan suami dan anak3. Tahun ni tak tak tau la camner. Semenjak umur dah banyak ni nak sambut besday pun dah malas. -_-

Okla dah ngantuk. sambung nanti ek.....

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...