Salam
Skang ni updet blog pun macam nak tak nak je kan?? Aku mengandung kali ni memang 'M' betul.. adoii la.. kalau boleh nak baring je golek2. Aku harap awal2 ni je kot ek. Kang malas secara berterusan kang susah gak tapi aku tak ikutkan sangat la malas tu sebab aku kan keje pastu kesiankan anak3. Skang ni pun En Faizal memang banyak sangat tolong aku uruskan anak3. Bersyukur sangat ada En Faizal.
Isnin lepas aku ada scan baby untuk pertama kalinya. Bukan apa nak tau keadaan baby skang ni ok ke tak. Alhamdulillah Dr Anizah kata sihat dan cantik je bentuk dia. Bila scan aritu memang dah nampak jelas baby dalam kantung. Degupan jantung pun ok berkelip2 En Faizal kata. :)
Walaupun ini anak ke 4 kami tapi kitorang still rasa teruja sangat. En Faizal pun happy je. Alhamdulillah kami memang sukakan budak2.
Baby masa ni 10 weeks & 4 days. :) Due : 2/1/2014 |
Nampak jelas kan? Skang ni aku dah masuk 11 weeks. Masa scan aritu due makin cepat sebab ikut ukuran kepala baby. Aku pun skang ni memang kuat makan sebab tak nak perut kosong sebab nanti rasa nak muntah. Aku start je petang perut akan kembung dan buang2 angin. Kalau pagi ok plak. Ok setiap anak lain2 ek?
Demi untuk baby tak pela ibu sanggup cuma tak tau la nanti boleh puasa ke tak. Bulan puasa dah nak dekat ni risau gak aku. Harap2 aku boleh puasa la. Masa Aqil dulu aku puasa penuh sebab dah 6 bulan. Ni baru 3 bulan tak berani nak cakap dulu. Cuba baru tau.
Doakan aku dan baby sihat ek.
Info:
Minggu 11
Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ
kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami
akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon
selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan
tertentu. Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm
dan panjangnya pula 5.5 sm.
Tubuh anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang
dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu
mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika
berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah
bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.
No comments:
Post a Comment