Nuffnang

Monday 4 August 2014

Selamat Hari Raya 2014

Dah raya yang ke 8 baru nak ucap selamat hari raya. Better late than never hahahah..hamboiii..

Okla dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat kawan2 blogger, kawan2 alam maya dan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri aku. Maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Raya tahun ni aku beraya anak beranak je. En Faizal keje. Sob..sob.. oleh itu aku perlulah berdikari drive kete sendiri balik kampung..wah..wah..wah...hahaha kalau tak terperap la aku kat umah tak beraya..oh tidak!!!

Baca doa banyak2 tekan minyak..Alhamdulillah perjalanan balik kampung lancar..syukur..anak4 pn tak banyak ragam. Arissa paling good girl sebab tak meragam langsung. Duduk kat car seat dia bantai tdo sampailah ke destinasi.. hoooyeayyy!!!

Penat memangla penat sebab uruskan anak4 sorang2 kan tp sebab raya penat tolak tepi dulu bukan selalu setahun sekali kot..hambekk ko pas balik rumah sendiri barulah sakit2 semua keluar..sakit kakila..sakit tgnla..kepalala..eh semuala sakit..sob..sob..

Alhamdulillah raya tahun ni ada Arissa. Seronok 1st time bawak jumpa sedara mara. Kalau tak ntah bila masa nak balik kampung kan??gunakanlah peluang sebaik2nya..

Semalam dah start sekolah..arini aku dah start keje..biasanya memang tak beraya la..tggu hujung minggu tu pun kalau En Faizal tak keje. Aku ni bukan jenis yang suka beraya nau..lagi2 la beraya malam..hamponnn la..nak siapkan bdk4 je dah pukul 9pm..memang takla kan..bukan tak sudi beraya tapi kesuntukan masa anak2 nak sekolah lagi..rasanya bukan aku sorang kot pikir camni...huhuhu

Gambar2 raya adalah sikit..nanti aku masukkan sikit2 ye..part by part..hahaha..updet pakai phone ni leh masukkan satu gambo je..nyampah..

Ok gambar2 menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...