Nuffnang

Tuesday 14 October 2014

Aqiqah & Qurban untuk Arissa 2014

Rasanya dah 2 minggu Raya Haji kan? tak silap aku 5hb Okt. aritu. Alhamdulillah tahun ni aku dapat buatkan Arissa Aqiqah & Qurban 4 hari selepas dia kluar hospital. (yang ni nnt aku cerita entry lain)

Aqiqah buat pada 6hb Okt. seperti biasa di Masjid  Taman Bukit Mutiara. Qurban Arissa aku buat di Kemboja. Qurban sebab aku berniat masa pregnant kan Arissa kalau dapat baby girl aku nak Qurban sabtu bahagian lembu. Alhamdulillah dah tertunai. Syukur Ya Allah.

Pagi tu aku macam tak berapa sihat tapi En Faizal suruh gak tgk majlis Aqiqah Arissa tu. Aku pn rasa perlu kot aku pergi. Ok lepas hantar Aiman sekolah berhangkut la aku 4 beranak ke masjid. Kelam kabut jugak sebab Arissa dapat lembu pertama.

Sampai dalam pukul 8am camtu..fuhh nasib sempat sampai dan lembu lom sembelih lg...dalam 5min camtu nama Arissa di panggil dapatla aku mengadap org sembelih tu.



 Lembu Arissa. Aku punya 1 bahagian je share dengan org lain. Masa darah merah mengalir aku sempat selawat dan berniat untuk Arissa supaya menjadi anak yang solehah Dan diberikan kesihatan yang baik. Amin





Bawak pulak Ilman ngan Aqil dah cantik la tu memang tak duduk diam ok!!dah la En Faizal tak ikut sebab kena keje..huh. terjerit2 aku...normal la tu kahkahkah. Diorang ni 1st time tengok lembu kena sembelih sebab tu jakun lain macam sikit..hihihi




Ingat senang nak suruh diorang duduk diam camni? kalau tak aku jegilkan biji mata..tu pn tak berapa nak jalan..cis..muka Ilman je dah tau dah muka kena marah.. hahahaha

Alhamdulillah dah lepas satu tanggungjawab untuk anak perempuan aku. Syukur

'Semoga Nur Arissa Afrina Binti Mohammad Faizal menjadi anak yang solehah, bijak, terang hati dan diberikan kesihatan yang baik. Amin'


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...