Nuffnang

Monday, 12 November 2012

Sweet Memories


Salam

Gambar kenangan dengan En Faizal. Masa ni baru bertunang tahun 2004. Aritu aku selak-selak  almari terjumpa plak gambar ni kenangan betul. ^_^

Masa ni aku kurus kan??? eh mana korang kenal aku ...ekekekek...berat aku masa ni 49kg sampaikan mak aku kata aku sakit. Sekarang ko jangan tanya..sensitip!!!

Aku dengan En Faizal bertunang setahun setengah je. Aku pun masa ni baru je dapat keje duit gaji baru bape sen sangat tapi kalau dah jodoh aku tu cepat nak buat camner ek. Masa ni umur aku 22 tahun. Muda remaja lagi tau. Fresh Graduate from UiTM Shah Alam. Baru 6 bulan keje aku dipinang. ecehhhh...kahkahkahkah...Kengkawan aku masa U terkejut aku diantara yang terawal kawen tau. hahahaha. Diorang memasing galak sambung belajar aku plak sibuk nak kawen. Ermmm. Sikit pun aku tak menyesal kawen awal. Semua dah ketentuan Allah. Aku bersyukur. 

Dah 7 tahun dah usia perkahwinan aku dengan En Faizal. Aiman pun dah 6 tahun. Untung kawen awal ni anak dah besar dah. Alhamdulillah. 

Masa ni gambar ni amik kat Shell. Shell tu skang dah tutup. Bankrup kot. Masa ni kami nak pergi Penyabung trip kengkawan En Faizal bawak family memasing. Seronok masa ni. Skang ni kalau jumpa balik dah besar dah anak memasing.

Aku kenal dengan En Faizal ni pun tak lama sebenarnya lebih kurang 6 bulan gitu. Sepupu aku kenalkan. Dia ni pemalu yang amat sangat tau. First time jumpa dulu dia langsung tak tengok muka aku. Aku kata pehal pulak la dia ni..mesti pasni dia tak ingat muka aku sebab dia tak pandang aku langsung just jeling-jeling je gitu bila aku pandang balik trus tengok lantai. Cam ni punya orang pun ada ke???

Bila aku dah hidup bersama selama 7 tahun ni aku memang dah masak sangat dengan perangai dia, Jangan nak kelentong aku aku tau apa yang dia buat..ekekekke.

Pemalu sampai sekarang pun camtu. Aku plak jenis banyak mulut kalau aku kenal  orang tu. Kalau aku tak kenal aku batu jugak. Ok Allah jadikkan couple ni pro n kontra. Banyak hikmahnya. Kalau aku pun pemalu jawabnya satu benda pun tak jadik. En Faizal ko tu cuba ko suruh tanya masuk kedai potong jari la kalau dia nak pergi last-last muka aku ni ha yang peramah bertanya. See!!! Untung betul dia dapat aku kan???kahkahkahkah..sila lempang lelaju 

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan so aku kene terima kekurangan dia dan kelebihan yang dia ada sama jugak macam dia terima aku seadanya. Tahan je dia kalau dengar aku berceramah ke apa ke. Senyap je dia soa aku pun kene paham dia dan teriam dia seadanya. 

Nak cam AAron Ajis tak dapat so dapat En Faizal ko pun dah bersyukur sangat2. I love u soo much Yang!!
Semoga perkahwinan kita kekal hingga hujung nyawa. (^_^)

lalalalalala.....

 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...