Doa itu adalah :
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA ....
(sebutkan nama penuh anak)
Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi
termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini.
Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak
kita :
Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam
dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang
terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu
kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar
penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh
kepada anak saya.
ASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba
menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok
maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta
kawan-kawan tambah ya):
1- ASSALAM : SEJAHTERA.
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk
anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada
waktu itu.
2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk
anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang
sangat-sangat kita harapkan?
3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI
ALLAH
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah,
dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan
dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.
Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu,
betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.
Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk
mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur.
Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu
atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga
diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau
bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.
Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai
maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh
sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.
Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam
rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.
Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila
memberi salam juga insyaallah =)
Sumber : friend
P/s : Semoga dapat diamalkan semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. sekadar berkongsi Ilmu.
Alhamdulillah
thanks 4 shrg...bole gna utk ank2 buah...hehe ^_^
ReplyDeleteThanks 4 the info n share kat cnie :D
ReplyDelete