Nuffnang

Friday, 15 March 2013

Risau...

Salam

Salam Jumaat uollsss.. kejap je rasa ek...kejap je dah akhir bulan..rasa baru je dapat gaji aritu...hahahaha tapi dah paras hidung dah...kekekeke..

Ni gambar semalam pagi...pagi ceria petang kang lemau..kekekeke

Esok sekolah ganti kan?? Sekolah Aiman ada sekolah ganti esok pastu saing dengan Mesyuarat PIBG so caner tu?? Mestilah cikgu2 semua busy pasal meeting tu..bistu kalau budak2 sekolah bergasak je la dalam kelas tak belajo.. Aiman esok tak tau aku nak hantar ke tak..pikir2 malas pulak sebab cikgu maybe takde kang dia bergumpal ngan kengkawan dia caner??? sape nak jawab..


Semalam beg Aiman je dah kene siat ngan kengkawan taska dia. Masa tu dia transit dia pun tak kenal sape yang buat tu. Aku hangin satu badan sebab baru je bulan 3 beg dah berkecai. Aku nak kata beli baru memang tak ada la asal boleh pakai isi buku bawakla sampai akhir tahun. Itu ko belum cerita stoking, pensel, pemadam, pembaris, pengorek, kala warna lagi..Ya Ampunnn kalau Mydin tu kasik anugerah Pembeli setia mesti aku yang dapat. -_-

Habis cerita pasal Aiman skang nak cerita pasal En Faizal pulak. Sejak hari Ahad lepas dia sakit perut ntah dia kata cam sebu2 gitu. Aku kata maybe angin kot sebab makan lambat ke tapi melarat sampai ke semalam. Aikkk nape plak?? Pastu semalam aku perasan mata dia kuning. Sebelum ni dia pernah kene sebab batu karang kat hempedu dah buang dan ok balik mata dia. Masa kena batu karang tu dia tergolek2 sakit. Tapi yang kali ni dia kata tak sakit cam aritu cuma sebu2 je. 

Semalam aku perasan rupanya dia pun dah tau mata dia kuning. Aku dah start risau dah aku mana boleh orang lain yang sakit aku yang menggelupur takut. :(  Pastu aku suruh dia minum teh mas cotek. MAlam tadi buat secawan ngan pagi tadi minum secawan. Teh tu aku dapat masa En Faizal berubat batu karang aritu. Rasanya pahit kot ntah aku tak pernah plak minum.

Pagi tadi berwhatsapp ngan dia dia kata badan dia cam ok dah pastu mata tak kuning lagi. Ntah ye ke tak takut dia nak sedapkan hati aku je. Balik ni nak terbeliakkan mata dia nak cek. -_-

Isnin ni nak suh dia buat cekup. Kalau dia tak nak aku heret je..harap2 tak ada apa2 yang serius. 'Ya Allah lindungila suamiku dari segala penyakit berbahaya Amin'


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...