Nuffnang

Thursday, 16 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam,

Wahh lagi dua hari je hari raya bakal menjelang tiba..Syahdu rasanya hendak meninggalkan bulan yang mulia ini bulan Ramadhan. -_-

Aku Alhamdullillah segala persiapan raya dah siap banyak untuk anak-anak jela...Aku dan En Faizal ala kadar je. Pakai je mana yang boleh pakai jimat sikit.

En Faizal hari raya pertama masih lagi keje dia hanya cuti hari raya kedua dan ketiga je. Ok la janji dapat cuti..eh tu bukan cuti ok itu hari off day dia. Dia apply cuti tapi langsung tak dapat. Dia nak sedapkan hati aku kompom tahun depan dia dapat cuti..huh.

Aku macam biasa kalau cuti raya memang beriya. Aku cuti seminggu. Sesekali lepak dengan saudara mara tak ada ruginya. Setahun sekali jumpa mesti roboh rumah kat kampung tu. bhahahaha. Tak sabarnya aku!!!.hehehe

Kuih muih aku main tempah je pastu semput nak bayar eh apsal terbanyak pulak ni...last-last mintak En Faizal bayarkan separuh...hahahaha..adilkan rumah sama-sama. ^_^


"Okla dikesempatan ini aku sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa, terkecil hati, terguris perasaan masa baca blog aku..sesungguhnya aku memohon ribuan ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Bersihkan Jiwa sucikan hati."



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012 
DARI SUSIE, FAIZAL, AIMAN, ILMAN & AQIL.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...