Salam
Ahad lepas aku ada buat aqiqah untuk anak3 aku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.
Tahun lepas buat jugak untuk Aiman dan Ilman tapi sorang satu bahagian je. Tahun ni aku habiskan semuanya so aku buat empat bahagian. Alhamdulillah.
Tempat aqiqah adalah di tempat yang sama pada tahun lepas iaitu di Masjid Taman Bukit Mutiara. Semua aku serah kat ahli masjid dan ajk yang menguruskan. Bab2 mengagihkan daging2 semua aku serah kepada yang arif aku tau siap je.
Aku rasa dengan cara ini pengagihan daging dapat dibuat dengan baik so aku tak ragu2 lagi.
Aku gerak dari umah mak Lokheng pagi tu. Berangan nak kuar awal last2 lambat juga. Penyembelihan pukul 7.30am. Fuhh kelam kabut kami dikerjakan. hahahah.
Kami sampai pukul 7.45am ngam2 lembu aqiqah kami menggelupur baru kena sembelih. Nasib sempat tengok beliau menghembuskan nafas terakhir kalau tak kempunan aku. -_-
Aku datang denga En Faizal dan Aiman je. Lagi dua orang tu aku tinggal. kose nak bawak.
Aku memang kagum gila dengan ajk2 yang terbabit. Dari start sembelih,melapah & membungkus fuyooo sangat cekap ok. Aku tengok sorang pakcik tu lapah lembu kemain senang cam siang ikan je aku tgk. Kalau aku buang kulit ekor je gaknya satu hari. hahhaha.
Kerja gotong royong memang cepat. Dalam pukul 10am gitu aku dah balik dengan mendapat sikit bahagian daging aqiqah tadi.
Alhamdulillah syukur aqiqah anak3 aku dah settle. Insyaallah tahun depan ada rezeki buat korban pulak. amin.
Oh lupa bahagian Aqil aku buat dekat kemboja dan segalanya aku serah kat yang bertanggungjawab. Alhamdulillah untuk rakyat miskin kat sana. :)
ok tu je nak lapor.
No comments:
Post a Comment