Nuffnang

Tuesday 14 October 2014

Lasagna Bread

Sejak minggu lepas teringin nak makan lasagna. Gugel resipi jumpalah yang paling senang. Aku nak yang senang je sebab bahan pelik2 ni aku xtau sgt...hahahaha

Semalam blk hantar Arissa buat followup ajak En Faizal singgah Mydin jap. Bahan lain dah ada tggl nak carik cheese je

1st time buat ni xtau jd ke tak..bedal jela tak Cuba tak tau kan...(nak sedapkan hati)

ok jom tgk bahan dia. (aku xsukat pakai agak je anggaran untuk 4@5 orang makan)

Bahan-bahan:

kenyang 2biji
daging kisar segenggam camtu
bawang Holland sebiji
bawang putih 5 ulas
serbuk Kari
roti (aku pakai gardenia)
susu fresh cream (aku guns dutch lady)
sebiji telur
cheese (aku pakai mozzarella)

Cara-cara:
  • Tumis bawang yang dipotong dadu sampai naik bau kemudian masukkan serbuk kari satu sudu
  • Selepas tu masakkan daging kisar dan kentang, perasakan dengan garam dan aji. (aku kasik gula sikit)  masak sampai kentang empuk. ketepikan.
  • Campurkan susu fresh cream, telur dan secubit garam gaul sebati kemudian masakkan roti yang dikoyakkan ke dalam susu td. Aku guna dalam 10 keping camtu.
  • Lengserkan loyang dengan marjerin supaya tak melekat. Kemudian susun secara berlapis.Bawah skali roti selang dengan inti daging.ulang langkah sampai siap. Pastikan lapisan atas tu roti ye. Taburkan dengan cheese  sebanyak mana korang nak. Lagi banyak cheese lg sedap.
  • Bakar dengan api atas bawah suhu 170° selama 30@40 minit. Cucuk dengan garfu kalau tak melekat maksudnya dah masakla tu.


lepas susun jadi camni

bakar dalam 40min dengan suhu 170°




Nyummyy..makan panas2 memang mabeles

Selamat mencuba





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...