Nuffnang

Thursday, 28 February 2013

Hikmah mengandung & melahirkan anak..Subhanallah.



Salam

Aku dapat petikan ni dari FB...saje nak share kat sini untuk tatapan bersama...

pic from google

‘’ Apabila seseorang ibu itu mengandung, mereka akan mendapat banyak pahala.. Segala kesakitan yang ditanggunginya semasa mengandung, akan digantikan dengan doa dari para malaikat supaya segala dosa mereka dihapuskan..

Bila mereka melahirkan anak.. Segala dosa mereka daripada hujung rambut hingga hujung kaki akan dihapuskan.. Diri mereka bersih suci dari segala dosa.. Sama seperti anak yang dilahirkan.. Sebab itu, andai kata mereka ditakdirkan meninggal dunia ketika melahirkan, mereka dikatakan mati syahid.. Allahhuakbar.. ‘’

Betapa besarnya ni’mat Allah yang dikurniakan untuk kaum wanita..

Ustaz menceritakan satu kisah, berkenaan seorang wanita

‘’ Ada wanita mengadu kepada ustaz sambil menangis.. Wanita itu mengandung manakala umurnya sudah 46 tahun.. Wanita itu sedih kerana dia takut. Ini kerana, dia memikirkan umurnya yang terlalu tua untuk menanggung kesakitan sepanjang mengandung dan melahirkan..’’

Ustaz bertanya ‘’ Sudah berapa lamakah Puan berhenti mengandung?’’

Lalu wanita itu menjawab ‘’ Sudah 13 tahun ’’

Ustaz lalu memujuk wanita itu dengan berkata ‘’ Sebenarnya.. Allah memberikan peluang untuk Puan terus beramal.. Kerana mengandung dan melahirkan anak mendapat ganjaran yang sangat besar di sisi Allah..

Sebagaimana diriwayatkan di dalam sebuah Hadith Nabi SAW yang bermaksud :-

‘’ Apabila seorang ibu itu memandikan anaknya, memakaikan baju, meminyak dan menyikatkan rambutnya.. Nescaya dosa ibu itu diampunkan sebanyak setiap helaian rambut anaknya itu... ‘’

Bila mendengar ustaz menceritakan perihal Hadith berkenaan.. Tanpa disedari.. Air mataku bergenang.. Aku menahannya agar ia tidak jatuh dan tiada siapa yang perasan..

Sesungguhnya.. Amat besar kurniaan yang Allah berikan kepada seorang Ibu yang mengandung, melahir, mengasuh dan membesarkan anaknya..

Subhanallah beruntungnya jadi seorang wanita dan ibu.
Bersyukur sangat-sangat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...