Lambat sangat updet sampai tarikh Konvo Aiman ni pun lupa...adoiii la..ok dah ingat 05/11/2012 Isnin.
Hahahah masa aku dulu tak de pun konvo2 bagai. Sarung je la jubah tu pastu balik. Sekarang ni dah advance..ada persembahan nyanyian, chicken dance & macam2 lagi. Seronok aku tengok.
Muka comel je pakai Jubah ngan topi tu ek.. Aku ngan En Faizal sampai awal 7.30am dah terpacak kat sekolah. Aku heran apsal la macam tak ada orang. Rupanya start pukul 8.30am. Ok dudukla kat dewan dengan perut kelaparan. T_______T
Muka bahagia bila aku ambik gambar dia. Aiman masuk persembahan chicken dance. Kemain besar riben ko ek bang. tergelak aku tgk. Aku tanya apsal abang tak pakai kepala ayam tu pastu dia jawab abang tak reti joget. Oh lupa ko kan pemalu cam apak ko..semua malu itu malu ini malu memang susah. Ermmm. nasibla. Yang ikut jejak aku Ilman je aku dapat trace skang ni. Aqil aku tak tau lagi apa kelebihan dia. Tunggu dah beso sikit baru nampak karakter dia.
Ini Aiman dengan teacher Pra-Sayang dia Teacher Saridah dan lagi sorang tak ingat nama.pembantu teacher Saridah tu. Sory tak ingat nama maklumla usia dah menginjak ke 30an ni memang selalu pelupa. -_-
Atas stage masa ambik sijil dan piala bersama Guru Besar Sek Keb Taman Nusa Perintis 1
Aiman & Haris. HAris ni pandai dapat anugerah kurikulum terbaik, Aiman plak dapat Anugerah Kehadiran Terbaik. Bangga ibu tau!!
Ibu pun dulu rajin sangat pergi sekolah sampaikan demam pun tak nak cuti. Memang aku pegang kehadiran terbaik tu. So sekarang aku akan train anak3 aku ikut sama perangai aku tak suka ponteng sekolah. Dari situ diorang akan suka nak pergi sekolah dan belajar. Alhamdulillah Aiman memang tak ada masalah nak pergi sekolah. Bangun pagi pun senang sangat. Aku tepuk sekali dua je terus bangun mandi. Aiman memang setakat ini senang nak lentur lagi. Alhamdulillah.
Masa sesi bergambar. Banyak ambik gambar tapi malas nak upload banyak2.hahahaha. mood tak ada.
Free style katanya. Omel je semua2 ni kan. Alahai. Mudah-mudahan lepas ni pakai jubah ngan topi masa amik degree. Insyaallah.Amin
Sijil habis sekolah PRA SEKOLAH SAYANG SEKOLAH KEBANGSAAN NUSA PERINTIS 1
MUHAMMAD AIMAN FIKRY BIN MOHAMMAD FAIZAL.
Sesungguhnya ibu nak abang tau ibu bangga dengan abang!!!Sayang abang banyak2.
No comments:
Post a Comment