Salam
SHARING IS CARING...YOOO!!
Panduan Untuk aku jugak di masa akan datang...mihmihmih..
ok lets go!!
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
FAHAMI KITARAN HAID
Saya
cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit
nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan
secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya
sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara
puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini
dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid
keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia
adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu
ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya
ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung.
Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini
dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat.
Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan
menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang
berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Waktu
inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan
terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak
sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini
sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya
ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini
dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan
dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada
sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin
menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan
berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok
Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang
terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini
adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah
secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari
daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
Tak
faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28
hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur.
Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16
ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka
35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini
adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari
setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2.
Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang
seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah
untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah,
inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada
waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah
celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan.
ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika
terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing
wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh
kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu
dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat
adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan
yang lain pula.
Selain
daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah
jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna,
sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari
selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan
sperma yang hidup lebih lama.
Oleh
itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam
(atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13,
14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan
sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu
subur adalah pada hari ke 14.
Anda
boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil.
Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu
bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk
pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan
tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap
kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan
tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh
kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada
kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari
kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri
ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada
juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih
rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang
saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko
yang tersendiri.
Saya harap info ini
boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk
bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.
info from : Drazwan
No comments:
Post a Comment